Tuesday, 19 April 2011

MENDOKONG ULAMA' AHLI SUNNAH YANG SEBENAR-BENARNYA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

'BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG'

Salam ilmu, salam mujahadah buat seluruh pendamba ilmu sekalian,
.
Alhamdulillah, penulis panjatkan kepada Allah yang masih memberikan peluang kepada penulis dengan memberikan nikmat kehidupan dalam keadaan menuntut ilmu-Nya yang Maha Luas di bumi Mesir ini. Sungguh dikhuatirkan, andai semangat menuntut ilmu dengan para masyaikh di sini, luntur disebabkan kelalaian diri, dosa sesama manusia, dosa terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain. Moga Allah melindungi kita semua daripada terjebak ke lembah kelalaian yang sepertimana penulis sebut di atas.

Sepertimana yang penulis titipkan kepada sidang pembaca sekalian dalam entri yang lalu, berkaitan isu video zikir tersebut, penulis sekadar menyatakan pandangan dan cara yang terbaik untuk sama-sama kita saling menghormati antara satu sama lain. Siapalah penulis dengan bekas guru sendiri, ibarat sejirim debu di bawah tapak kaki kuda berbanding beliau. Namun, itu bukanlah bermakna ianya menutup jalan-jalan untuk kita mengeluarkan pandangan selagi mana ianya tidak melampaui batas syariat dan menjaga adab-adab perbincangan. Seandainya sidang pembaca merasakan penulis agak melampau dalam berbincang, penulis menerima komentar kalian semua dengan hati yang terbuka.

Untuk maklumat sidang pembaca sekalian, dalam entri kali ini, suka penulis menyeru dan mengajak sidang pembaca sekalian agar kita sama-sama BERTOLERANSI dan BERSANGKA BAIK sesama muslim dalam apa jua tindakan yang kita lakukan. Apabila kita berbicara mengenai sikap TOLERANSI, teringat penulis akan masalah yang berlaku di antara Ulama' Ahli Sunnah dan Wahabi yang kita lihat agak bertelagah dalam beberapa masalah, antaranya permasalahan tawassul, solat di masjid yang terdapat makam, ziarah makam dan beberapa permasalahan yang lain. Kadang kala, penulis sendiri memikirkan , atas tujuan apakah pertelagahan tersebut? Alangkah bagusnya, sekiranya kita menggunakan manhaj wasatiah dan bertoleransi dalam menyelesaikan masalah ini.

Setelah penulis merujuk dan berbincang dengan beberapa orang sahabat, isu ini timbul apabila golongan wahabi tidak memahami dan menghormati pandangan berasaskan dalil yang dipegang oleh seluruh ulama Ahli Sunnah di seluruh dunia. Hal ini menjadi serius apabila terdapat golongan-golongan wahabi yang bertindak mengkafirkan dan mensyirikkan orang-orang islam yang bertawassul, solat di masjid yang terdapat makam dan banyak lagi. Padahal, dalam masa yang sama kebanyakkan ulama' yang masyhur seperti Sheikh Ali Jumuah telah menjelaskan dalam kitabnya yang bertajuk AL BAYAN LIMA YASHGHULUL AZHAN, yang menyebut dalil yang mengharuskan tawassul. Kemudian, Sheikh As Sayyid Muhammad Alawi juga telah menyatakan di dalam kitabnya yang telah menerima pujian oleh ramai ulama' Mekah ketika itu yang bertajuk MAFAHIM YAJIBU AN TUSOHHAH, juga menyatakan keharusan bertawassul dengan Rasulullah dan orang-orang yang soleh.

Baru-baru ini juga, Sheikh Yusri Al Hasani yang mengadakan pengajian Kitab Muwatto', Kitab Hikam, dan Khosois Kubro di masjid beliau, juga telah mengeluarkan maqolah khas yang menyatakan sepuluh dalil yang menyatakan keharusan bersolat di masjid yang terdapat kubur di dalamnya. Sebenarnya banyak lagi kitab-kitab yang dikeluarkan oleh ulama dalam membincangkan dan menyatakan keharusan tawassul. Permasalahannya disini, mereka tidak memahami dengan sebenar pemahaman terhadap ayat Al Quran, yang jelas menunjukkan larangan tersebut terhadap golongan bukan islam iaitu yahudi dan nasrani. Mereka (golongan yahudi dan nasrani) menjadikan kubur nabi mereka sebagai tuhan dengan menyembah kubur tersebut. Namun golongan wahabi ini, berkeras dengan pendapat mereka bahawa syirik mereka yang bersolat di masjid yang terdapat kubur didalamnya, berdasarkan ayat quran yang tidak mereka fahamai dengan jelas.

Sekiranya perkara tersebut benar-benar salah, di Masjid Nabawi sendiri terdapat kubur Rasulullah S.A.W. Jadi apakah orang-orang yang bersolat di masjid Nabawi semuanya tidak sah? padahal semua umat islam akan berkunjung ke situ setiap kali musim haji, umrah dan sebagainya. Bahkan Nabi sendiri menyatakan bahawa ,solat di masjidku ini, lebih baik daripada sejumlah solat di masjid yang lain.( au kama qol). Andai kata itu adalah khususiat Rasulululah sahaja, mengapa terdapat kubur Saidina Abu Bakar, Saidina Umar di sebelah kubur Rasulullah? Mereka juga di tanam di dalam masjid Nabawi. Oleh hal yang demikian, apakah lagi kesangsian yang mereka masih lagi sangsi sehingga kini. Kita dapat melihat sejauh mana teruknya golongan wahabi ini, sehingga mereka meletakkan tajuk untuk tahap master di Madinah dengan tajuk "Sebab-sebab perlunya kubur Rasulullah di keluarkan daripada Masjid Nabawi'. Astaghfirullah, sampai begitu sekali teruk pendirian mereka terhadap isu solat di masjid yang terdapat kubur ini.

Penulis juga pernah terbaca dalam buku solusi, dalam bab haji, pengarang tersebut menyatakan kesilapan dan larangan yang perlu ditinggalkan semasa haji atau umrah iaitu berdoa di tempat kelahiran nabi, bersolat di gua hira' dan banyak lagi. Penulis agak terkejut apabila membaca artikel itu. Mengapa beliau boleh menyatakan sedemikian rupa sedangkan tempat itu semua adalah antara tempat yang berkat. Segala perkara yang berkaitan dengan baginda, adalah mulia dan membawa keberkatan. Madinah sendiri mulia, kerana Rasulullah berhijrah ke situ, bukan Madinah mulia kerana namanya Madinah. Asal nama Madinah itu sendiri adalah YATHRIB. Apakah maksud YATHRIB? Yathrib itu maksudnya fasad, kotor sehingga ahli sejarah menyatakan bahwa yathrib itu adalah negara yang dipenuhi dengan wabak sehingga ada pendapat yang menyatakan Ayah Rasulullah wafat disebabkan wabak selepas pulang dari Madinah.

Namun selepas Rasulullah berhijrah, nama Yathrib berubah menjadi Madinah, bahkan bukan sahaja Madinah akan tetapi Madinah Al Munawwarah yang bercahaya. Jadi jelas kepada kita bahawa segala tempat, hari, masa yang berkaitan dengan Rasulullah semuanya adalah mulia. Apatah lagi tempat lahir Rasulullah, tempat Rasulullah menerima wahyu dan banyak lagi. Oleh hal yang demikian bagaimana pengarang tersebut boleh menyatakan bahawa perkara tersebut adalah perkara yang terlarang bahkan satu kesilapan? Astaghfirullah..

Sidang pembaca sekalian, banyak lagi sebab yang boleh kita ambil daripada isu tawassul, dan bersolat di masjid yang terdapat kubur ini. Penulis sendiri pernah ditegur ketika di Maahad Ahmadi dulu, disebabkan membaca doa surah Yasin. Apabila penulis merujuk sebuah kitab, barulah penulis memahami sebab penulis ditegur. Pertama sekali, doa ini ditulis oleh AS SUFI AL IMAM ABDULLAH IBN ALAWI AL HADDAD dan tidak perlulah penulis syarahkan perihal peribadi, kemuliaan yang penulis serahkan kepada pembaca untuk mencarinya. Sekiranya sidang pembaca perasan, doa yasin tersebut akan bermula dengan lafaz ' Allahumma bi HAQQI yasin'. Jadi disitu menggunakan lafaz HAQ. Apa maksud HAQ? Haq bermaksud kemuliaan. Jadi doa yassin ini secara automatik kita bertawassul dengan kemuliaan surah yasin. Jadi, disebabkan ada unsur tawassul tersebutlah penulis ditegur. Namun apakan daya, penulis masih lagi jahil waktu itu, hanya membenarkan kata-kata beliau.

Banyak sekali keraguan-keraguan penulis yang tersingkap di atas kejahilan penulis di sekolah lama dulu. Padahal kejahilan tersebut tak patut ada dalam diri penulis sendiri. Maahad Ahmadi adalah sekolah agama, yang namanya sendiri di ambil oleh seorang sufi iaitu mufti pertama Negeri Sembilan iaitu Sheikh Ahmad. Namun, sekarang Maahad bukan lagi seperti dulu, tidak sehebat dulu, yang memerlukan tajdid oleh generasi sufi insyaAllah.

Jadi, demikianlah beberapa sebab yang penulis rasa mudah untuk memberikan kefahaman kepada sidang pembaca sekalian perihal tawassul dan solat di masjid yang terdapat kubur ini. Penulis akui terdapat banyak kekurangan dalam membentangkan dalil dengan lebih jelas, jadi segala kritikan membina, penulis amat alu alukan. Demikianlah huraian ringkas mengenai sikap TOLERANSI sesama muslim. InsyaAllah penulis akan membicarakan serba sedikit perihal BERSANGKA BAIK dalam entri yang akan datang.

WALLAHU A'LAM.

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...