Saturday 31 July 2010

SOALT DHUHA

Sebuah hadis Qudsi daripa Abu Darda dan Abu Zar daripada Rasulullah s.a.w. daripada Allah Azza Wa Jalla yang berfirman: “Wahai anak Adam rukuklah sebanyak empat rakaat kepada-Ku pada awal siang,pasti Aku akan mencukupkanmu pada akhir siang itu” (Riwayat Tirmizi)

Dalam sebuah lagi Hadis qudsi Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa Allah berfirman:”Wahai anak Adam,janganlah kamu lemah terhadapku daripada mengerjakan empat rakaat pada awal siangmu,kerana aku kan mencukupkanmu pada akhir hari itu.” (Riwayat Abu Daud)

Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah berpesan kepadanya mengenai tiga perkara,iaitu berpuasa sunat tiga hari setiap bulan,menunaikan sembahyang sunat Dhuha dua rakaat dan menunaikan sembahyang sunat witir sebelum tidur.(Riwayat Muslim)
Hadis-hadis di atas menunjukkan anjuran mengerjakan solat sunat Dhuha yang hukumnya sunat muakkad,iaitu sunat yang sangat dituntut.Menurut Imam Syafi’e,sekurang-kurangnya solat Dhuha ialah dua rakaat,dan sebaiknya lapan rakaat.Boleh juga dikerjakan 12 rakaat,empat dan enam rakaat.Waktunya adalah ketika matahari naik sehingga matahari tergelincir.Dhuha bererti waktu matahari naik.

Ia dikerjakan dengan tujuan semoga Allah memudahkan kita mendapat rezeki dan melapangkannya.Caranya yang paling ringkas ialah seperti solat-solat sunat yang lain,iaitu membaca surah Al Fatihah dan sebarang surah yang lain seperti al-Kafirun,al-Ikhlas dan sebagainya.

SIFAT GOLONGAN YANG INGKAR

“(MEREKA yang ditimpa azab itu)kerana semasa mereka didatangi Rasul-Rasul yang (memberikan pelbagai penjelasan)mengenai keadaan hidup mereka di dunia dan akhirat (sambil melarang mereka): “Janganlah menyembah melainkan Allah,” Mereka menjawab “Jika Tuhan kami hendak (mengutuskan Rasul-Rasul tentulah Ia akan menurunkan malaikat.Oleh itu sesungguhnya kami kufur ingkar akan apa-apa yang (kamu katakana)kamu diutus membawanya.” (FUSSILAT:14)

HURAIAN
Pelbagai cara,hujah dan alasan bagi orang yang kufur dan ingkar ingin menolak kebenaran yang dibawa oleh Rasul utusan Allah.Semuanya itu berpunca daripada sifat ego manusia yang enggan menerima cahaya kebenaran,Malahan mereka mempersenda-sendakan para Rasul utusan Allah dengan menyatakan bahawa Rasul-Rasul dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi mereka.
Kedegilan kaum-kaum yang ingkar ini mengakibatkan mereka ditimpa azab yang pedih di akhirat,akibat kekufuran mereka sehingga menolak kebenaran yang dibawa oleh para Rasul.Penolakan mereka kepada kebenaran,selain disebabkan kejahilan adalah kerana bimbangkan kuasa,kedudukan dan harta mereka hilang.Hanya orang yang bersih hatinya,murni akhlaknya dan waras fikirannya akan menerima hakikat kebenaran sekalipun pahit.Penentangan terhadap seruan kebenaran adalah suatu sunah dakwah dimana ia akan dihadapi oleh setiap pendakwah sepanjang zaman.

Sedangkan para Rasul yang dibekalkan mukjizat dan kelebihan daripada Allah turut menerima penentangan,apatah lagi kita sebagai manusia biasa.Apa yang penting,kesabaran dan kecekalan dalam menyampaikan seruan kebenaran mestilah dihayati sebagaimana cekal dan sabarnya para Rasul.Sikap kasar,ganas, memaki dan mencarut perlu dielakkan agar seruan dakwah diterima dan mesej yang ingin disampaikan tidak disalahertikan.

KESIMPULAN
Tugas menyampaikan seruan kebenaran dan dakwah adalah tugas yang murni lagi mulia kerana ia merupakan tugas dan sifat para Rasul.Penentangan kepada kebenaran adalah suatu lumrah.Setiap umat Islam mesti memelihara adab sopan semasa berdakwah kerana kemuliaan islam messtilah disampaikan dengan cara yang mulia juga.

NASIHAT LUQMAN AL HAKIM

1.Bersukurlah kepada Allah,kerana bersyukur itu adalah untuk dirimu sendiri dan jika tiada sesipa yang bersyukur,sesungguhnya Allah itu Maha Kaya Lagi Maha Terpuji.

2.Janganlah kamu mempersekutukan Allah kerana mempersekutukan Allah itu adalah satu kesalahan dan dosa yang amat besar.

3.Berbuat baiklah kepada ibu bapamkerana kesusahan mereka menjaga kamu dan penderitaan ibumu mengandungkan mu dan menyusukanmu selama 2 tahun.

4.Janganlah kamu ikuti perintah kedua ibu bapamu jika perintah itu memaksa kamu memepersekutukan Allah tetapi pergauilah mereka dengan baik.

5.Buatlah kebaikan kerana kebaikan itu walaupun sebesar biji sawi atau tersembunyi di dalam batu,di langit atau di bumiakan diperhitungkaan oleh Allah kerana Allah Maha Mengetahui.

6.Dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat baik serta cegahlah berbuat buruk dan teguhkanlah hati dalam apa jua yang menimpa kamu.

7.Janganlah kamu bersikap sombong dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh kerana Allah tidak menyukai sikap sombong dan angkuh.

8.Bersederhanalah dalam berjalan dan lembutkanlah suaramu kerana contoh suara yang buruk itu ialha seperti suara keldai.

KHUTBAH WIDA' RASULULLAH

“Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan,aku tidak mengetahui apakah aku dapat lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu,dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

“Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,anggaplah jiwa dan harta setiap orang sebagai amanah yang suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakit sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu,segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa dalam menyesatkan kamu dalam perkara yang besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara yang kecil.

“Wahai manusia sebagaiman kamu mempunyai hak atas isteri kamu,mereka juga mempunyai hak ke atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu,maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian,dalam suasana kasih saying.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesunguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah dan dilarang melakukan zina.

“Wahai manusia,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah Allah,dirikanlah solat lima waktu,berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadaah haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepaada muslim yang lain.Kamu semua adalah sama;tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

“Ingatlah!,bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu,awasilah agar jangan sesekali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

“Wahai manusia,tidak ada lagi Nbi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nialilah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnhya aku meninggalkan kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al Quran dan SunnahKu.

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar daripadaku.Saksikanlah Ya Allah,bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”

KESETIAAN KEPADA RASULULLAH

“SESUNGGUHNYA orang yang memberikan pengakuan taat setia kepadamu(wahai manusia)hanya sebenarnya mereka memberi pengakuan taat setia itu.Oleh itu,sesipa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya perlanggaran itu atas dirinya sendiri” (AL-FATH :10)

HURAIAN
Dalam usaha menamatkan krisis Hudaibiyah,Rasulullah s.a.w. mengutus Saidina Usman bin Affan r.a. sebagai perunding dengan puak musyrikin di Mekah.Walaubagaimanapun tersebar khabar angin bahawa Saidina Usman telah dibinuh oleh pihak musuh.Berita tersebut menimbulkan keraguan dan kegelisahan sebahagian rombongan yang tidaksabar untuk bertindak balas menghadapi isu pembunuhn perunding islam itu.
Dalaam suasana kegelisahan itu,Allah menurunkan ayat ini supaya umat islam membuat pengakuan taat setia kepada kepimpinan Rasulullah s.a.w. dalam menyelesaikan krisis Hudaibiyah tersebut.Umat islam yang taat kepada perintah Rasulullah s.a.w. dalam mengendalikan krisis Hudaibiyah membawa hasil.Saidina Usman r.a. tidak dibunuh dan kembali dengan selamat ke pangkuan umat islam.Jika umat islam tidak berdisiplin mengikut rahan Rasulullah s.a.w. nescaya ia akan merugikan umat islam sendiri dan berkemungkinan membawa fitnah ke atas kesucian ajaran islam.

KESIMPULAN
Jelaslah bahawa disiplin dan kesetiaan kepada pemimpin amat penting untuk mencapai hasil yang berkesan daan memuaskan.

CARA MENGHARGAI TUBUH DENGAN PUASA SUNAT

TULISAN ini cuba meninjau kelebihan puasa sunat kepada manusia daripada aspek perubatan.Puasa yang dikerjakan oleh bukan islam tidak sama caranya denga yang dilakukan oleh umat islam.
Di barat dan negeri bukan islam,puasa mereka ialah tidak memakan bahan pejal sepanjang 20 jam tapi mereka akan minum sedikit air garam,atau air the bercampur mentega(di Tibet) atau hanya meminum air jus buah-buahan.
Orang islam pula berpuasa selama lebih kurang tiga belas jam sehari,dari sebelum waktu subuh sehinggalah waktu maghrib.Tiga belas jam ialah masa yang diperlukannoleh tubuh untuk menghadam makanan dan minuman,termasuk proses membina sel,darah dan lain-lain lagi.Ini berdsarkan waktu normal makan seorang individu tetapi proses ini akan terganggu jika seseorang makan tanpa kira waktu dan tidak berhenti-henti.
Puasa selama13 jam sehari itu lebih menepati kehendak tubuh dari segi ilmu perubatan.Puasa Isnin dan Khamis boleh membantu mengimbangi apa-apa makanan lebihan dan kerja lebihan yang kita paksa ke atas organ-organ kita pada hari-hari lain dalm waktu seminggu.
Puasa pada hari isnin membetulkan kesilapan-indigestion-lebihan kerja yang organ kita lakukan dari hari Jumaat hingga ke hari Ahad.Manakala puasa pada hari Khamis membetulkan kita pada yang kita lakukan pada hari selasa hingga Rabu.
Bila kita berpuasa secara spontan tubuh kita akan mula melakukan pembuangan bahan-bahan toksid yang terkumpul padat dalam organ-organ kita (focus on detoxification of congested organs)Berpuasa tidak bermaksud laparkan diri seperi yang difikirkan oleh orang awam.Biasanya inilah keluhan orang ramai bila hampir tiba bulan puasa kerana mereka tidak faham falsafah ibadah puasa.
Dari segi ilmu perubatan puasa adalah Therapeutic-bermaksud puasa membina manusia yang sihat!Puasa boleh membantu kita membersihkan dalaman tubuh kita (detoxification).Ini adalah kerana:
a-Kebanyakan penyakit adalah kerana terhimpunnya bahan-bahan toksik,bahan kotor yang terjadi kerana sifat buruk manusia sendiri-makanan tidak berzat,makan junkfood seperti mi segera,kurang senaman atau tidak bersenam langsung (sola juga adalah salah satu cara bersenam) dan keadaan mental kita (stress,susah hati,terkejar-kejar dalam kehidupan).Puasa dapat membersihkan semua bahan-bahan ini.
b.Tubuh kita dapat mengembalikan kesihatan dengan syarat kita menyediakannya untuk itu,salah satu caranya ialah berpuasa.
Bagi orang yang mula-mula melakukan puasa sunat sudah tentu dia akan merasa lapar dan dahaga di peringkat permulaan-ini adalh normal kerana tubuh badan kita juga mula menyesuaikan dengan tidak ada makanan baru untuk dihadam.Sebelum ini,kita asyik kita tidak berhenti makan dan minum sahaja,maka tubuh memberhentikan pengeluaran enzim penghadaman.
Bila tenaga tidak mencukupi,tubuh kita akan mengambilnya daripada glycogen yang tersimpan di dalam hati.Dan bila ini juga tidak mencukupi,tubuh akan mencari dari sel-sel yang berpenyakit dan bahan buangan tubuh sehingga bahan-bahan ini terhadam dengan sendirinya.Keadaan ini dikenali sebagai Autolysis.Autolysis ialah pembinasaan tisu-tisu atau sel-sel yang dilakukan tindakan enzim-enzimnya sendiri.Proses Autolysis menyalur asid amino sel-sel berpenyakit kepada sel muda dan sel sihat tanpa merugikan protein.
Orang yang berpuasa juga akan mengalami kekurangan berat badan sedikit demi sedikit.Dan kurangnya berat badan ii sewaktu berpuasa disebabkan penghapusan bahan kotoran dalam tubuh dan sel-sel berpenyakit.Bila tubuh sudah dibersihkan,kita akan mengalami perubahan,mental-rasa kita akan hampir kepada tuhan yang Maha Esa dan diri menjadi lebih tabah menghadapi cabaran hidup.

