( Gambar hiasan)
HARI YANG TIDAK DILUPAKAN OLEH IBRAHIM
Daripada Syaqiq Al Balkhi, beliau telah berkata: Pada suatu hari, tikamana kami duduk bersama Ibrahim Bin
Adham, telah lalu seorang lelaki dalam kalangan sahabat yang dikenali di hadapan kami, dan lelaki itu tidak
memberi salam kepada kami. Maka berkatalah Ibrahim : Bukankah ini fulan itu? Maka Ibrahim perintahkan
seoang lelaki untuk menemuinya. Lelaki itu pun pergi mendapatkan lelaki yang lalu di hadapan kami itu, dan
berkata: Ibrahim bertanyakan kepadamu “ Mengapa engkau sampai tidak memberi salam?” Lelaki itu
menjawab: “Demi Allah!, Aku sebenarnya disibukkan dengan urusan isteriku. Isteriku kini baru sahaja selesai
bersalin, dan tidak terdapat apa-apa bekalan disisi ku” Maka kembalilah lelaki itu menemui semula Ibrahim
Bin Adham dan berkata kepadanya “ Innalillah!, Bagaimana sampai kita tidak mengetahui perihal sahabat
kita, sehingga dia ditimpa kesusahan yang sebegitu? Bagaimana kita boleh melupakannya? Dan alangkah
senangnya andai kita dapat membantu kesusahannya itu!” Kemudian berkata Ibrahim : Wahai fulan, pergilah
engkau bertemu dengan pemilik kebun itu, dan pinjamkan daripadanya 2 dinar. Kemudian, gunakan 1 dinar
untuk engkau beli segala keperluan yang berkaitan di pasar dan 1 dinar lagi, engkau berikan kepadanya”.
Maka aku pun pergi ke pasar dan membeli segala keperluan yang berkaitan. Setelah selesai, aku terus menuju
ke rumah. Sesampaiku di rumah, aku pun mengetuk pintu rumahnya. Kemudian, berkatalah isteri lelaki
tersebut : “ Siapakah itu?” Aku berkata “ Saya si fulan, ingin berjumpa suamimu” Wanita itu menjawab “
Lakiku tiada di rumah!” Aku berkata : “ Perintahkanlah aku untuk membuka pintu, untuk aku letakkan
sesuatu di samping rumahmu” Maka pintu pun terbuka, dan meletakkan segala keperluan yang ku bawa
bersama untaku. Dan yang 1 dinar lagi ku berikan kepada wanita itu. Kemudian wanita itu bertanya :
“Siapakah sebenarnya yang telah mengarahkan semua ini?” Aku berkata kepadanya “ Berikanlah dia salam.
Ini semuanya dari saudaramu Ibrahim Bin Adham” Wanita itu berkata “ Allah tidak akan melupakan hari ini
untuk Ibrahim. Bin Adham.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment