KISAH KEENAM, M/S 117,
PENGAJIAN HARI JUMAAT,
5 RAMADHAN 1432 H.
APABILA KU MINTA KAU CARIKAN AKU PENASIHAT, MAKA CARILAH ORANG SEPERTI LELAKI INI.
Daripda Al Fudhail Ibnu Rabi’, beliau telah berkata : Sesungguhnya Amirul Mukminin Harun Ar Rasyid telah pergi menunaikan haji di Mekah. Ketika mana aku sedang tidur, tiba-tiba aku terdengar seseorang telah mengetuk pintu rumahku. Maka aku berkata : Siapakah itu? Dibalas : “ Jawablah panggilan Amirul Mukminin.
Maka aku keluar dengan tergesa-gesa, dan berkata: “ Wahai Amirul Mukminin, seandainya engkau menghantar utusan kepadaku, nescaya aku akan datang. Amirul Mukminin membalas, Celaka kau!, Sesungguhnya telah berlaku sesuatu perkara yang pelik dalam diri aku, maka carikan aku seseorang yang boleh ku rujuk permasalahanku ini.Maka aku berkata : “ Ya, itulah dia Sufiyan Ibnu Uyainah.
Harun membalas : “ Mari kita ke sana”. Maka kami pun sampai ke rumah Sufiyan Ibnu Uyainah, dan ku ketuk pintu rumahnya. Sufiyan berkata : “Siapa di sana?” Aku menjwab : “ Jawablah panggilan Amirul Mukminin. Maka keluarlah Sufiyan dalam keadaan yang tergesa-gesa, seraya berkata : “Wahai Amirul Mukminin, andainya engkau menghantar utusan kepadaku, nescaya akan ku hadir menghadapmu.”
Maka, Amirul Mukminin berkata : “Ni!, dengar permasalahanku ini, moga Allah merahmati kamu. Kemudian, berbicaralah mereka sehingga selesai dan berkata Harun: “ Adakah engkau mempunyai hutang?” Sufiyan berkata “ Ya “. Harun memanggil pembantunya : “ Wahai Abbasi, selesaikan hutangnya. Kemudian kami pun pergi.
Maka berkata Harun Ar rasyid: “ Aku masih tidak merasa tenang, selepas bertemu dengan sahabatmu itu. Carikan aku seseorang yang lain, untuk ku ceritakan permasalahnku ini” Aku pun berkata : “ Ya, di sana ada Abdul Razak Ibnu Humam”
Berkata Amir : “ Mari kita kesana” Setelah kami sampai, aku pun mengetuk pintu. Kemudian Abdul Razak menjawab: “ Siapakah itu?” Aku menjawab : “ Jawablah panggilan Amirul mukminin!” Maka, Abdul Razak pun keluar dalam keadaan yang tergesa-gesa seraya berkata : “Wahai Amirul Mukminin, andainya engkau menghantar utusan kepadaku, nescaya aku akan menghadapmu” Harun terus membalas : “ Dengar!, permasalahan yang ingin ku ceritakan kepadamu- moga Allah merahmatimu- . Maka berlangsunglah perbualan mereka, kemudian Harun berkata : “ Adakah engkau mempunyai hutang?” Abdul Razak menjawab : “ Ya “ Beliau membalas : “ Wahai Abbasi!, selesaikan hutangnya.”
Kemudian kami pun pergi. Namun, Amirul Mukminin masih tidak berpuas hati selepas pertemuannya dengan Abdul Razak,dan meminta Rabi’ mencarikanya seseorang yang lain. Aku terus menjawab : “ Ya !, Al Fudhail Ibnu Iyadh”
Harun membalas : “ Mari kita kesana !” Setelah sampai ke rumahnya, kami melihat Al Fudhail sedang bersolat, kemudian terus beliau membaca Al Quran dan mengulang-ulangnya. Maka Harun terus berkata : “ Ketuk saja pintunya!” Aku pun mengetuk, dan terdengar suara dari dalam berkata “ Siapakah itu?” Rabi’ membalas : “ Jawablah panggilan Amirul Mukminin!” Al Fudhail membalas kembali “ Aku tidak punya apa-apa urusan dengan Amirul Mukminin!” Maka aku pun menjawab : “ Subhanallah !!, adakah tidak ada sifat taat dalam diri engkau?” Bukankah telah diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W. bahawa baginda telah bersabda “ Bukanlah daripada kalangan orang yang beriman, sesiapa yang menyakiti dirinya” ( kaitan hadis tersebut, seandainya Al Fudhail tidak menunjukkan ketaatan kepada pemerintah, sudah tentu beliau akan dikenakan hukuman. Jadi, bukankah hal itu akan menyakiti dirinya sendiri?)
Kemudian, Al Fudhail pun turun, dan membuka pintu. Namun selepas beliau membuka pintu, beliau terus naik ke biliknya dan memadamkan semua pelita di rumahnya. Beliau mendiamkan diri, di salah satu sudut daripada sudut-sudut yang terdapat di biliknya. Rabi’ berkata: “Maka, kami pun berjalan-jalan sambil meraba-raba dinding di rumahnya.
Kemudian, Harun mendapati tangan Al Fudhail terlebih dahulu daripadaku. Al Fudhail terus berkata: “ Betapa lembutnya tanganmu wahai Amirul Mukminin, alangkah bagusnya andai tangan kau ini selamat daripada azab Allah!!”
Rabi’ berkata di dalam hati “ Akan keluar pada malam ini, kata-kata yang suci dari hati yang takutkan Allah. Maka diceritakan kepada Al Fudhail perihal permasalahan Amirul Mukminin. Setelah mendengar , Al Fudhail berkata “Sesungguhnya Umar Ibnu Abdul Aziz, tika mana memegang tampuk pemerintahan, beliau telah memanggil Salim Ibnu Abdullah, Muhammad Ibnu Al Qurazi, dan Roja’ Ibnu Haiwah. Dan berkata kepada mereka : “ Sesungguhnya aku telah diuji dengan urusan pemerintahan ini, maka tunjukkanlah aku.”
Umar menganggap Khilafah itu adalah bala, akan tetapi angkau wahai harun dan orang-orang kau menganggap ianya adalah nikmat. Maka Salim Ibnu Abdullah : “ Seandainya engkau inginkan pelepasan daripada azab Allah, maka puasalah engkau dari dunia, dan tidaklah engkau berbuka melainkan di akhirat nanti.” Kemudian berkata pula Muhammad Ibnu Al Qurazi : “Seandainya engkau ingin dilepaskan daripada azab Allah,maka hendaklah engkau jadikan yang tua dalam kalangan rakyatmu itu adalah bapamu, yang mudanya, engkau jadikan adik-beradikmu, dan yang kecilnya, engkau jadikan sebagai anak-anakmu. Maka, muliakanlah bapamu, hormatilah adik beradikmu, dan berlembutlah dengan anakmu. Kemudian berkata pula, Roja’ Ibnu Haiwah : “ Seandainya engkau ingin lepas daripada azab Allah,maka kasihilah orang-orang muslimin sebagaimana engkau mengasihi dirimu sendiri, dan bencilah mereka sebagaimana engkau membenci dirimu sendiri, kemudian barulah kau boleh mati dengan tenang. Al Fudhail berkata lagi “ Adapun aku yang menyampaikan kisah ini kepada kau, lebih takut daripada engkau pada hari yang tergelincir segala kaki-kaki manusia di titian sirat nanti, adakah engkau mempunyai orang-orang yang menunjukkan engkau seperti yang berlaku kepada Umar Ibnu Abdul Aziz?”
Maka menangislah Harun Ar Rasyid yang teramat sangat kesedihannya, sehingga beliau hampir jatuh pengsan. Maka aku (Rabi’) berkata : “ Berlembutlah kepada Amirul Mukminin” Al Fudhail membalas : “Wahai Rabi’!! , kerana engkau dan sahabat-sahabat kau lah yang telah membunuh dia, dan kau masih mahu aku berlembut dengannya ( keburukan dan kejelekan yang telah dilakukan oleh Amirul Mukminin adalah disebabkan tiadanya teguran oleh pembesar-pembesarnya) Kemudian, setelah Harun mulai reda, dia berkata : “ Tambahkan lagi nasihatmu!”
