Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam buat junjungan besar, Rasulullah S.A.W. Para Sahabat, Tabi'in muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Pertama-tamanya, marilah sama-sama kita "BERTAQWA KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGAN-NYA, MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN MANUSIA YANG BERUNTUNG".
Alhamdulillah, pada hari ini kita masih lagi dapat menikmati nikmat kehidupan, satu nikmat yang perlu kita manfaatkan sebaik-baiknya sebelum ditarik nikmat tersebut, dengan utusan malaikat Izrail datang menjemput. Utusan yang tidak diketahui masanya melainkan Allah, hadirnya tidak diundang, tidak mengira usia, kanak-kanak,anak muda, dewasa apatah lagi yang tua, semuanya 'anytime' untuk dicabut nyawa.
Alhamdulillah, majlis ilmu di Bumi Mesir, masih aktif seperti biasa, cuma penulis sahaja yang masih lagi kurang aktif dalam menghadirinya, moga Allah mengurniakan taufiq untuk istiqamah dalam menghadiri dan melazimi majlis-majlis ilmu tersebut. Baru-baru ini, diadakan halaqah Syamail Muhammadiah di Rowak Atrak, Masjid Al Azhar Al Syarif yang disampaikan oleh Sheikh Usamah Al Al Azhari. Itulah majlis yang cuba dihidupkan oleh ulama' Al Azhar dalam mengembalikan kegemilangan Al Azhar pada satu masa dahulu dan menghidupkan tradisi ulama' terdahulu. Dalam beberapa hari yang lepas, penulis dan beberapa orang sahabat (akh tariq jafri,akh hafiz zainal,akh taufiq) berkunjung ke rumah Sheikh Mahmud Said Mamduh, di atas ajakan akh tariq untuk menziarahi beliau.
Penulis bukanlah individu yang yang rapat dengan beliau (sheikh mahmud), namun disebabkan ada wasilah(akh tariq) yang membolehkan penulis kerap berkunjung ke rumah beliau. Hal inilah yang penulis cuba pupuk kepada pelajar-pelajar Maahad Ahmadi Gemencheh, agar menyambung pelajaran di Al Azhar ,Mesir. Sidang pembaca perlu ingat bahawa, di Mesir bukanlah tempat untuk melatih bercakap bahasa arab, akan tetapi di sini adalah tempat untuk menambah seberapa banyak ilmu dari segi aqidah mahupun fiqh.
Di atas kepulangan penulis ke Malaysia, disebabkan rusuhan, sempat berqiamullail di Maahad Ahmadi dan memberikan kalam ringkas yang lebih menjurus kepada Kelebihan Al Azhar dan keharusan kepada pelajar-pelajar lelaki untuk melanjutkan pelajaran di bumi Mesir. Hal ini kerana, mereka lebih suka untuk menyambung pelajaran di Malaysia atau selain Mesir. Bukanlah pendirian penulis ingin menghalang, akan tetapi sidang pembaca perlu mengetahui dan memahami bahawa Mesir adalah qiblat ilmu, bumi barakah dengan para Anbiya', para Auliya', para Ulama', Fuqaha'. Di sinilah kita mengambil peluang untuk bersama dengan majlis ilmu para masyaikh seperti Dr Ali Jum'ah (Mufti Mesir), Sheikh Usamah Al Azhari, Majlis Qasidah Sheikh Abdul Ghani (Khalifah Tariqat Ja'fariah) yang berpusat di Mesir, Sheikh Yusri Al Hasani, Sheikh Mahmud Said Mamduh (Muhaddith), Sheikh Nurudin Al Banjari, Sheikh Rohimudin Al Bentani dan banyak lagi.
Daripada merekalah kita dapat belajar dan memahami, segala permasalahan agama dan pentarbiyahan ulama' ahli sunnah wal jamaah, yang terancam dengan haluan golongan wahabiah yang menolak tawassul, zikir tareqat, zikir berdiri dan nyaring, menolak amalan ziarah makam anbiya' dan orang soleh, menolak amalan hizib, menolak ijazah musalsal malah mengkafirkan kebanyakan ulama' ahli sunnah. Hal ini begitu membahayakan umat islam dengan pendirian mereka yang ekstrim tanpa bertoleransi dalam hal ini. Dengan mudah mengkafirkan 'alim hebat seperti Sayyid Muhammad 'Alawi Al Maliki dan lain-lain tanpa menerima pendapat dan dalil yang dibawakan kepada mereka.
Baru-baru ini, penulis ada membuka laman facebook, yang telah sekian lama dihentikan penggunaannya, dan ada terbaca satu post dari seorang ustaz saya di Maahad Ahmadi dahulu. yang telah memasukkan video zikir tareqat yang beliau nyatakan telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia pada satu masa dahulu. Alhamdulillah saya telah menonton video tersebut dari awal hingga akhir dan saya juga telah membaca komen-komen balas terhadap video tersebut. Apa yang penulis kesali video tersebut dikomen oleh orang yang langsung tak berkelayakan untuk membicarakan isu tersebut atau zikir tersebut.Lebih kepada mengikut hawa nafsu dengan berpegang kepada satu pendapat sahaja tanpa mengambil atau mengkaji pendapat ulama' muktabar yang lain. Sekiranya sidang pembaca ingin menonton video tersebut, sila taip Anak Deli, kemudian anda akan dapati video tersebut.
