Sunday, 21 November 2010

PANCARAN 'CAHAYA' DI SEBALIK MAKAM SAYYIDI AHMAD BADAWI

Segala puji bagi Allah ,Pemilik Sekalian Alam,yang menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. penutup segala nabi yang tiada lagi nabi yang akan diutuskan selepas beliau,pembawa rahmat untuk sekalian alam seterusnya para khulafa' Ar Rasyidin,Tabi'in,Tabi' Tabiin,para Ulama',Auliya' (moga Allah mengumpulkan kita bersama mereka di akhirat kelak) muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Untuk pertama dan selama-lamanya,marilah kita bersama -sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah yang telah mengurniakan kita dengan jutaan nikmat yang tak terungkap banyaknya. Cuma apa yang pasti,selayaknya kita mensyukuri nikmat itu dengan menambahkan ketaatan kita kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.Moga-moga kita tergolong di dalam kalangan orang yang beruntung kelak.

Pada waktu dan saat ini,ana amat bersyukur kepada Allah Taala kerana telah menyampaikan ana ke sebuah makam waliyullah yakni seorang insan pilihan Allah yang bernama Sayyidi Ahmad Badawi.Bagi ana,tiada apa yang lebih menggembirakan buat insan yang kerdil ini,melainkan berada di hadapan seorang waliyullah walaupun pada zahirnya mereka telah wafat. Akan tetapi kita perlu mempercayai bahawa sebenarnya mereka hidup di alam mereka,yang tidak kita ketahui bagaimana hakikat kehidupan mereka melainkan Allah Subhanahu Wa Taala.Dengan perasaan yang syahdu,dikala kecintaan yang amat mendalam,hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa tenangnya hati tatkala berada dihadapan makam beliau.

Kalau hendak dikisahkan kehebatan beliau,sehingga disebutkan beliau dikurniakan kewalian hasil pancaran kewalian Sheikh Abdul Qadir Jailani (wali Qutub pada zamannya) dan Sheikh Ahmad Ar Rifai'e (juga seorang wali qutub pada zamannya).Sungguh sukar menyatakan tahap kewalian Sheikh Sayyidi Ahmad Badawi,disebabkan terlalu tinggi tahapnya. Kadang kala kita hairan bagaimana beliau mampu memelihara diri,dengan menahan segala macam bentuk godaan syaitan sehingga Allah angkat martabatnya ke satu martabat yang lebih tinggi daripada malaikat.

Makam yang terletak di Tanta ini,sering menjadi kunjungan jutaan manusia yang tidak lekang untuk menziarahi makam beliau dari kalangan para sufi,ulama' dan manusia keseluruhannya. Moga Allah Taala mengurniakan kita himmah dalam mengamalkan sunnah-sunnah nabi yang mulia dengan memperbanyakkan selawat dan sentiasa berakhlak mulia. Ana berharap moga Allah Taala mengumpulkan ana dalam kalangan para Auliya' serta menjadikan kehidupan ana selari dengan kehidupan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...