BERIMAN KEPADA ALLAH

“TIDAK ada paksaan dalam agama (ISLAM)keran sesungguhnya telah nyata kebenaran (islam) daripada kesesatan (kufur) .Oleh itu,sesiapa yang tidak percayakan taghut,dan ia pula beriman kepada Allah,maka sesungguhnya ia telah berpegang kepaada simpulan (tali agama)yang teguh,yang tidak akan putus.Dan ingatlah,Allah Maha Mendengar,Lagi Maha Mengetahui.”
(Al Baqarah:256)

HURAIAN
Islam ialah agama daripada Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. kepada seluruh alam.Padanya terdapat petunjukdan kebenaran.Keimanan kepada Allah s.w.t. adalah satu nikmat yang besar kepada seseorang individu.Namun tiadak ada paksaan dalam beragama.Akal fikiran bagi setiap insan mampu untuk berfikir tentang kebenaran dan KeEsaan agama Allah menerusi Hidayah-Nya.Sesungguhnya orang yang beriman perlulah berpegang teguh dengan ajaran yang disampaikan melalui Rasul dan waris Anbiya’

Ini kerana ajaran islam meliputi semua ruang lingkup kehidupan manusia sama ada syariah,ibadah,muamalah,munakahat (perkahwinan) dan akhlak.Jika manusia benar-benar mengikut seperti yang dikehendaki oleh agama,maka inilah yang dinamakan keikhlasan.Sesungguhnya manusia memerlukan kepada petunjuk yang sebenar dalam menjalani kehidupan.

KESIMPULAN
Islam adalah agama yang menitikberatkan segala aspek kehidupan manusia.Padanya,petunjuk dan mengamalkannya adlah satu pegangan yang penting dalam diri setiap mukmin.

FASILITATOR KEMAHIRAN BAHASA AL QURAN 2010

GENERASI KE-2 :KEMAHIRAN BAHASA AL QURAN.

KEMBAQ DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA DATO' HAJI MUSTAFA.

KEMBAQ DI SEKOLAH BERASAM PENUH INTEGRASI JEMPOL,NEGERI SEMBILAN.

KEMBAQ DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA SAINS SELARU,KUALA PILAH.

KEMBAQ DI TAMAN MALAYSIA,SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

KEMBAQ DI MAAHAD AHMADI,GEMENCHE NEGERI SEMBILAN

KEMBAQ DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PEDAS,NEGERI SEMBILAN.

KEMBAQ DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH SELANDAR,MELAKA

KEMBAQ DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TUN SAKARAN SABAH.

KEMBAQ DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUNAK,SABAH.

WAJAH-WAJAHKU.

Waktu ini tgh mngajar anak Ustaz Zulkarnain yang bernama Dhuha.Masa tu,dia baru darjah 6.Tu yang mantap je arab dia.Yang aku tak sangka,dalam masa 3 hari itu,habis buku latihan dia aku kerjakan dengan menberikan seberapa banyak latihan.Huh..ta'ajjub..

Yang ni,mungkin agak keletihan ketika pogran dengan i'dadi 3,2010. Tapi sebenarnya memang seronok,program bahasa arab ini umpama sebuah maktab perguruan yang melatih diri menjadi seorang pengajar yang baik dan cemerlang. Terima kasih buat AYAHANDA.

