Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "
Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
Sesungguhnya perjalanan manusia untuk mencapai keredhaan Allah, bukanlah suatu perkara yang mudah. Redha Allah menuntut seribu satu kesungguhan serta keikhlasan, semata-mata demi ZAT ALLAH yang MAHA ESA. Setiap amalan sama ada, solat, zikir, sedeqah, haji dan amalan yang lain, tidak sama sekali akan dilaksanakan kecuali demi ALLAH TAALA. Bukan kerana keindahan syurga menjadi pembakar semangat untuk beribadah, tetapi kerana keindahan ALLAH yang jauh lebih indah daripada syurga itu sendiri. Bukan kerana pedihnya azab neraka, menjadi penghalang perbuatan maksiat, akan tetapi cukup sekadar tidak mahu ALLAH memalingkan wajah-Nya, menjadi pembakar semangat untuk terus beribadah kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Telah berkata Murobbina, Habib Yusuf Al Hasani, ' syurga itu makhluk, maka untuk apakah kita beramal semata-mata untuk mendapatkan makhluk? '. Hal ini sama dengan keadaan kita, bersolat kerana makhluk. Jadi apakah nilaian kita bagi solat tersebut?. Akan tetapi, atas dasar pembakar semangat untuk terus beribadah, maka nikmat syurga menjadi wasilahnya, azab neraka menjadi wasilahnya, buat golongan awwam lagi hidup di zaman gejolak fitnah umat akhir zaman. Namun, dalam sisi kesufian, sudut pengamalan dan peribadatan itu bukan kerana syurga mahupun neraka, kerana Allah adalah 'GHAYAH'. Apabila kita dapat menarik pandangan Allah, maka nikmat pandangan Allah itu lebih besar dan lebih nikmat berbanding nikmat syurga itu sendiri.
Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
Sekadar satu perkongsian kisah, mengenai hak kita dengan Allah Taala. Moga dicampakkan nur ke dalam hati, untuk memahami dan menyelami hikmahnya yang tersembunyi. Orang yang tidak merasa, tidak akan mengetahui.
Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mndapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut
"kenapa kamu pukul kucing yang lemah ini??"
Jawab lelaki tersebut,
"aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yang tersangat lemah & kesejukan, kemudian aku mengambilnya & memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi apabila sihat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku"
Kemudian berkatalah ahli sufi,
"Ini sebenarnya peringatan & tamsilan antara kita dengan Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah & dhaif, lalu Allah beri kita makan, pakaian dan segala-segalanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yang kita kecapi, kita derhaka kepadaNYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNya, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dgn azabNya."
Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkn dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana percubaan mendera kucingnya...............
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment