Thursday 8 December 2011

Antara Ratib Al Haddad dan Ma'thurat. " Adakah kerana zikir itu, mahupun kepentingan idola? "

Syeikh Idris Al Mandili di rumahnya yang mulia, Mekah Al Mukarramah
bersamaan dengan syawal 1432 hijrah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

 " BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud, " adapun dengan Allah itu, ceritalah " . Sanad yang penulis paparkan disini, bukanlah dengan niat untuk menunjuk-nunjuk atau ( 'ala sibilil isytihar ) , akan tetapi ingin menjelaskan kepada pembaca bahawa sanad itu adalah sebahagian daripada agama. Berkata Ibnu Al Mubarak " kalaulah tiada sanad, manusia itu akan berkata apa sahaja yang dikehendakinya ". Sanad yang yang penulis perolehi in juga, menunjukkan bahawa Ratib Al Haddad ini, memang terjaga keasliannya melalui sambungan perawinya daripada Imam Abdullah Alawi Al Haddad sehingga sampai kepada Al Faqir.

Kesemua ini tidak akan kita perolehi, melainkan suhbatul masyaikh iaitu TALAQQI . Namun dewasa ini, penulis amat terkilan dengan sebahagian daripada kita yang lebih mengenali Ma'thurat daripada Ratib ini. Tiada masalah disana, cuma janganlah memaksa Ma'thurat itu dijadikan bahan wajib di sekolah-sekolah sepertimana di Maahad Ahmadi. Setakat ini, secara jujurnya penulis belum pernah diijazahkan dengan sanad bacaan Ma'thurat. Para ulama' amilin hanya mengijazahkan antaranya Ratib Al Haddad. Andainya Ma'thurat adalah  di antara zikir yang diamalkan oleh mereka, sudah pasti Ma'thurat lah yang paling patut diijazahkan terlebih dahulu. 
Namun, itulah perjuangan politik kononnya. Mereka sibuk memperkenalkan pejuang khilafah mereka, sehingga manusia dah lupa ulama' - ulama' yang lain, tariqat-tariqat sufi yang lain, yang juga berjuang memepertahankan agama. Sehingga di sekolah pun, pelajar-pelajar diwajibkan membaca Ma'thurat. Kerana apa? kerana Ma'thurat dikarang oleh idola mereka iaitu Imam Hasan Al Banna. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.

سند الفقير إلى الله

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف المرسلين سيدنا محمد وعلى أله وصحبه أجمعين والتابعين لهم بإحسان إلى يوم الدين , أما بعد :
فقد أجزت : .......................................................
بقراءة راتب الحداد كما أجازني بذلك العالم العلامة شيخي  الشيخ السيد أبو علوي حامد بن علوي الكاف في بيته الشريف بمكة المكرمة الموافق 3 شوال 1432 , عن السيد محمد أمين كتبي , عن السيد حسين عيديد , عن السيد عيدروس ابن عمر الحبشى , عن السيد عبدالله بن الحسين بن طاهر , عن شيخه وأخيه الإمام طاهر بن الحسين , عى السيد عمرالسقاف , عن السيد حسن بن عبدالله , عن والده السيد عبدالله بن علوي الحداد صاحب الراتب – رضي الله عنه – وعنهم ونفعنا به وبهم أجمعين .

أملاه العبد الفقير إلى رحمة
الله اللطيف الألطف
عبد العزيز بن سيدنا أبو بكر الجلاوى

Ratib Al-Haddad
Ratib Al-Haddad ini mengambil nama sempena nama penyusunnya, iaitu Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal. Daripada doa-doa dan zikir-zikir karangan beliau, Ratib Al-Haddad lah yang paling terkenal dan masyhur. Ratib yang bergelar Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun berdasarkan inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah (bersamaan 26 Mei 1661).
Ratib ini disusun bagi menunaikan permintaan salah seorang murid beliau, ‘Amir dari keluarga Bani Sa’d yang tinggal di sebuah kampung di Shibam, Hadhramaut. Tujuan ‘Amir membuat permintaan tersebut ialah bagi mengadakan suatu wirid dan zikir untuk amalan penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri daripada ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut ketika itu. 

Pertama kalinya Ratib ini dibaca ialah di kampung ‘Amir sendiri, iaitu di kota Shibam setelah mendapat izin dan ijazah daripada Al-Imam Abdullah Al-Haddad sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di Masjid Al-Imam Al-Haddad di Al-Hawi, Tarim dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan tahun 1661 Masehi. Pada kebiasaannya ratib ini dibaca berjamaah bersama doa dan nafalnya, setelah solat Isya’. Pada bulan Ramadhan ia dibaca sebelum solat Isya’ bagi mengelakkan kesempitan waktu untuk menunaikan solat Tarawih. Mengikut Imam Al-Haddad di kawasan-kawasan di mana Ratib al-Haddad ini diamalkan, dengan izin Allah kawasan-kawasan tersebut selamat dipertahankan daripada pengaruh sesat tersebut. 

Apabila Imam Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad pun mula dibaca di Makkah dan Madinah. Sehingga hari ini Ratib berkenaan dibaca setiap malam di Bab al-Safa di Makkah dan Bab al-Rahmah di Madinah. Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi pernah menyatakan bahawa sesiapa yang membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan iman dengan terus membaca “ La ilaha illallah” hingga seratus kali (walaupun pada kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia mungkin dikurniakan dengan pengalaman yang di luar dugaannya.
Beberapa kebezaan boleh didapati di dalam beberapa cetakan ratib Haddad ini terutama selepas Fatihah yang terakhir. Beberapa doa ditambah oleh pembacanya. Al Marhum Al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad memberi ijazah untuk membaca Ratib ini dan menyarankannya dibaca pada masa–masa yang lain daripada yang tersebut di atas juga di masa keperluan dan kesulitan. Mudah-mudahan sesiapa yang membaca ratib ini diselamatkan Allah daripada bahaya dan kesusahan. Ameen. 

Ketahuilah bahawa setiap ayat, doa, dan nama Allah yang disebutkan di dalam ratib ini telah dipetik daripada Al-Quran dan hadith Rasulullah S.A.W.  Terjemahan yang dibuat di dalam ratib ini, adalah secara ringkas. Bilangan bacaan setiap doa dibuat sebanyak tiga kali, kerana ia adalah bilangan ganjil (witir). Ini ialah berdasarkan saranan Imam Al-Haddad sendiri. Beliau menyusun zikir-zikir yang pendek yang dibaca berulang kali, dan dengan itu memudahkan pembacanya. Zikir yang pendek ini, jika dibuat selalu secara istiqamah, adalah lebih baik daripada zikir panjang yang dibuat secara berkala atau cuai. Ratib ini berbeza daripada ratib-ratib yang lain susunan Imam Al-Haddad kerana ratib Al-Haddad ini disusun untuk dibaca lazimnya oleh kumpulan atau jamaah. Semoga usaha kami ini diberkati Allah. 

Wallahu a'lam.

ilham_sufi
Istana Bukhori, Seksyen 7,
Bandar Kaherah, Mesir.

Hari Jumaat / 7.45 pagi

4 comments:

  1. Kalau baca sorang2 boleh tak?

    ReplyDelete
  2. Macamana pula dengan zikir ayat2 manzil?

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum, macamana nak dapatkan sanad ratib Al Haddad, terima kasih

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...