Wednesday, 7 April 2010

ADAKAH ALLAH ITU ZALIM TERHADAP HAMBANYA????

Manusia sering ditimpa dengan pelbagai musibah.Tidak kira yang kaya atau yang miskin,semuanya telah ditakdirkan oleh Allah untuk menempuhi ujiannya yang tersendiri.Oleh hal yang demikian bergantung kepada manusia itu sendiri,cara-cara untuk menghadapi ujian tersebut.Itulah hakikat yang perlu ditempuhi bagi mereka beriman.

Namun,kadang kala ujian yang terlalu berat menyebabkan segelintir manusia tidak mampu bersabar lantas menyalahkan Allah.Sebagai contoh,seseorang itu telah ditimpa penyakit yang tidak dapt diubati,maka mereka menyatakan Allah itu zalim dan juga sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah.Mari kita renungkan adakah Allah itu zalim???

Daripada Abu Zar al Ghifari daripada Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkannya daripada tuhannya,bahawasanya Alah berfirman:

"Hai hamba hambaku-Ku! Sesungguhnya Aku haramkan kezaliman ke atas diri-Ku dan Aku jadikan ia (perkara) yang diharamkan di antaramu. Maka janganlah kamu berbuat kezaliman.

"Hai hamba-hamba-Ku!Kamu semua sesat kecuali mereka yang telah aku beri hidayah kepadanya. Maka mintalah hidayah daripada-Ku dan Aku past memberi hidayah kepada itu kepadamu.

"Hai hamba hamba-Ku! Kamu semua lapar kecuali kecuali mereka yang telah Aku beri makan kepadanya. Maka mintalah makanan daripada-Ku dan Aku memberi makanan itu kepadamu.

"Hai hamba hamba-Ku! Kamu semua telanjang kecuali siapa yang Aku pakaikannya. Maka mintalah pakaian daripada-Ku dan Aku pasti memakaikannnya kepadamu.

"Hai hamba hamba-Ku! Kamu semua bersalah siang dan malam maka Aku mengampunkan segala dosa. Oleh it mintalah keampunan kepada-Ku dan Aku pasti mengampunimu.

"Hai hamba hamba-Ku! Sesungguhnya kamu tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepada-Ku,Maka kamu hendaklah mendatangkan kemudaratan itu kepada-Ku dan kamu tidak dapat memberikan manfaat kepada-Ku, Maka kamu hendaklah mendatangkan manfaat itu kepada-Ku.

"Hai hamba hamba-Ku Kalau sekiranya orang orang terdahulu dan terkemudian daripadamu dan kamu daripada jenis manusia dan jin,adalah semuanya setakut takut hati kepada Allah sepert takutnya hati seorang lelaki daripada kamu;nescaya yang demikian itu tidak menambahkan sedikitpun kerajaan-Ku.

Sudah jelas lagi bersuluh,Allah itu tidak zalim terhadap hambanya. Sesungguhnya manusia sendirilah yamg zalim terhadap diri mereka sendiri. Kita perlu mengetahui bahawa,ujian itu bertujuan untuk meingkatkan keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah .Ia menjadi satu bukti bahawa Allah mencintai dan menyayangi hambanya.

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...