Al Fudhail berkata “Telah diceritakan kepadaku wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya seorang Gabenor kepada Umar Ibnu Abdul Aziz telah mengadu kepadanya . Kemudian Umar membalas dengan menulis sepucuk surat kepadanya. Dan setelah gabenor itu membaca surat daripada Umar, beliau terus meningggalkan negaranya untuk pergi bertemu Umar. Kemudian, setelah beliau sampai, Umar berkata kapadanya : “Apakah yang telah menyebabkan engkau datang ke sini?” Gabenornya menjawab : “ Engkau telah meluluhkan hatiku dengan suratmu itu, kerna tidaklah aku dipertanggungjawabkan ke atas wilayahmu sehingga aku mati”
Maka mengaislah Harun Ar Rasyid dengan esaknya, dan berkata berkata AL Fudhail: “ Tambahilah lagi!, wahai Fudhail” Al Fudhail menyambung “ Wahai Amirul Mukminin!, sesungguhnya Abbas iaitu bapa saudara Rasulullah S.A.W. telah datang berjumpa Nabi, dan berkata kepada Nabi : “ Berikanlah aku jawatan!” Maka bersabda Rasulullah S.A.W. “Wahai Abbas bapa saudaraku, sesungguhnya satu nyawa yang engkau selamatkan itu, lebih baik daripada engkau memerintah. Sesungguhnya,pemerintahan itu adalah satu penyesalan yang amat besar di akhirat kelak,
Kemudian, Rabi’ menyambung : “ Menangislah Harun dengan esaknya seraya berkata, tambahi lagi wahai Fudhail” Al Fudhail berkata lagi : “Wahai yang memiliki wajah yang baik engkaulah orang yang meminta kepada Allah agar dipercantikkan wajah mu itu, maka seandainya engkau mampu menjaga wajahmu itu daripada api neraka, peliharalah….kemudian, hindarilah daripada engkau berpagi-pagi dan berpetang-petang dalam keadaan engkau menyimpan hasad ke atas rakyatmu, kerana Rasulullah pernah bersabda “ Sesiapa yang berpagi-pagi dalam keadaan hasad maka dia tidak akan mencium bau syurga”
Maka, menangis lagi Harun setelah mendengar kalam Al Fudhail, kemudian Harun berkata, : “Adakah kau mempuyai hutang?” Al Fudhail membalas : “ Ya!, hutang ku dengan Tuhanku masih lagi belum dihitung, maka celakalah aku andai Allah bertanyakan tentang hutangnya, dan celakalah aku andai Allah berbincang denganku akan-akan hutangnya, dan juga celakalah aku andai aku tidak diilhamkan untuk memberikan hujahku di hadapan-Nya.
Rabi’ berkata : Harun Ar Rasyid berkata: “ Maksudku bukan itu, akan tetapi hutang-hutangmu sesama manusia” Al Fudhail membalas : “Sesungguhnya Allah tidak memerintahkan aku untuk itu , akan tetapi Allah memerintahkan aku agar aku mempercayai janji-Nya dan mentaati suruhan-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud ( tidaklah AKU jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku……..)
Maka, berkata Harun kepada Fudhail: “ Ini!, seribu dinar. Ambillah dan gunakanlah ia dalam urusan ibadah kepada Allah. Kemudian Al Fudhail terus membalas:” Subhanallah !!, Aku dah tunjukkan engkau jalan keluar bagi permasalahanmu itu, akan tetapi engkau membalasnya dengan pemberian wang seperti ini?. Moga Allah meneyelamatkan kamu dan menolongmu” Al Fudhail terus senyap, tidak berkata-berkata. Maka, kami pun keluar, apabila sampai ke pintu, Harun berkata kepadaku : “ Ya Abbasi, apabila engkau tunjukkan aku kepada seseorang, maka tunjukkanlah aku seperti lelaki ini, beliau adalah penghulu sekalian orang islam, sekarang ini”
Disebutkan dalam sebahagian riwayat : Ketika mana kami berlalu, telah masuk menemui Fudhail seorang wanita dan berkata : “Apakah ini ya Fudhail? ,engkau telah melihat tentang kedhoifan kita sekarang ini, andai engkau terima pemberian itu, sudah pasti akan melepaskan kita daripada kesempitan ini !” Maka, AL Fudhail berkata : “ Aku dan kamu adalah seperti sebuah kaum yang memakan dari hasil untanya, selepas unta itu membesar, disembelih unta itu dan dimakan dagingnya”
Selepas Harun terdengar kalam itu, dia berkata: “ Mari kita kembali, mungkin saja beliau menerima pemberian kita” Harun pun masuk. Setelah Al Fudhail mengetahui kedatangan kembali Harun Ar Rasyid, maka beliau pun duduk di atas rumahnya. Maka, datanglah Harun, dan duduk disebelahnya. Harun pun berkata-kata, akan tetapi tidak dijawab oleh Al Fudhail. Setelah sekian lama, kami disitu, telah keluar seorang hamba Al Fudhail, dan berkata : “Apakah ini?, engkau telah mengganggu syeikh sejak tadi lagi, pulanglah!, moga engkau dirahmati Allah” Dengan itu, kami pun pulang.
Wallahu a'lam.
ya Allah bersyukurnya hati sekiranya,pemerintah negara kita pun memiliki hati seperti Al-Amir Harun Ar-Rasyid..Semoga Allah buka kan pintu hati Amir Malaysia ini..AMIN(-_-")
ReplyDeleteInsyaAllah.
ReplyDelete