Ha!!Ni hadiah johan Tamsiliah.Wah...seronok rasanya dapat berlakon lagi.Jadi 'ayah',lucu pulak rasanya.Lakonan merupakan antara aktiviti yang amat ku gemari.Mane taknya,mase tingkatan 2,dah diajar untuk berlakon..johan jugak.Alhmdllh dah rezeki.Cuma form 3,masuk debat bahasa arab..Mula-mula memang takut...menggigil...tapi inilah merupakan titik mula aku berani bercakap di khalayak ramai...huh.

Dapat jadi peserta terbaik.Yang di sebelah bernama Fatin Syahira Bt Zulkefli merangkap peserta terbaik wanita.

Kena baca ikrar.Ustaz di sebelah itu bernama USTAZ DIDIK. Beliau merupakan ketua fasilitator dalam program ini.

Ketika program bersama Maahad Darussalam Gontor.Huhu...jadi peserta terbaik!Alhamdulillah.Dalam program ini,betapa kagumnya saya dengan sume fasilitator mahir bertutur dalam bahasa arab walaupun tidak pergi ke Timur Tengah.Inilah antara contoh terbaik yang saya nak contohi sebelum ke Mesir.Sehungga hari ini,aku giat melatih lidah untuk bertutur dalam bahasa arab walaupun banyak kesilapan yang agak memalukan,namun aku tidak peduli.Moga guru-guru dan juga sahabat memberikan sokongan yang padu untuk meningkatkan semangat ku.

Friday 30 July 2010

PROGRAM INTENSIF TIMUR TENGAH 2010

Selepas majlis penutupan di Hotel Klana Resort,Seremban.

Kenangan daripada program P.I.T.T. masih segar di ingatan.Pelbagai program yang disediakan berjaya mmberikan impak yang positif dalam diri ini.Pada etiap pagi,kelas hafazan berlangsung dengan lanvar bermula jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi.Walaupun kerap kali aku tidur dengan nyenyaknya,namun orang yang bukan bergelar hafiz ini berjaya menghabiskan tasmi' sebanyak 1 juzuk dalam sebulan ini.Alhamdulillah tanpa usaha yang brterusan tak mungkin aku berjaya menghabiskannya.

Pada minggu pertama sahaja,kami akan disajikan dengan program KEMAHIRAN BAHASA ALQURAN atau lebih dikenali dengan (KEMBAQ).Dalam program ini,pelbagai pendedahan dalam segala sudut dalam bahasa arab,memantapkan lagi serba sedikit ilmu bahaa arab yang telah dipelajari.Seronok rasanya,apabila dapat kembali bersama ayahanda dalam satu progran bahasa arab.Suasana ini mengingatkan kembali nostalgiaku sebagai fasilitataor beliau dalam (KEMBAQ) ini.Sepanjang besama beliau,banyak pengalaman yang diperoleh dalam bab pengajaran ilmu.Tidak ketinggalan juga,ilmu menyanyi yang memang tiada dalam diri,juga mahir menyanyi apabila berada di dalam (KEMBAQ)ini.

Setelah tamat program bahasa arab,semua peserta P.I.T.T. difahamkan akan melawat PUSAT ANAK ANAK YATIM (PAYASUM) di Melaka.Maka,tentatif pun disusun,antara progam yang dirancang ialah persembahan nasyid.Maka,apabila selesai sahaja perbincangan,seorang pelajar ITQAN bernama Salehudin memanggil:

"aziz!aziz!!"

Aku pun menoleh,seraya menjawab "Ya,nape???"

Dia pun membalas "Sini jap......"

Aku dengan perasaan hairan,datang menghampiri,maka dengan pantas dia berkata:

"Anta nyanyi ya,suara anta boleh buat 'base'....."

Toghoncek nyawo (loghat negeri)jap,terdetik dalam benak fikiran,adakah ini satu penghinaan ataupun daripada hati yang tulus?

Aku pun membalas kata-katanya dengan jujur:"Ish..anta nie,jangan camtu syeikh,pelajar ITQAN kan ramai yang pandai nyanyi.Ana ni last masuk pertandingan nasyid pun mase form 2,tu pun kalah,ni kan nak wat persembahan,hodoh jadinya.."

Dia yang disokong oleh seorang sahabat yang bernama Fakhrurrazi Yunos yang merupakan bekas ahli soutul ahmadi,mambalas...