Setelah selesai saya menonton video tersebut, perkara yang terlintas di fikiran saya ialah, seandainya pendirian beliau yang menyatakan video itu ternyata sesat, untuk manfaat apakah video tersebut dimasukkan di ruangan facebook?
Kedua, seandainya beliau benar-benar untuk mempertahankan kesucian islam berdasarkan fahaman beliau, mengapa tidak disiarkan di dalam surat khabar sinar atau sebagainya, untuk menjelaskan kepada umat islam?
Ketiga, tiada medium lainkah yang lebih profesional dengan 'title' beliau sebagai seorang ustaz untuk membenarkan dalil yang mereka pegang sehingga mewujudkan provokasi di dalam facebook?
Keempat, adakah beliau tidak mampu mengadu ke majlis agama perihal video tersebut, sehingga mengadu di ruangan facebook, untuk dikomen oleh orang-orang yang jahil? adakah orang yang demam, akan pergi mengadu kepada tukang paip?
Kelima, adakah beliau tidak rasa segan dengan ulamak sufi /tareqat seperti Dr Ali Jum'ah,Sheikh Abdullah Siddiq Al Ghumari,Sheikh Fadhil Al Jilani, Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki yang kesemuanya allamah, muhaddith, hafiz, yang hidup mereka hanya fokus pada ilmu dan amal bukan kepada benda-benda yang lagho.
Keenam, tak pernah kah sidang pembaca terfikir, untuk membandingkan insan yang hanya lepasan Azhar atau Madinah yang satu karya/kitab yang mampu dikeluarkan, ingin menolak karya ulama' lain dengan sebab beberapa dalil sahaja yang mereka pegang? Sedangkan para ulama' tersebut adalah mufti negara mereka, berbanding kita yang hanya seorang ustaz sekolah yang habis waktu kelas, melayan kerenah facebook?..
Ketujuh, adakah kerana para ulama' tersebut mendokong tasawuf, mereka ditolak?
Kelapan, dimana sifat profesional, untuk membincangkan perihal tasawuf ini, dengan hanya memasukkan di facebook, kemudian dikomen oleh orang-orang yang jahil?
Kesembilan, siapa sebenarnya yang salah dalam isu video ini?,,yang memasukkannya atau yang terlibat dalam video tersebut? Seandainya yang di dalam video tersebut terbukti salah, mengapa perlu didedahkan aib tersebut kepada umum?
Kesepuluh, adakah penulis kurang adab dengan guru sendiri, dengan mengkritik beliau?
Demikianlah sepuluh perkara yang terlintas dalam fikiran penulis setelah melihat video tersebut.Penulis melihat perkara sengaja ditimbulkan oleh sesetenghah pihak untuk mewujudkan perselisihan sesama islam. Sehingga bekas anak murid sendiri berasa kurang senang dengan guru sendiri, anak murid berdebat dengan guru sendiri. Andai perkara tersebut tidak ditimbulkan, takkan ada masalah yang berlaku seperti anak murid takkan dianggap kurang adab terhadap guru sendiri. Bagi penulis buat sahabat-sahabat yang sama -sama mendokong tasawuf, abaikan sahaja golongan sebegini yang ketandusan idea untuk menghancurkan golongan sufi.Kita belum berada di medium yang tepat, untuk berbincang dan mempertahankan isu ini.Bukan membiarkan, tetapi biarlah kita bertindak profesional dalam mempertahankan ulama' sufi, bukan bertindak seperti orang yang pengecut setakat komen video, tapi bila jumpa orang tersebut, senyap....tak bercakap.
Kita perlu tahu, ulama' itu pewaris nabi maka mereka adalah contoh untuk kita ambil pendapat mereka. Mereka mengkritik, kita berbicara, sebut tok syeikh itu, tok syeikh ini pastu hadis takde. Banyak istighfar.., mereka adalah ahli ilmu, kita mengambil dalil yang mereka bawa, yang mereka jelaskan, dan kehidupan mereka. Mengapa kita sebut mereka, cukup kita melihat kehidupan mereka, 100% dengan ilmu, takde mase dengan benda tak berfaedah. Takkan nak sebut orang yang kritik tu plak, facebook memanjang, satu kitab pun tak mampu nak keluarkan. Kemudian, sesuka hati mengkritik mufti dan sebagainya, kalau merasa diri itu betul, pergi jumpa mufti dan bincang, bukan cerita di facebook. Ini orang yang tak berilmu sebenar-benarnya.
Moga Allah mengampuni penulis, andai penulis mengikut hawa nafsu sepanjang menulis entri ini.Penulis hanya hamba yang berkhidmat kepada agama, dan sudah pasti ada kelompongan yang mungkin penulis tidak sedari. Moga Allah mempertahankan ahli sunnah wal jamaah dan ulama yang memperjuangkannya.Moga Allah memberikan kefahaman kepada mereka yang belum faham.
Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment