Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "
Sidang pembaca yang dirahmati Allah,
Pertalian ilmu yang dihubungkan oleh seorang murid kepada syeikhnya adalah salah satu pelaburan masa yang amat menguntungkan apabila kita berdamping dengan masyaikh tersebut. Hal ini, menjadikan seseorang itu akan lebih mendekati gurunya, dengan sepenuh perhatian, dan gurunya itu akan sentiasa mengingatkan muridnya dengan ilmu dan amal. Inilah Murabbi sebenar yang menyebabkan murid itu, akan terdidikdengan ilmu dan amal yang bertepatan dengan apa yang disayariatkan oleh Allah serta yang diperintahkan oleh Rasulullah. Era menuntut ilmu dalam usia remaja , amatlah memberi manfaat yang besar kepada diri individu itu sendiri, masyarakat , keluarga, dan negara. Hal ini kerana, dengan daya otak dan aqal fikiran yang cerdas di waktu remaja, ianya mampu memberikan impak pengajaran kepada orang lain yang efektif setelah selesai tempoh pembelajaran nanti.
Hal inilah yang amat disarankan oleh Habib Yusuf Hafizahullah Taala, yang mengingatkan kepada para remja agar mementingkan akhlak dan tabiat yang mulia di sepanjang tempoh remaja ini, kerana ianya akan membawa impak mahupun kesan ketika tua mendatang. Ilmu yang dipelajari ini, menjadikan seseorang itu, tidak lebih dari memadamkan kejahilan yang bertapak di dalam diri. Kejahilan itulah yang menyebabkan umat semakin mundur dan semakin jauh daripada rahmat Allah Taala. Sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibnu Roslan di dalam Matan Zubad "Sesiapa yang tidak mengetahui, hendaklah dia bertanya, dan sesiapa yang tidak mempunyai guru, hendaklah dia pergi mencarinya". Keratan bait ini, jelas menunjukkan bahawa, apabila kita sedar yang kita ini berada di dalam kejahilan, hendaklah kita bertanya, agar segala ketidaktahuan mahupun ketidakfahaman itu hilang. Kemudian, apabila kita tidak mempunyai guru untuk dijadikan tempat untuk meraih ilmu hendaklah pergi dan berudaha untuk encarinya.
Dewasa ini, kaedah umat islam dalam memperoleh ilmu, telah banyak mencetuskan kehuruharaan , di mana mereka tidak lagi menjadikan guru dengan mengadap guru itu, sebagai kaedah menuntut ilmu, bahkan mereka hanya mendapatkannya melalui kaca tv, radio, majalah, internet dan sumber-sumber lain yang mempunyai maklumat perihal imu. Suka penulis nyatkan di sini, kesemuanya itu hanyalah wasilah, dan kebanyakan maklumat yang diperolehi lebih banyak silap daripada betulnya. Hal menjadi lebih parah, apabila terdapat sebahagian lagi, yang memandai-mandai alim, dengan membaca sendiri buku-buku agama seperti yang berkaitan dengan tauhid, fiqh dengan sendirinnya tanpa merujuk kepada guru. Sebagaimana disebut di dalam pengajian Syeikh Yusri, : "Berdua-duaan seseorang itu dengan bukunya itu, lebih teruk dan lebih bahaya daripada seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duaan di tempat yang sunyi". Hal ini berlaku kerana, apabila seseorang itu hanya membaca, tanpa mengadap guru, dan apabila dia tersalah, sudah pasti bahawa kesesatan ilmu akan berlaku ke atas dirinya , juga berlaku terhadap orang yang merujuk kepadanya. Maka terjadilah istilah, sesat dan menyesatkan kan. Adapun yang berdua-duaan, kesilapan itu hanya tertumpu kepada mereka berdua sahaja, tanpa melibatkan orang lain.
Makanya, marilah kita kembali kepada manhaj sebenar dalam mendapatlkan ilmu iaitu dengan mengadap masyaikh dan membacanya di hadapan mereka. Maka, sudah pasti mereka akn menegur, andai terdapat apa-apa kesalahan di dalam pemahaman kita terhadap buku yang kita bacakan kepadanya. Demkian, muqaddimah ringkas yang ingin penulis bawakan, sebelum menyambung entri yang sabelumnya, dalam menceritakan serba sedikit intipati yang diperolehi daripada muhadoroh 'ammah Syeihnka As Syeikh Habib Yusuf Muhyiddin Riq Bakhur Al Hasani Hafizahullah Taala.
Beliau juga menambah, sebagaimana yang kita sedia maklum, mengenai hadis Jibrill tikamana Jibril datang menemui Rasulullah dalam menyatakan Islam, Iman dan Ihsan. Ternyata hal itu, merangkumi keseluruhan aspek dalam agama islam itu sendiri. Apabila jatuh salah satu daripadanya, maka jatuhlah kesempurnaan iman seseorang itu. Sesungguhnya islam itu adalah perkara yang melibatkan perbuatan ibadah seperti solat , puasa, zakat, haji dan sebagainya. manakala iman pula adalah , perkara yang melibatkan keimanan ataupun kepercayaan kita berkaitan dengan alam ghaib seperti malaikat, hari kiamat, syurga, neraka, arasy dan sebagainya, yang kita tidak ketahui hakikatnya, melainkan apa yang disampaikan oleh Rasululah S.A.W. Ihsan pula, dapat kita simpulkan disini, adalah Tasawwuf itu sendiri.
Sidang pembaca yang dirahmati Allah.
Tasawwuf mempunyai pelbagai ta'rif yang mencecah ribuan jumlah takrifannya. Namun, dapat kita simpulkan bahawa, tasawwuf itu adalah akhlak. Semakin bertambah akhlaknya, maka semakin sucilah hatinya. Perlu kita fahami, bahawa tasawwuf bukanlah terikat dengan zikir semata, namun zikir itu adalah pengikat kita dalam memastikan tindakan kita, berada di dalam keredhaan Allah Taala. Oleh hal yang demikian, kita perlu sedar, bahawa semua orang adalah seorang sufi, selagimana dia berakhlak dengan akhlak yang mulia, Hilang akhlak, hilanglah sufinya. Jadi, tidaklah penulis ingin melebarkan syarahan buat kali ini, dan insyaAllah, akan disambung pada entri yang seterusnya. Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment