Friday 11 May 2012

Maksud isnad dan sanad ??

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
 
BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "
 
Maksud isnad ialah menyebut hadith atau sesuatu ilmu kepada orang yang mengatakannya. Sanad dan isnad hampir-hampir sama maknanya.

~> Pengajian secara bersanad merupakan kaedah para ulama’ menadah ilmu.

Isnad merupakan perkara yang amat penting untuk memastikan ksohihan sesuatu ilmu. Ahli salaf dan Khalaf telah bersepakat menyatakan, bahawa ilmu agama bukanlah diambil melalui bacaan kitab-kitab atau pengkajian semata-mata, tetapi di ambil melalui kaedah pembelajaran. Iaitu, dengan mempelajari sesuatu ilmu daripada seorang arif yang dipercayai dan telah mengambil ilmu tersebut daripada orang yang seertinya juga, hingga sampai kepada sahabat dan terus kepada Rasulullah s.a.w.

Berkata al Hafiz Abu Bakar al Khatib al Baghdadi :

“Tidak diambil sesuatu ilmu, melainkan daripada lidah-lidah ulama’.”

~> Nabi menyeru supaya menggunakan kaedah ini.
Oleh kerana itu, sebahagian daripada ahi salaf menyatakan : Orang yang mengambil sesuatu hadith dan ilmu daripada kitab hanya layak dinamakan sebagai Suhufi, manakala orang yang mengambil al Quran daripada mashaf semata-mata, dinamakan dengan Mashafi, bukannya Qari. Ini kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda :

“Wahai sekalian manusia! Hendalah kamu belajar, kerana ilmu iti diperoleh dengan belajar dan pemahaman sesuatu ilmu diperolehi dengan memahaminya daripada seseorang guru.”

(Di riwayatkan oleh al Tabrani di dalam al Mu’jam al Kabir (395/19) )

~> Sistem bersanad ini merupakan amalan Ulama’ al Azhar.

Syeikh Soleh al Ja’fari, Imam Besar Masjid al Azhar yang juga merupakan guru Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al Maliki menyebut bahawa system sanad ini merupakan amalan yang dilakukan oelh ulama’ al Azhar. Pada setiap awal tahun iaitu pada sesi permulaan pengajian sesebuah kitab, mereka akan membacakan dan menyatakan sanad masing-masing hingga kepada Rasulullah s.a.w.

~> Pandangan para ulama’ tentang sanad?

Banyak tulisan ulama’ yang mengupas tentang kepentingan sanad. Antaranya ialah Guru Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al Maliki, Syeikh al Muhaqqiq Abdul Fattah Abu Ghuddah telah menyatakan : “Dalam keadaan apa sekali pun, isnad yang menjadi kebanggan umat Islam tidak sepatutnya diambil mudah dan dipegang atas dasar waham (ragu-ragu) sahaja.”

Imam Nawawi juga berkata : “Isnad adalah di antara tuntutan terpenting yang sepatutnya diketahui oleh seseorang pengajar ilmu dan penuntutnya. Kejahilan seseorangpelajar atau guru tentang sesuatu sanad, amaktlah dikeji kerana guru-guru ilmu bagaikan bapa di dalam agama dan penghubung di antara sesorang penuntut ilmu dengan Allah, Pentadbir Alam Semesta.”

Ibnu Mubarak pula berkata : “Isnad adalah sebahagian daripada agama. Sekiranya tiada isnad, maka sesiapa sahaja akan `berkata apa sahaja yang dikehendakinya” . Beliau juga menyatakan : “Diumpamakan orang yang menuntut perkara agamana dengan tiada bersanad seperti orang yang menaiki atap dengan tidak menggunakan tangga.”

~> Akibat tidak menggunakan kaedah bersanad?

Seseorang yang belajar tanpa berguru, tidak akan berani menyenaraikan nama gurunya dan menyebut sandnya, kerana ia tidak mempunyai sanad dalam pengambilan sesuatu ilmu. Menyebut nama guru merupakan suatu kebanggaan bagi seseorang murid, selain untuk mendapatkan ‘keberkatan’ ilmu. Ramai ulama’ hadith yang menuls kitab khusus untuk menyenaraikan nama-nama guru mereka dan sanad ilmu yang mereka terima daripada guru mereka. Kitab tersebut dikenali sebagai Thabat, Mu’jam dan Fahras.

Kesimpulannya, sanad dan periwayatan serta pengijazahannya merupaan DISIPLIN ILMU ISLAM yang telah disepakati kepentingannya oleh ulama’ Islam. Kolej Islam As-Sofa menyediakan kaedah pembelajaran secara bersanad ini demi menjaga kualiti ilmu dan melahirkan para ulama’. Istimewanya lagi kami menerima anda walaupun anda BUKAN lepasan sekolah agama dan syarat kelayakannya hanya 3 kredit SPM.

Rujukan : Kitab Al Maliki Ulama’ Rabbani Abad ke-21 ditulis oleh Al Musnid Syeikh Fuad Kamaluddin Al Maliki.
 
lham_nafi' ,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir.

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...