Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "
Sidang pembaca yang dirahmati Allah,
Sidang pembaca yang dirahmati Allah,
Alhamdulillah, jutaan kesyukuran ke Hadrat Ilahi, yang telah mengurniakan pelbagai nikmat yang tidak ternilai harganya disisi manusia. Sama-samalah kita merenung akan segala azab dan balasan buruk yang akan ditimpakan ke atas diri kita, andai melakukan maksiat. Maksiat itu memang "manis " tika di dunia, kerna itulah manusia sentiasa tenggelam dalam kemanisannya. Manusia yang sering melakukan maksiat, samalah perumpamaannya dengan orang yang ingin menjadikan maksiat itu sebagai kawannya. Mari kita bayangkan maksiat itu adalah satu lembaga manusia yang hitam legam, busuk bak bangkai dan najis manusia dan binatang, muka yang bernanah-nanah, kuku panjang yang dipenuhi daki-daki hitam, dan sifat-sifat lain yang sunguh menjijikkan. Inilah hakikat maksiat. Adakah manusia yang hidup di dunia ini, ingin berkawan dengan makhluk sedemikian rupa?
Bangkai kucing,,lalu di tepinya sahaja,,sungguh memualkan, bangkai manusia?
Muntah manusia, nanah kudis buta , silalah jilat, kerana rasanya sungguh manis,,
Pergilah ke bilik mayat, ambil pisau dan potong telinga. Setelah potong, ambil nanah dan sapukan di telinga, dan makan, sedap,,?
(Surah al-Hujurat, ayat 12)
Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
Demikianlah gambaran maksiat. Sama-samlah kita menghitung dosa, sebelum dihitung oleh Allah. Syurga itu mustahil untuk dicapai, andai amal hanyalah seciput cuma. Haraplah redho Allah bi madadi Rasulillah. Sama-sama juga kita perbanyakkan selawat dan salam buat Junjungan besar Rasulullah S.A.W. Inilah masanya untuk kita meningkatkan semangat kita dalam mencari Radho Allah. Jadikanlah 1433 Hijrah, mahupun 2012 sebagai pemula baru untuk meningkatkan himmah, insyaAllah. Sekadar kayu ukur renungan, sama-sama kita hayati, beberapa kalam dibawah, agar dapat kita sentiasa merenung dan terus merenung sebelum kita ditenung oleh orang lain.
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yangdiberi petunjuk
melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa
tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yangdiberi petunjuk
melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa
tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu
lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan
menyiksanya! dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu
lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan
menyiksanya! dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya
ketika ia di dalam kemarahan.
Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan
di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan
di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya
akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat
lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan
Rasulullah s.a.w.
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat
lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan
Rasulullah s.a.w.
Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan
meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu
mengambil pelajaran daripadanya.
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan
meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu
mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan
pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan
pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat
akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti
kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat
akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti
kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang
sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan
menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang
sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan
menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Wallahu a'lam,,
No comments:
Post a Comment