Monday, 26 September 2011

Terjemahan KISAH KESEMBILAN : KITAB AULIYA' SOLIHIN

DHUBBAH BIN MIHSON DAN ABU MUSA AL ASY’ARI
‘Dimanakah sahabatnya ( Saidina Abu Bakar )?, engkau melebihkan Saidina Umar daripadanya.”

Diriwayatkan daripada Dhubbah Bin Mihson Al Unza, beliau telah berkata: Sesungguhnya Abu Musa Al Asy’ari adalah seorang Gabenor di Basrah, maka beliau apabila berkhutbah, seperti biasa iaitu memuji Allah, dan berselawat ke atas Nabi S.A.W kemudian terus melantunkan pujian terhadap Saidina Umar R.A.H. Beliau berkata: Hal itu membuatkan aku marah, maka aku bangun dan menuju ke arahnya seraya berkata “ Dimanakah engkau terhadap sahabatnya (Saidina Abu Bakar), engkau melebihkan Saidina Umar daripadanya” Namun, Abu Musa terus melaksanakan perkara yang sama setiap kali khutbahnya, dan aku terus menegurnya.

Kemudian Abu Musa telah menulis surat kepada Saidina Umar mengadukan perihalku. Beliau menulis bahawa Dhubbah Bin Mihson sering mengkritik dalam setiap khutbahnya. Maka Saidina Umar membalas “ Perintahkan dia menemuiku!” Dhubbah berkata: Maka aku pun pergi menemuinya. Setelah sampai di rumahnya, maka akupun mengetuk pintu. Kemudian keluar Saidina Umar dan berkata: Siapa kau? Aku menjawab “ Akulah Dhubbah.” Maka beliau berkata kepadaku “ Tiada jemputan, dan tiada kerabat kau disini!”  Aku berkata “ Adapun yang menjemput adalah Allah, dan keluarga itu , aku memang tidak punya keluarga dan juga tidak punya harta. Akan tetapi atas permasalahan apakah engkau memanggilku dari negaraku tanpa sebarang kesalahan yang aku lakukan, dan tanpa sebarang sebab untuk aku menemuimu?”  Maka Saidina Umar berkata “Apakah yang telah menyebabkan pergaduhan di antara engkau dan Gabenorku?!”

Aku berkata : Sekarang, akan ku ceritakan perihal itu. Sesungguhnya Abu Musa, apabila berkhutbah seperti biasa, memuji Allah, berselawat ke atas nabi kemudian terus beliau memuji engkau. Maka hal itu menyebabkan aku marah!, maka aku berdiri dan menuju ke arahnya seraya berkata kepadanya “ Dimanakah sahabatnya (Saidina Abu Bakar)?Engkau melebihkan Saidina Umar daripadanya” Selepas itu, beliau menulis surat kepadamu untuk mengadu perihalku. 

Kemudian, tunduk Saidina Umar. Dalam keadaan menangis, beliau berkata : “Demi Allah !, Engkau lebih benar daripada Abu Musa. Adakah engkau memaafkan aku, moga Allah mengampunkan dosamu” Aku berkata “ Moga Allah mengampunkan engkau” Kemudian, tunduk Umar dalam keadaan menangis. Beliau berkata “ Demi Allah!, Sesungguhnya satu malam daripada Abu Bakar itu, dan seharinya itu, lebih baik daripada Umar dan seluruh keluarga Umar. Dan adakah engkau mahu ku ceritakan satu malam dan satu hari itu?” Aku berkata “Ya” Adapun yang malam itu adalah: Ketika Rasulullah mahu keluar dari Mekah, Saidina Abu Bakar juga turut bersamanya. Maka kadangkala Saidina Abu Bakar berjalan di hadapan, kadangkala di belakang, kadangkala di kiri dan kadangkala di kanan Rasulullah S.A.W. Maka berkata Rasulullah S.A.W. : “Apakah ini wahai Abu Bakar? Aku tidak memahami maksud perbuatanmu ini”  Maka Saidina Abu Bakar menjawab : “Wahai Rasulullah, aku teringat bahawa akan ada pengintip, maka aku berjalan di hadapanmu, kemudian aku teringat pula ada orang yang akan mengejar, maka aku berjalan di belakangmu. Aku tidak merasa aman akan keselamatanmu, maku aku berjalan di kiri dan kananmu.” Maka berjalanlah Rasulullah pada malam itu sehingga cedera jemari kaki Rasulullah S.A.W. Apabila terlihat Saidina Abu Bakar akan kecederaan itu, segera diangkat Rasulullah ke atas bahunya dan dibawa dalam keadaan itu sehingga sampai ke pintu gua. (Gua Thur. Penulis sendiri pernah sampai di kaki bukit Gua tersebut semasa ziarah umrah penulis ke Kota Mekah baru-baru ini . Mengikut pemerhatian, bukit tersebut agak curam, dan mengambil masa hampir 1 jam 30 minit sebelum sampai ke pintu gua. Kita boleh bayangkan bagaimana susah payahnya Saidina Abu Bakar memangku Rasulullah di atas bahunya sehingga sampai ke Gua. Semua ini tidak lain, hanya kerana terlalu sayangkan Rasulullah S.A.W.) Setelah sampai di pintu gua, diturunkan Rasulullah daripada bahunya seraya berkata: Demi yang telah mengutuskan Engkau dengan kebenaran, jangan engkau ( Rasulullah) masuk sebelum aku memasukinya terlebih dahulu. Andai terdapat apa-apa, maka aku yang akan terkena terlebih dahulu sebelum kamu”. Maka, Saidina Abu Bakar pun masuk dan beliau tidak mendapati apa-apa bahaya di dalamnya. Maka, beliau pun membawa Rasulullah masuk ke dalamnya. Akan tetapi di dalam gua itu terdapat sebuah lubang ular, maka lantas Saidina Abu Bakar menutup lubang itu dengan kakinya, takut akan keluar sesuatu dari lubang itu yang akan mencederakan Rasulullah S.A.W. Selepas itu, ternyata ular yang terdapat di dalam lubang itu mematuk-matuk kaki Saidina Abu Bakar, sehingga berlinang air matanya disebabkan sakitnya bisa patukan tersebut. Beliau tidak memberitahu hal itu kepada Rasulullah S.A.W. Apabila Rasulullah terlihat air mata Saidina Abu Bakar mengalir di pipinya, Rasulullah terus bersabda “ Wahai Abu Bakar, Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama-sama kita” Maka Allah pun menurunkan sakinah, maka tenanglah Abu Bakar pada waktu itu.

