Friday, 9 December 2011

'sayu dan terkilan lihat orang kaki patah bersimen, berjemaah di masjid' -MASJID BUKHORI

Dengan Nama Allah Yang Maha Peurah Lagi Maha Penyayang.

 " BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "

Firman Allah Taala yang b
Saving...
ermaksud " sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar " . Berdasarkar firman Allah ini, dapat kita simpulkan bahawa solat adalah satu ibadah yang amat penting dalam kehidupan seorang insan. Namun, persoalan yang ingin kita timbulkan disini ialah, apakah yang dimaksudkan dengan solat yang mencegah perbuatan keji dan mungkar itu? Semua umat islam bersolat 5 waktu sehari semalam, akan tetapi mengapa masih lagi terdapat masalah-masalah sosial, penyakit-penyakit hati seperti mencela saudara seislam, mengutuk, dan pelbagai lagi masalah yang melanda umat Islam.
Jawapannya amat mudah dituturkan, tetapi tak ramai yang mampu melaksanakannya iaitu KHUSYU'. Sebagaimana manusia biasa, khusyu' adalah perkara yang paling sukar untuk diperolehi. Lebih-lebih lagi, kita sekarang sedang berada di tengah-tengah gejolak fitnah, musibah akhir zaman. Di zaman inilah, yang disebutkan Rasulullah, yang bermaksud " beruntunglah bagi orang-orang yang pelik ". Maka tidak salah andai kita simpulkan bahawa, orang yang mampu bersolat dengan khusyu' itupun, adalah termasuk dalam kalangan orang yang pelik. Namun Al Imam Al Ghazali, ada menitipkan kepada dalam memperolehi solat yang khusyu'. Sebagaimana yang beliau nukilkan di dalam kitabnya Bidayatul Hidayah , yang penulis ringkaskan dengan adaptasi ilham penulis sendiri, iaitu yang pertama, merasakan bahawa Allah  ( kekuasaan Allah yang terzahir di alam ) itu berada di hadapan kita , sekaligus merasa kita sedang diperhatikan dengan tajam. Yang Kedua, andai tidak mampu dijelmakan perasaan itu, bayangkan pula ada seorang alim sedang memperhatikan kita bersolat.

Sidang pembaca yang dirahmati Allah,
Cara yang kedua ini, andailah kita mampu untuk khusyu', maka di waktu itu celalah diri kita dengan kalam ' andailah dengan hanya pandangan makhluk yang lemah mampu aku khusyu dengannya, maka di manakah hak aku yang sebenarnya iaitu untuk khusyu' dengan pandangan Allah ?' . Renung-renungkan dan selamat beramal. Demikianlah muqaddimah ringkas penulis, dalam siri 'ilham an NAFI' ' yang penulis cuba ketengahkan dalam mengetuk pintu hati sanubari, dalam menyeru diri sendiri dan sidang pembaca, agar terselamat dari bencana akhir zaman yang semakin membuas ini.

Mari kita semak solat fardu kita. Di kategori mana agaknya kita berada. Selamat Menyemak...

1. Solat bila rasa nak solat sahaja ,kalau tidak tinggal.

2. Solat cukup lima waktu ,tetapi solat subuh selalunya subuh gajah (solat ketika matahri terbit )

3. Solat lima waktu tetapi solat subuh selalunya diqadha masa solat zohor.

4. Solat cukup lima waktu tetapi selalu lewat, contohnya solat zohor bila dah hampir sampai waktu asar, solat maghrib dah dekat waktu Isyak

5. Solat subuh dalam waktunya bila hari kerja sahaja,hari minggu atau cuti umum,solat subuh tu diqadha (tak bangun le tu..)

