Saturday, 31 July 2010

SIFAT GOLONGAN YANG INGKAR

“(MEREKA yang ditimpa azab itu)kerana semasa mereka didatangi Rasul-Rasul yang (memberikan pelbagai penjelasan)mengenai keadaan hidup mereka di dunia dan akhirat (sambil melarang mereka): “Janganlah menyembah melainkan Allah,” Mereka menjawab “Jika Tuhan kami hendak (mengutuskan Rasul-Rasul tentulah Ia akan menurunkan malaikat.Oleh itu sesungguhnya kami kufur ingkar akan apa-apa yang (kamu katakana)kamu diutus membawanya.” (FUSSILAT:14)

HURAIAN
Pelbagai cara,hujah dan alasan bagi orang yang kufur dan ingkar ingin menolak kebenaran yang dibawa oleh Rasul utusan Allah.Semuanya itu berpunca daripada sifat ego manusia yang enggan menerima cahaya kebenaran,Malahan mereka mempersenda-sendakan para Rasul utusan Allah dengan menyatakan bahawa Rasul-Rasul dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi mereka.
Kedegilan kaum-kaum yang ingkar ini mengakibatkan mereka ditimpa azab yang pedih di akhirat,akibat kekufuran mereka sehingga menolak kebenaran yang dibawa oleh para Rasul.Penolakan mereka kepada kebenaran,selain disebabkan kejahilan adalah kerana bimbangkan kuasa,kedudukan dan harta mereka hilang.Hanya orang yang bersih hatinya,murni akhlaknya dan waras fikirannya akan menerima hakikat kebenaran sekalipun pahit.Penentangan terhadap seruan kebenaran adalah suatu sunah dakwah dimana ia akan dihadapi oleh setiap pendakwah sepanjang zaman.

Sedangkan para Rasul yang dibekalkan mukjizat dan kelebihan daripada Allah turut menerima penentangan,apatah lagi kita sebagai manusia biasa.Apa yang penting,kesabaran dan kecekalan dalam menyampaikan seruan kebenaran mestilah dihayati sebagaimana cekal dan sabarnya para Rasul.Sikap kasar,ganas, memaki dan mencarut perlu dielakkan agar seruan dakwah diterima dan mesej yang ingin disampaikan tidak disalahertikan.

KESIMPULAN
Tugas menyampaikan seruan kebenaran dan dakwah adalah tugas yang murni lagi mulia kerana ia merupakan tugas dan sifat para Rasul.Penentangan kepada kebenaran adalah suatu lumrah.Setiap umat Islam mesti memelihara adab sopan semasa berdakwah kerana kemuliaan islam messtilah disampaikan dengan cara yang mulia juga.

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...