Wednesday 7 April 2010

BIOGRAFI IBNU 'ATAILLAH AL SAKANDARI

NAMA

Ibnu 'Ajibah menyatakan nama penuh beliau ialah Abu al-Fadhl Ibn Muhammad Ibn Abd Karim Ibn Abd Rahman Ibn Abdullah Ibn Hammad Ibn 'Isa Ibn al Husain Ibn 'Ataillah.

KELAHIRAN

Menurut al Taftazani,setelah membentangkan teori tarikh kelahiran al Syeikh Ibn 'Ataillah al Sakandari,beliau menyatakan,tarikh yang dianggap sesuai bagi kelahirannya ialah sekitar tahun 685H.

GURU GURUNYA

1.Al Syeikh al Abraquhi iaitu al Syeikh Syihabuddin Abu Al Ma'ani Ahmad Ibn Ishaq Ibn Muhammad Ibn al Mu'ayyad (701H). Gurunya ini merupakan tokoh ulama' Mesir yang meniggal dunia di Mekah semasa mengerjakan haji pada tahun 701H ketika berusia 87 tahun.Al Syeikh Ibn 'Ataillah al Sakandari telah meriwayatkan bahawa beliau pernah mempelajari atau mengambil hadith daripadanya.

2. Abu al 'Abbas al Mursi. Gurunya ini banyak menunjukkan jalan rohani kepadanya.

3. Al Faqih Nasiruddin Ibn al Munir al Jarawi al Judhami al Iskandari (w683H). Gurunya ini adalah seorang imam yang hebat dalam fiqh dan bahasa arab serta merupakan 'allamah al iskandari di zamannya. Beliau meninggal dunia di Iskandariah pada tahun 683H.

4. Al Syeikh al Muhyi al Maruni. Beliau merupakan guru kepada al Syeikh Ibn 'Ataillah al Sakandari dalam bidang ilmu nahu.

5. Al Syeikh al Imam al Hafiz Syarafudin Abu Muhammad Abd al Mu'min Ibn Khalaf Ibn Abi al Hasan al Dimyati (613H-705H) yang disifatkan oleh al Imam al Suyuti sebagai seorang imam yang sangat 'alim,hafiz,hujjah, dan faqih. Beliau terkenal sebagai syeikh Al Muhaddithin.

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...