Friday, 25 May 2012

Bagaimana seharusnya keadaan seorang Muslim untuk mendapatkan kelebihan bulan Rajab? - Habib Umar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
 
BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG

Tips ini diambil dan diterjemah dari tulisan Guru Mulia Habib Umar bin Muhammad bin Salimحفظه الله di website beliau, yang mana ianya juga ada dikongsikan di FB.

كيف ينبغي أن يكون حال المسلم ليدرك فضيلة شهر رجب؟
Bagaimana seharusnya keadaan seorang Muslim untuk mendapatkan kelebihan bulan Rajab?
Oleh: Guru Mulia Habib Umar bin Muhammad bin Salimحفظه الله

http://www.alhabibomar.com/Fatwa.aspx?SectionID=5&RefID=204

يغتنم المسلم فضيلة هذا الشهر الكريم بعدة أمور، من أهمها:
Hendaklah seorang Muslim itu merebut keutamaan bulan ini (yakni bulan Rajab) dengan mengerjakan beberapa perkara. Di antara yang penting:

كثرة الاستغفار وتحقيق التوبة النصوح.
Memperbanyakkan beristighfar dan mentahqiqkan taubat nashuha (taubat yang bersungguh-sungguh)

العزم الصادق في الإقبال على الله بفعل الطاعات، وترك المعاصي والمخالفات.
Berazam dengan keazaman yang benar (jujur) dalam menghadap kepada Allah dengan mengerjakan keta’atan-keta’atan dan meninggalkan kemaksiatan dan perkara-perkara yang bersalahan (dengan syariat).

النظر في أحواله وإصلاحها وإقامتها على منهج المتابعة للنبي محمد صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم.
Meneliti pada hal keadaan dirinya dan membaikinya dan mendirikannya dengan berittiba’ (mengikuti) Nabi صلى الله عليه
وآله وصحبه وسلم

تفقُّد شأنه في الفرائض وكيفية أدائها وسننها ورواتبها وحضور القلب فيها.
Memerhati urusannya dalam hal kefardhuan (yakni fardhu sholat) dan kaifiat menunaikannya (yakni menunaikannya dengan ilmu),  (memelihara, menjaga) sunat-sunatnya dan rawatibnya (yakni sholat-sholat sunat yang mengiringi sholat fardhu) dan menghadirkan hati dalam mengerjakannya (yakni khusyu’).

الحرص على الصف الأول في الجماعة، والحرص على التكبيرة الأولى مع الإمام فلا تفوته.
Loba (menguatkan keinginan) untuk mendapatkan shaf yang awal dalam berjemaah dan loba atas mendapatkan takbir pertama berserta imam dan jangan sesekali luput daripadanya

أن يتفقد نفسه في القرآن ونصيبه من تلاوته وتدبره، والحرص على العمل بما فيه.
Bahwa dia meneliti dirinya dalam urusan al-Quran dan bahagiannya daripada membaca al-Qur’an dan memerhatikan makna-makna (tuntutan-tuntutan)nya dan loba atas beramal dengan apa yang terkandung di dalam al-Quran.

المحافظة على الأذكار في الصباح والمساء وبعد الصلوات، وفي الأحوال المختلفة.
Memelihara dhikir-dhikir pada waktu pagi dan petang, selepas sholat dan pada keadaan-keadaan  yang berbeza.

أن يتفقَّد نفسه في المعاملة مع الأهل والأصحاب والأصدقاء والأقارب والجيران، ومع عامة الخلق وخاصتهم.
Bahwa dia memerhati akan dirinya dalam bermu’amalah bersama ahli keluarganya, teman dan rakan-taulan, kaum-karabat, jiran-tetangga dan juga segala makhluk secara umum dan khusus.

صيام ما تيسر من أيام الشهر، وخصوصا الاثنين والخميس والأيام البيض.
Berpuasa pada mana-mana hari yang mudah daripada hari-hari dalam bulan Rajab, khususnya hari isnin, khamis dan hari-hari putih/cerah (yakni pada tanggal 13, 14, dan 15)

أن يكون له نصيب من الصدقات والتفقُّد للفقراء والمساكين، والإحسان إليهم.
Bahwa dia bersedekah dan memerhatikan (keperluan) golongan fuqara dan masakin dan berbuat baik kepada mereka.

اغتنام هذه الليالي في العبادة، خصوصا وقت السحر، فينبغي في مثل هذا الشهر أن يكون له حال حسن في المعاملة مع السحر، ليدخل في دائرة من أثنى عليهم الرب الأكبر في القرآن بالاستغفار في الأسحار، قال تعالى ( وبالأسحار هم يستغفرون) وقال سبحانه وتعالى: ( والمنفقين والمستغفرين بالأسحار ) وقال تعالى ( إنهم كانوا قبل ذلك محسنين كانوا قليلا من الليل ما يهجعون وبالأسحار هم يستغفرون ).
Merebut peluang atau mengambil kesempatan pada malam-malam (di bulan Rajab ini) mengerjakan ibadah, khususnya pada waktu sahur (yakni akhir malam, sebelum fajar). Maka seyogianya dalam bulan ini bahwa dia menjadikan baginya kebaikan dalam bermu’amalah dengan waktu sahur (yakni membiasakan dirinya untuk beramal pada waktu sahur), bagi melayakkan dirinya masuk dalam kumpulan orang-orang yang mana Allah Yang Maha Besar memuji mereka di dalam al-Quran, dengan (amalan mereka yang) beristighfar pada waktu-waktu sahur.

 Allah Ta’ala berfirman:
وَبِٱلْأَسْحَارِ‌ هُمْ يَسْتَغْفِرُ‌ونَ
Maksudnya: Dan pada waktu  sahur (yakni akhir malam, sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). – (Adh-Dhariyah: 18)

Dan berfirman Allah Ta’ala lagi:
وَٱلْقَـنِتِينَ وَٱلْمُنفِقِينَ وَٱلْمُسْتَغْفِرِ‌ينَ بِٱلْأَسْحَارِ‌
Maksudnya: “Dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur”.(Aali ‘Imran: 17)

FirmanNya lagi:
كَانُوا۟ قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ ﴿١٦﴾ كَانُوا۟ قَلِيلًا مِّنَ ٱلَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ ﴿١٧﴾ وَبِٱلْأَسْحَارِ‌ هُمْ يَسْتَغْفِرُ‌ونَ
Maksudnya: Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu  sahur (yakni akhir malam, sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). – (Adh-Dhariyah: 16 – 18)

نسأل الله أن يوفر حظنا من هذه الليالي وهذا الشهر، وأن يجعلنا من المقبولين المسعودين في الدنيا والآخرة. اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان وأعِنا على الصيام والقيام.
Kita memohon kepada Allah semoga Dia menambahkan (amal ibadah) kepada kita daripada malam-malam ini dan bulan ini, dan Dia menjadikan kita daripada golongan yang diterima (amal ibadah) dan orang-orang yang bahagia di dunia dan di akhirat. Ya Allah limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan dan bantulah kami atas mengerjakan puasa dan mendirikan sholat. – Tamat.

.:: copypaste version ::.
 
ilham_nafi' ,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir.

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...