Wednesday, 7 April 2010

RAHSIA "KARAMAH"

PENTAKRIFAN KARAMAH

Karamah ialah perkara yang dizahirkan oleh Allah S.W.T. ke atas wali wali-Nya. Ia sebagai satu tanda kebenaran ke atas sesiapa yang dizahirkan kepadanya.Sekiranya tiada kebenaran maka penzahirannya tidak harus. Begitulah yang disebut oleh al Qusyairi di dalam Rislahnya. Kebiasaannya,karamah ini berlaku di luar pengetahuan empunya diri dan sebab itulah ia berbeza dengan mukjizat. Kebanyakannya daripada ahli hakikat berpendapat,wali boleh menzahirkan karamah tetapi tidak sepenuhnya.

Ada juga yang berkata: "Sesungguhnya seorang wali itu malu untuk menzahirkan karamahnya,samalah seperti malunya seorang wanita untuk menyatakan haidnya"

Ibn 'Ataillah al Sakandari berkata di dalam Hkam yang bermaksud:

TIDAK SEMUA ORANG TERPILIH MAMPU MEMBUANG SEMUA SIFAT KEMANUSIAANNYA. INI MENUNJUKKAN KEZUHUDAN MEREKA PADA KARAMAH YANG MANA IA ADALAH PERKARA YANG LUAR BIASA.BUKAN SEMUA YANG TERPILIH TELAH TERLEPAS DARIPADA HAWA NAFSU"

Ibn 'Ajibah berpendapat: "Karamah yang hakiki dianugerahkan ke atas orang yang beristiqamah pada agama dan telah mencapi kayakinan yang sempurna. Sementara itu,perkara luar biasa yang dimiliki oleh seseorang jika diiringi dengan istiqamah zahir dan batin,maka wajib kita memuliakan orang tersebutkerana padanya terdapat bukti kesempurnaan.Jika tidak diiringi dengan istiqamah,tidak perlulah kita berbuat demikian."

Sebagai bukti mengenai perkara ini,Syeikh Abu 'Abbas al Mursi berkata: " Bukanlah maksud orang yang terpilih itu,mereka boleh mengelilingi dunia dalam satu masa tetapi yang terpilih itu adalh mereka yang bertukar sifat dirinya ketika dia berada di sisi tuhannya.

Ibn Khaldun berpendapat di dalam kitab 'al Muqaddimah' "Sesiapa yang mengingkari karamah,itu adalah satu bentuk kesombongan.Manakala cerita cerita tentang keramtan seseorang itu berita mengenai alam ghaib serta cara mereka berurusan dengan alam adalah perkara benar,itu bukannya perkara mungkar. Sekiranya terdapat 'ulama yang cenderung mengingkarinya,maka mereka tidak berhak untuk berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...