Saturday, 31 July 2010

KHUTBAH WIDA' RASULULLAH

“Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan,aku tidak mengetahui apakah aku dapat lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu,dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

“Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,anggaplah jiwa dan harta setiap orang sebagai amanah yang suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakit sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu,segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa dalam menyesatkan kamu dalam perkara yang besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara yang kecil.

“Wahai manusia sebagaiman kamu mempunyai hak atas isteri kamu,mereka juga mempunyai hak ke atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu,maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian,dalam suasana kasih saying.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesunguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah dan dilarang melakukan zina.

“Wahai manusia,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah Allah,dirikanlah solat lima waktu,berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadaah haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepaada muslim yang lain.Kamu semua adalah sama;tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

“Ingatlah!,bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu,awasilah agar jangan sesekali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

“Wahai manusia,tidak ada lagi Nbi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nialilah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnhya aku meninggalkan kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al Quran dan SunnahKu.

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar daripadaku.Saksikanlah Ya Allah,bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...