Wednesday, 9 March 2011

Sindrom 'flying kick' pelajar agama. Rentetan isu belasah pelajar di ITQAN.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Moga iman kita pada hari ini, lebih baik daripada semalam..paling minima pun meningkat sebanyank 1%, oleh itulah..saya sering mengingatkan pembaca sekalian dengan kalimah mulia:

'BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA, DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA,MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN MANUSIA YANG BERUNTUNG'

Sekiranya kita ingin sesuatu perkara itu memberi kesan yang mendalam dalam diri kita,maka perbanyakkanlah dalam mengingatinya dengan selalu menyebutnya.Saya memberikan anda persoalan yang cukup mudah iaitu 'Pernahkan anda menghafal surah Al Fatihah?' bagi saya dan sesetengah pembaca tentu menjawab dengan jawapan 'Tidak', kerana seingat saya Al Fatihah itu ,melekat atau 'ter'hafal disebabkan kita dilatih untuk mengulang-ulang ayat tersebut sehinggalah ianya terhafal dengan sendirinya.

Maka,dengan sebab itulah,saya menyarankan pembaca sekalian agar memperbanyakkan selawat,istighfar dan tasbih, kerana selain daripada ganjaran yang Allah telah tetapkan, sudah pastinya ada kebaikannya dalam urusan dunia kita. Allah tidak memerlukan kita, tapi kita yang memerlukan Allah.Ingat tu...

Alhamdulillah, sebut pembaca sekalian, sama-sama sebut, 1....2....3...ALHAMDULILLAH..begitulah ye pembaca sekalian, satu kalimah pendek yang terhimpun seribu satu hikmah malahan tak terhitung hikmahnya,melainkan Allah sahaja yang mengetahuinya Sebut selalu.....

Pada kali ini,saya tertarik dengan masalah yang berlaku di sebuah sekolah agama di Negeri Sembilan, iaitu Institut Tahfiz Quran Negeri Sembilan, yang melibatkan kes pukul pelajar junior. Saya tertarik dengan kes ini, kerana:

1:Sekolah ini berdekatan dengan sekolah lama saya, iaitu Maahad Ahmadi, Negeri Sembilan.

2:Semua pelajar di situ, ditarbiyah dengan penghafalan quran yang mantap.

3:Salah satu Institut yang dipandang tinggi oleh masyarakat.

Jadi,mungkin ada lagi tambahan, tapi cukup tiga sahaja sebab yang menarik minat saya untuk menulis entri pada kali ini, tentang isu 'raging'. Bagi saya, isu ini melibatkan satu kosa kata yang tidak asing lagi dalam dunia fantasi (bagi sesetengan pihak) iaitu CINTA. Apabila berbicara mengenai cinta,maka ia tidak lari daripada isu perasaan.YA! benar, isu perasaan.

Mengapa saya menyatakan ini adalah isu perasaan? Ini adalah isu perasaan kerana mereka bertindak memukul disebabkan tahap geram yang melampau yang tak mampu dibendung melainkan kalau dia, dia tiba-tiba dicabut nyawa masa nak pukul tu. Mereka bertindak kerana :

1: Mereka adalah senior, yang bertindak sebagai 'PENJAGA HAL EHWAL DAN KETENTERAMAN' adik-adik senior.

2: Golongan pencuri ini, melakukan perbuatan yang melampaui batas, sehingga mencuri dengan jumlah wang yang begitu banyak.

3: Mereka tidak terfikir cara yang lebih baik untuk menyedarkan pelajar yang mencuri tersebut, berbanding memukul.

4: Mungkin mereka merasa pihak sekolah mengambil sikap sambil lewa, terhadap pelajar tersebut.

5: Mungkin juga mereka masih terkesan dengan cara-cara senior terdahulu yang ,ber'hobi'kan memukul (tp pembaca perlu tau, dulu pelajarnya tidak suka mengadu, kerana mereka sedar yang mereka salah, dan rela dipukul sebagai balasan setimpal. Sebab, dulu sekiranya mak ayah mereka tau, lagi teruk dibelasah aleh penjaga....Tak sama cam pelajar sekarang)

6: Mungkin duit senior pun, dicuri oleh pelajar tersebut. Disebabkan susah nak kantoi waktu dia mencuri, maka apabila kantoi sekali, terus diluahkan serangan -serangan padu terhadap suspek tersebut. Tambahan pula, warden pergi makan kat 'hafiz' dan sebagainya.

Kesimpulan yang kita boleh ambil daripada masalah ini ialah:

1. Pelajar sama sekali tidak berhak bertindak sesuka hati, dalam 'mentarbiyah' pelajar dengan memukul. Tidak pernah termaktub dalam mana-mana kitab ataupun undang-undang sivik yang membenarkan kaifiat mentarbiyah dengan 'memukul'.

2. Pihak kaunseling atau para ustaz perlu dimaklumkan masalah ini lebih awal, untuk diselesaikan dari peringkat awal lagi, untuk menyelami permasalahan pencuri tersebut.

3. Akhbar yang keluar di beritaharian itu,sedikit sebanyak mencalarkan imej sekolah agama itu sendiri, yang dikhabarkan 'faqih' dalam hukum hakam.

4. Kepada para senior, seeloknya tinggalkanlah kaedah memukul sabagai niat untuk mentarbiyah. Tujuan, sama sekali tidak menghalalkan cara.

Wallahu a'lam.

1 comment:

  1. shukran datas kprihatinn anda..
    kjadian ini mnjdi impak yg besa kpd wrga itqan..
    smge kite ambil pgajrn dats ape yg brlku khussnye kpd kami yakni hamalatul quran..

    ReplyDelete

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...