Adapun satu hari itu ialah: Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W., ramai dalam kalangan orang arab yang murtad. Malah berkata sebahagian daripada mereka : “kami bersolat tetapi kami tidak mengeluarkan zakat” . Maka aku pun mendatanginya, dan berkata: “Wahai Khalifah (pengganti) Rasulullah, berlembutlah dengan mereka” Maka Saidina Abu Bakar berkata kepada aku: “ Adakah engkau ni gagah perkasa di waktu jahiliyyah, tetapi pengecut selepas engkau memeluk Islam? Untuk apa aku berlembut dengan mereka?!! Setelah Rasulullah diwafatkan, wahyu juga terputus, Demi Allah Seandainya mereka menghalang aku dengan tali, walaupun tali itu diberikan sendiri oleh Rasulullah (ingin menunjukkan tiada hukuman yang lebih layak bagi orang yang murtad melainkan bunuh, maka sudah semestinya Rasulullah juga bersetuju dengan tindakan Abu Bakar), tetap akan ku perangi kesemuanya!!” Maka kami pun memerangi kesemuanya. Demi Allah, itulah sebijak-bijak keputusannya. Dan inilah satu harinya. Selepas itu Saidina Umar pun menulis surat kepada Abu Musa, mencela perbuatannya itu.

TA'LIQAT MINAL MUALLIF

Sekiranya sidang pembaca membaca edisi terjemahan penulis sebelum ini, kalian akan mendapati beberapa kisah yang menceritakan kelebihan dan keutamaan Saidina Abu Bakar berbanding sahabat-sahabat lain, seperti Saidina Ali mahupun Saidina Umar. Kisah di atas ada menceritakan betapa hebatnya pengorbanan Saidina Abu Bakar dalam mempertahankan Rasulullah di saat genting, dikala penindasan terhadap kaum muslimin sampai  kemuncaknya. 

Penulis sendiri tidak mahu bersyarah panjang dalam menyatakan mahabbah kecintaan para sahabat terhadap Rasulullah. Banyak entri penulis sebelum ini yang menceritakan hal yang sedemikian. Penulis menyatakan dalil itu, dalil ini, dalam sambutan Maulid Ar Rasul contohnya. Semua itu tidak lain tidak bukan untuk kita menzahirkan mahabbah kita, kecintaan kita kepada Rasulullah. Bagaimana mungkin kita tidak merasa gembira dengan kelahiran manusia luar biasa yang paling unggul dalam sejarah dunia?, sedangkan guru yang mengajar kita di sekolah pun kita raikan mereka dengan sambutan hari guru setiap tahun,,! Akan tetapi, bila kita sambut Hari Kelahiran Nabi,,,terus ditentang,,dilemparkan dengan tuduhan bid'ah dan sebagainya..! Betapa jumud,beku dan bejatnya golongan sedemikian ini, sehingga tidak mampu memikirkan perkara semudah ini. 

Saya berharap sidang pembaca merujuk terlebih dahulu kepada orang-orang yang selayaknya, seandainya terdapat simptom-simptom golongan jumud ini  di dalam fikiran sekalian. Seandainya, hati kalian adalah di antara hati yang Allah limpahkan dengan Mahabbah Nabi, sudah pasti kalian akan menangis membaca kisah-kisah pengorbanan nabi, kisah pengorbanan sahabat Nabi dalam menyebarkan Islam. Bacalah dengan penuh perasaan, moga-moga Allah mengurniakan kita rahmat dan keampunan. terdapat seorang Alim menyatakan, Akan diturunkan rahmat apabila kita menyebut nama-nama orang soleh. Apatah lagi andai kita menyebut nama Rasulullah. Kekasih Allah, yang tercatat namanya di pintu syurga, tercatat namanya di arasy, dan yang paling mulia, tercatat namanya di sebelah Pencipta sekalian Alam, pemilik sekalian Alam iaitu Allah Subhanahu wa Taala.
Wallahu a'lam.

* Sekadar sedikit permintaan. Mohon didoakan ibu penulis yang sedang sakit sekarang. Moga Allah mengurniakan syifa' kepada ibunda. Adapun penulis hanyalah seorang pendosa yang senantiasa bermaksiat. Masakan doa akan diangkat dari seorang pendosa. Jadi, penulis amat-amat berharap doa daripada sidang pembaca yang soleh dan solehah sekalian untuk mendoakan ibunda penulis. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Memang tak terduga dugaan yang tertimpa penulis, satu demi satu hadir. Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang telah memberi semangat ( Dugaan kegagalan setelah berusaha ) tatkala rebah di tahun pertama di bumi Mesir ini. Jazakumullahu khair,,,

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...