Saturday 27 November 2010

Pelancaran kitab "MENGUBAH KEMUNGKARAN :SARANA KELESTARIAN UMMAH"

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Ilahi yang sentiasa melimpahkan limpah dan kurnia-Nya ke atas kita dengan memberikan kesihatan dan kelapangan dalam melaksanakan ketaatan kepada-Nya semata-mata.Kita pasti diuji walau dimana jua kita berada kerana itulah ujian yang perlu dilalui dalam menaikkan martabat seseorang hamba.

Bersama para ulama' merupakan suatu kemuliaan yang akan membuahkan keberkatan dalam menuntut ilmu.Bukanlah semata-mata untuk mengambil keberkatan,akan tetapi ada yang lebih utama iaitu menuntut ilmu yang mampu mendidik dan membersihkan hati daripada sebarang dosa dan maksiat.Tambahan juga kita perlu meningkatkan himmah kita dalam mengunjungi makam para Auliya' di mana sahaja semampu kita.

Baru-baru ini,Sheikh Rohimuddin Al Bintani telah melancarkan kitab beliau yang bertajuk "MENGUBAH KEMUNGKARAN :SARANA KELESTARIAN UMMAH" di daerah Tanta.Kitab yang beliau karang ini,berdasarkan ilham yang tercetus tika mana sedang mengkaji kitab hadis dari segi ilmu dalail (ilmu lughah).Ketika mana beliau membaca,sampai hadis yang bermaksud "Barangsiapa yang melihat kemungkaran ,maka ubahlah dengan tangan,sekiranya tidak mampu ubahlah dengan lidah,sekiranya tidak mampu ubahlah dengan hati.Itulah selemah-lemah iman" (Riwayat Muslim)

Beliau tidak mensyarahkan kesemua isi kandungan kitab,hanya mensyarahkan hadis di atas.Kupasan yang bermula dengan memberi takrifan satu demi satu kalimah arab hadis tersebut,hinggalah beliau mensyarahkan keseluruhan kitab beliau.Banyak kaedah yang dimuatkan di dalam kitab ini,antaranya bagaimana ingin menasihati pemerintah,sahabat dll.

Isi kandungan kitab ini terbahagi kepada tiga bab utama,iaitu:

1.Konsep dan matlamat perubahan

2.Sarana dan kaedah mengubah kemungkaran.

3.Hukum dan hikmah mengubah kemungkaran.

Begitulah bab yang disyarahkan oleh beliau,dari pelbagai sudut tasawuf khususnya.Memang sukar untuk menerangkan perihal tasawuf kepada umum bagi ana yang masih kerdil dalam bidang ini.

Pada akhir majlis ini,beliau telah mengijazahkan wirid-wirid dan selawat Sheikh Abdul Qadir Jailani yang beliau riwayatkan daripada Sheikh Fadhil Jailani.

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...