Wednesday, 16 May 2012

REDHA dengan segala bentuk TAQDIR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
 
 BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG 

( Gambar Hiasan )

Nabi s.a.w bersabda : "Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah Taala berfirman kepada Malaikat penulis amalnya: "Tulislah juga untuknya amal-amal soleh yang biasa ia lakukan:" kemudian jika Allah hilangkan bencana yang menimpanya itu, Allah jadikan ia hidup berkeadaan baharu bersih suci dari dosanya dan jika Allah mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya".
(Anas r.a)

Setiap manusia hendaklah menerima segala ujian Allah dengan hati yang tabah, sabar dan redha kerana sikap yang demikian akan membawa kebaikan pada dirinya. Jika ia membiasakan dirinya dengan amalan yang baik semasa ia sihat atau senang kemudian tidak dapat melakukannya disebabkan kesakitan atau kemalangan yang menimpanya, maka Allah memerintahkan malaikat amal mencatat amalan yang baik yang tidak dapat dikerjakannya itu.

Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud,

"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah s.w.t.".

Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi s.a.w, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?" Lalu jawab Rasulullah s.a.w, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya"
(Surah At-Taghabun:11)

Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram"
(Surah Ar-Rad:28)

"Setiap ujian dari Allah itu sebenarnya adalah kasih sayangNYA pada tiap-tiap hambaNYA.
 
.:: copypaste version ::.
 
ilham_nafi' ,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir.

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...