"Ish..anta boleh...ana dah dengar suara anta,boleh la...Jangan lari..."

Aku termangu seketika.Tak mampu aku membalas kata-katanya.

Fakhrurrazi menambah :"Artis dah pilih ,ikut je........."

Artis itu merujuk kepada 'salehudin' dan 'qayyum' yang merupakan penyanyi utama dalam album pertama ITQAN yang telah dilancarkan pada tahun lepas.

Aku hanya redho dengan takdir.Namun,ini sume ada hikmahnya.Sepanjang sesi latihan aku dapat mempelajari serba sedikit teknik mengeluarkan suara 'base' walaupun bunyinya tetap 'HODOH".

Serba sedikit pengalaman yang sukar untuk aku lupakan sampai bila-bila....InsyaAllah..nanti ana cerita lagi..

KHUTBAH JUMAAT MASJID AL ANSAR FELDA JELAI 4

TARIKH : 30/7/2010
KHATIB : IMAM SAIDINA ABU BAKAR BIN SELAMAT
BILAL : ENCIK ABDULLAH SANI
TAJUK : "AMANAH"

Marilah sama-sama bertaqwa kepada Allah dengan melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan,moga-moga hidup drahmati Allah.

ISI KANDUNGAN KHUTBAH

1.Sesungguhnya Allah telah menawarkan amanah kepada langi,bumi dan tumbuh-tumbuhan tiada yang sanggup memikulnya melainkan manusia.

2.Orang yang tidak amanah,tiada iman dalam dirinya.

3.Sekiranya meminjam hak orang lain,amanah kita ialah mengembalikan hak-hak orang tersebut.

4.Taatlah kepada Allah dan tidak menyengutukannya serta berbuat baik kepada ibu bapa.

5.Dunia merupakan tempat semaian yang dipetik hasilnya di akhirat kelak.

.Dunia ini hanya sementara,akhirat jua kekal selamanya.

WALLAHU A'LAM

Tuesday 13 July 2010

JIHAD TELAH BERMULA...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Sallahu 'alaihi wasallam.Alhamdulillah,Allah memberi kesempatan untuk saya kembali menulis di ruangan siber ini.Buat masa ini,saya masih berkursus di PUSAT DAKWAH ISLAMIAH PAROI,SEREMBAN.Jadi,ini serba sedikit menghalang saya untuk menyambung beberapa episod 'GODAAN' yang belum saya sempurnakan ceritanya.InsyaAllah moga Allah memberi kelapangan untuk menyempurnakannya.

Selama kurang lebih 3 minggu berkursus,Alhamdulillah banyak ilmu yang dapat dipelajari dan ditimba daripada penceramah yang dijemput.Walaupun pada mulanya,agak berat hati untuk mengikut kursus,namun perkara itu terhapus sama sekali selepas mula menjejakkan kaki dibumi PUSAT DAKWAH ini.Betapa banyak kebaikan yang diperoleh ketika berada disini,terutamanya dalam menghafaz Al Quran,lahjah 'ammi dan madah kuliah.

Benarlah firman Allah,"Kadangkala perkara yang kita tidak suka itu,sebenarnya adalah perkara yang terbaik yang ingin Allah tetapkan dalam diri kita".Berjumpa dengan kawan-kawan daripada ITQAN,SMAP LABU,SBPI JEMPOL,PEDAS dan juga khususnya Akhi Aiman dari Syria. Kami dapat saling berkenalan antara satu sama lain.Di sini juga,saya menerima satu kejutan budaya iaitu,saya menjadi sumber rujukan kepada sahabat dalam menterjemah kitab (TOLBUL ILMI karya SHEIKH SOLEH UTHAIMIN).Secara jujurnya saya bukanlah orang yang mahir dan pakar dalam bidang penterjemahan,apatah lagi menterjemah kitab yang ditulis oleh orang yang terkenal.Nmaun segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya,mungkin Allah ingin menunjukkan salah satu tanda kebesarannya sebelum saya terjun ke dunia ilmu yang lebih luas perbahasannya.

Baiklah,sampai sini dahulu..nanti ana sambung lagi......

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...