Wednesday 16 June 2010

EPISOD SYAITAN BERSEDIH

Si syaitan tanduk bercabang masih sugul mengenangkan nasibnya yang malang.

Dalam waktu yang sama,syaitan-syaitan yang lain sibuk menceritakan antara satu sama lain tentang usaha hasutan mereka yang membuahkan hasil.

Sedang syaitan tanduk bercabang termenung kesedihan,datang satu sapaan daripada arah belakang.

"Hoi!!!!!!!!!!!"

"Apocot!,ish kau ni,bagi la salam dulu,wat aku terkejut je"

"Aik? Semenjak bila kita belajar bagi salam ni?!!

"Eh ye tak ye,entahlah semenjak aku kecewa ni,fikiran aku pun dah tak betul."

"Ha takpe-takpe,skang kau luahkan apa yang berselirat di benak fikiran ko ni..."

BEGINI CERITANYA................

Seperti biasa,selepas selesai solat isyak,semua pelajar perlu bersegera bersiap untuk pergi prep.

Sedang Saufi khusyuk melaksanakan solat sunat.....

Hadir syaitan menganggu "Saufi!Saufi! cepat ,cepat sembahyang tu,kang kena marah nanti kalau lambat pergi prep."

Kekhusyukannya mula terganggu,

Namun,dihayati sedalam-dalamnya maksud surah Al fatihah dan surah yang sedang dibacakannya.....

"BISMILLAHIRRAHMA NIRRAHIM...."

Dengan pandangan mata tepat ke arah tempat sujud,hatinya menterjemah maksud kalam agung RABBUL JALIL itu dengan penuh penghayatan.

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"

Di samping menggambarkan kekuasaan dan kebesaran Allah yang tiada tolok bandingnya.

Si syaitan mula mengeluh: "Huiiiii,khusyuk betul Saufi ni sembahyang,tak boleh jadi ni!,takpe-takpe aku guna cara lain"

Syaitan datang menghampiri Saufi...

"Saufi-Saufi,kalau ko nak tau,kunci loker kau tu sebenarnya kat bawah katil ko je,bukannya hilang!"

Begitulah jerih -perih syaitan dalam melalaikan manusia ketika solat.Segala yang lupa,terus ingat.

Namun,dengan kekuatan iman yang telah lama tertanam dalam hati sanubari, Saufi tidak mudah goyah dengan godaan sedemikian rupa.

Itulah hasil yang diperoleh setelah di didik oleh ibu bapanya yang mengambil berat dengan sistem hidup Islam semenjak kecil,kini telah menghasilkan buah iman yang segar di dalam jiwa.

"ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH"

"ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH"

Doa terus dibacakan dengan penuh penghayatan.

Usaha syaitan kini gagal lagi,Namun syaitan tidak berputus asa,dia terus berusaha lagi...

Sedang Saufi bergerak keluar dari musolla,beliau mencari-cari selipar yang telah diletakkannya di atas rak musolla.

Rupanya seliparnya telah dicuri.....

Saufi sedikit mengeluh "MasyaAllah,semalam dah hilang!,hari ni hilang lagi. Mesti budak semalam yang curi "

Syaitan yang mendapati peluang baik untuk menghasut ini, datang menghampiri.

"Saufi!kalau kau jumpa budak tu,kau tumbuk je budak yang curi selipar ko tu.Ni bukan sekali selipar ko hilang,masuk kali ni dah 10 kali,kes ni berulang.Takpun kau maki hamun je budak tu"

Saufi yang pada mulanya terangsang nafsunya untuk marah,menyedari kesalahannya yang menyalahkan QADHO' DAN QADAR ALLAH.

Beliau terus beristighfar....

"ASTAGHFIRULLAH AL 'AZIM,mengapa aku perlu marah?apa hak aku untuk marah?Apa yang berlaku ini mungkin kaffarah (penebus) terhadap dosa yang aku pernah aku lakukan"

Ternyata syitan begitu hampa dengan jawapan yang keluar daripada mulut Saufi.

Namun si syaitan masih berusaha untuk mendapatkan peluang-peluang yang lain untuk menggoyahkan iman Saufi.

Kali ini,waktu prep menjadi sasaran.

Sedang Saufi berjalan di koridor makmal,beliau terdengar bisikan-bisikan pelajar muslimat yang memuji-muji 'kehandsoman' beliau.Setiap kelas yang dilalui,pasti ada bisikan suara yang memujinya....

"Hoi...!kawan-kawan,abang Saufi,abang Saufi lau...handsomenya die,kau rasa dia suka tak kat aku??

Kawannya yang sedikit 'alim menyampuk

"Eh ko ni,orang macam abang Saufi tu,tak layan perempuan gedik dan mengada macam ko.Kalau perempuan solehah macam aku ni,baru dia nak

"Eleh,mengaku solehah konon...!kau tu,sume laki kau sapu..lagi tak tau malu...."

(sempat bergaduh lagi tu)

Syaitan datang lagi "Hoi Saufi! takkan ko tak dengar kot,semua perempuan menggilai-gilai kehenseman ko. Kau tak nak ambil 'satu' ke buat awek,ko petik jari je sume datang"

Pada mulanya Saufi sedikit bangga dengan kelebihan yang dimilikinya.

Namun,dengan segera di beristighfar "ASTAGHFIRULLAH AL 'AZIM,segala apa yang ada di muka bumi ini adalah milik Allah.Ketampanan ini adalah kurniaan Allah,suati hari nanti akan kedut dan keriput dimamah usia dan juga satu hari nanti akan hancur luluh dimakan ulat"

Saufi meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan bisikan-bisikan pelajar tersebut.

Ternyata usaha syaitan gagal lagi..

Si syaitan tanduk bercabang mula bimbang dengan satu demi satu usahanya gagal.

"Sambil mengesatkan air mata,dengan sebak ceritanya terhenti....."

"Alah ko ni,jangan la sedih,syaitan yang sejati tak boleh sedih ,semangat kena kuat..
(sempat bagi motivasi)takpe-takpe aku faham,nanti kau dah 'cool' kau sambung balik eee cerita ko...."

Si syaitan pun pergi meninggalkan syaitan tanduk bercabang.

"Senang je ,dia cakap,dia tak rasa apa yang aku rasa..isk..isk..isk Turun pangkat la aku,apa aku nak cakap kat anak bini aku?..isk..isk..isk.."

1 comment:

  1. tepat, padat, dn mnghiburkan ... best gak tgok abg pnye blog niyh ,, truskan mnulis demi kepentngan agama ... moga ALLAH berkati perjuangan abg .. ^_^

    ReplyDelete

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...