Thursday 11 August 2011

Terjemahan KISAH KEENAM : KITAB AULIYA' SOLIHIN

KISAH KEENAM, M/S 117,
PENGAJIAN HARI JUMAAT,
5 RAMADHAN 1432 H.

APABILA KU MINTA KAU CARIKAN AKU PENASIHAT, MAKA CARILAH ORANG SEPERTI LELAKI INI.

Daripda Al Fudhail Ibnu Rabi’, beliau telah berkata : Sesungguhnya Amirul Mukminin Harun Ar Rasyid telah pergi menunaikan haji di Mekah. Ketika mana aku sedang tidur, tiba-tiba aku terdengar seseorang telah mengetuk pintu rumahku. Maka aku berkata : Siapakah itu? Dibalas : “ Jawablah panggilan Amirul Mukminin.

Maka aku keluar dengan tergesa-gesa, dan berkata: “ Wahai Amirul Mukminin, seandainya engkau menghantar utusan kepadaku, nescaya aku akan datang. Amirul Mukminin membalas, Celaka kau!, Sesungguhnya telah berlaku sesuatu perkara yang pelik dalam diri aku, maka carikan aku seseorang yang boleh ku rujuk permasalahanku ini.Maka aku berkata : “ Ya, itulah dia Sufiyan Ibnu Uyainah.

 Harun membalas : “ Mari kita ke sana”. Maka kami pun sampai ke rumah Sufiyan Ibnu Uyainah, dan ku ketuk pintu rumahnya. Sufiyan berkata : “Siapa di sana?” Aku menjwab : “ Jawablah panggilan Amirul Mukminin. Maka keluarlah Sufiyan dalam keadaan yang tergesa-gesa, seraya berkata : “Wahai Amirul Mukminin, andainya engkau menghantar utusan kepadaku, nescaya akan ku hadir menghadapmu.” 

Maka, Amirul Mukminin berkata : “Ni!, dengar permasalahanku ini, moga Allah merahmati kamu. Kemudian, berbicaralah mereka sehingga selesai dan berkata Harun: “ Adakah engkau mempunyai hutang?” Sufiyan berkata “ Ya “. Harun memanggil pembantunya : “ Wahai Abbasi, selesaikan hutangnya. Kemudian kami pun pergi.

 Maka berkata Harun Ar rasyid: “ Aku masih tidak merasa tenang, selepas bertemu dengan sahabatmu itu. Carikan aku seseorang yang lain, untuk ku ceritakan permasalahnku ini” Aku pun berkata : “ Ya, di sana ada Abdul Razak Ibnu Humam”

 Berkata Amir : “ Mari kita kesana” Setelah kami sampai, aku pun mengetuk pintu. Kemudian Abdul Razak menjawab: “ Siapakah itu?” Aku menjawab : “ Jawablah panggilan Amirul mukminin!” Maka, Abdul Razak pun keluar dalam keadaan yang tergesa-gesa seraya berkata : “Wahai Amirul Mukminin, andainya engkau menghantar utusan kepadaku, nescaya aku akan menghadapmu” Harun terus membalas : “ Dengar!, permasalahan yang ingin ku ceritakan kepadamu- moga Allah merahmatimu- . Maka berlangsunglah perbualan mereka, kemudian Harun berkata : “ Adakah engkau mempunyai hutang?” Abdul Razak menjawab : “ Ya “ Beliau membalas : “ Wahai Abbasi!, selesaikan hutangnya.”