6. Solat cukup lima waktu tetapi amat jarang atau pun tidak pernah solat sunat sebelum dan sesudah lima waktu.

7. Solat tak cukup lima waktu,tetapi solat sunat terawih di bulan puasa cukup pulak dikerjakan.

8. Solat cukup lima waktu tetapi selalunya di rumah ,amat jarang atau pun tidak pernah solat di masjid /
surau ( bagi lelaki )

9. Solat cukup lima waktu tetapi kurang berusaha menjaga khusyuknya sedar-sedar dah bagi salam..

10. Sentiasa berusaha solat di masjid / surau secara berjemaah termasuklah solat subuh.

11. Sentiasa berusaha menunaikan solat sunat sesudah dan sebelum solat fardhu.

12. Solat lima waktu tetapi bila demam atau sakit sikit sahaja, solat ditinggalkan, qadha bila dah
sihat.

13. Solat lima waktu tetapi bila musafir sahaja ( contoh bila balik kampung ) , solat ditinggalkan ,
qadha kemudian bila sampai rumah.

14. Solat sekali seminggu , solat Jumaat sahaja......dia pergi pun pasal kawan yg lain pergi

15. Solat bila ada masalah

16. Solat bila orang di sekeliling solat , kalau tidak buat tak tahu aje.

17. Solat sebulan sekali.

18. Solat setahun sekali, iaitu solat sunat hari raya aidil fitri.

19. Solat seumur hidup sekali , itupun disolat oleh orang bila dah meninggal.

20. Tak pernah solat langsung...sedar-sedar dah meninggal 

Solat fardhu lima waktu sehari semalam adalah kewajipan yang paling asasi dalam Islam. Di akhirat kelak pekara yang pertama sekali ditanya oleh Allah adalah solat. Jika sempurna >solatnya maka sempurnalah amalan-amalan yang lain. Tiada gunanya amalan-amalan puasa ,sedekah, zakat, haji dan lain-lain jika kita tidak menjaga solat kita. Apakah kita sanggup menerima risiko kegagalan tersebut di akhirat dan seksaan kubur yang di kenakan terhadap orang yang meninggalkan solat. Solat fardhu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan selagi masih <---- ramai yg dah tau bab nie.....tapi masih ungkal logik waras.Ianya tidak boleh di tinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ianya termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata.Oleh itu marilah kita menjaga solat kita dengan sungguh-sungguh.Solat yang terbaik ialah solat dimasjid/surau ( bagi lelaki ) secara berjemaah dengan menjaga kekusyhukannya , bacaannya serta rukunnya mengambil wudhu' secara sempurna. Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk kita memperbaiki solat kita.

Wallahu a'lam.
ilham an nafi'
Istana Bukhori, Seksyen 7,
Bandar Kaherah, Mesir.

Sabtu / 8.50 pagi
 
Mari kita s

1 comment:

  1. Assalamualaikum..

    info, maklumat & pesanan yg sangat2 bermanfaat. erm, tentang khusyuk solat tu, ada byk cara lagi kan utk dptkan kekhusyukan tu? contoh yg paling senang dilakukan ialah cuba memahami & menghayati makna ayat2 yg dibaca, memandang tepat ke tempat sujud dan lain2.

    bagi saya, agak sukar utk sesetengah orang untuk merasai atau membayangkan Allah @ alim ulama ada di hadapan mereka ketika solat sebabnya perasaan dan imaginasi tu sukar direalisasikan dalam satu-satu masa.

    tapi saya masih bersetuju dengan cara yg saudara berikan. kalau kita tanamkan perasaan takut kepada Allah, nescaya akan datang rasa khusyuk dlm solat. tapi mcm yg saya cakap, ramai yang sukar mencapai rasa takut yg sebenar benarnya atau sukar untuk mencapai imaginasasi bahawasanya Allah atau seorang alim ada dan melihat kita solat.

    apapun segalanya bergantung kepada individu tu sendiri sama ada mahu berusaha untuk khusyuk dalam solat atau tidak. wallahu a'lam. saya sekadar memberi pendapat. maafkan saya jika saya tersilap fakta. betulkan kesalahan saya jika saya salah. terima kasih. ^_^

    *tu gambar masjid FJ4 kan?*

    Assalamualaikum

    ReplyDelete

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...