 Kemudian kami pun pergi. Namun, Amirul Mukminin masih tidak berpuas hati selepas pertemuannya dengan Abdul Razak,dan meminta Rabi’ mencarikanya seseorang yang lain. Aku terus menjawab : “ Ya !, Al Fudhail Ibnu Iyadh”

 Harun membalas : “ Mari kita kesana !” Setelah sampai ke rumahnya, kami melihat Al Fudhail sedang bersolat, kemudian terus beliau membaca Al Quran dan mengulang-ulangnya. Maka Harun terus berkata : “ Ketuk saja pintunya!” Aku pun mengetuk, dan terdengar suara dari dalam berkata “ Siapakah itu?” Rabi’ membalas : “ Jawablah panggilan Amirul Mukminin!” Al Fudhail membalas kembali “ Aku tidak punya apa-apa urusan dengan Amirul Mukminin!” Maka aku pun menjawab : “ Subhanallah !!, adakah tidak ada sifat taat dalam diri engkau?” Bukankah telah diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W. bahawa baginda telah bersabda “ Bukanlah daripada kalangan orang yang beriman, sesiapa yang menyakiti dirinya” ( kaitan hadis tersebut, seandainya Al Fudhail tidak menunjukkan ketaatan kepada pemerintah, sudah tentu beliau akan dikenakan hukuman. Jadi, bukankah hal itu akan menyakiti dirinya sendiri?)

 Kemudian, Al Fudhail pun turun, dan membuka pintu. Namun selepas beliau membuka pintu, beliau terus naik ke biliknya dan memadamkan semua pelita di rumahnya. Beliau mendiamkan diri, di salah satu sudut daripada sudut-sudut yang terdapat di biliknya. Rabi’ berkata: “Maka, kami pun berjalan-jalan sambil meraba-raba dinding di rumahnya. 

Kemudian, Harun mendapati tangan Al Fudhail terlebih dahulu daripadaku. Al Fudhail terus berkata: “ Betapa lembutnya tanganmu wahai Amirul Mukminin, alangkah bagusnya andai tangan kau ini selamat daripada azab Allah!!”  

Rabi’ berkata di dalam hati “ Akan keluar pada malam ini, kata-kata yang suci dari hati yang takutkan Allah. Maka diceritakan kepada Al Fudhail perihal permasalahan Amirul Mukminin. Setelah mendengar , Al Fudhail berkata “Sesungguhnya Umar Ibnu Abdul Aziz, tika mana memegang tampuk pemerintahan, beliau telah memanggil Salim Ibnu Abdullah, Muhammad Ibnu Al Qurazi, dan Roja’ Ibnu Haiwah. Dan berkata kepada mereka : “ Sesungguhnya aku telah diuji dengan urusan pemerintahan ini, maka tunjukkanlah aku.” 

Umar menganggap Khilafah itu adalah bala, akan tetapi angkau wahai harun dan orang-orang kau menganggap ianya adalah nikmat. Maka Salim Ibnu Abdullah : “ Seandainya engkau inginkan pelepasan daripada azab Allah, maka puasalah engkau dari dunia, dan tidaklah engkau berbuka melainkan di akhirat nanti.” Kemudian berkata pula Muhammad Ibnu Al Qurazi : “Seandainya engkau ingin dilepaskan daripada azab Allah,maka hendaklah engkau jadikan yang tua dalam kalangan rakyatmu itu adalah bapamu, yang mudanya, engkau jadikan adik-beradikmu, dan yang kecilnya, engkau jadikan sebagai anak-anakmu. Maka, muliakanlah bapamu, hormatilah adik beradikmu, dan berlembutlah dengan anakmu. Kemudian berkata pula, Roja’ Ibnu Haiwah : “ Seandainya engkau ingin lepas daripada azab Allah,maka kasihilah orang-orang muslimin sebagaimana engkau mengasihi dirimu sendiri, dan bencilah mereka sebagaimana engkau membenci dirimu sendiri, kemudian barulah kau boleh mati dengan tenang. Al Fudhail berkata lagi “ Adapun aku yang menyampaikan kisah ini kepada kau, lebih  takut daripada engkau pada hari yang tergelincir segala kaki-kaki manusia di titian sirat nanti, adakah engkau mempunyai orang-orang yang  menunjukkan engkau seperti yang berlaku kepada Umar Ibnu Abdul Aziz?” 

Maka menangislah Harun Ar  Rasyid yang teramat sangat kesedihannya, sehingga beliau hampir jatuh pengsan. Maka aku (Rabi’) berkata : “ Berlembutlah kepada Amirul Mukminin” Al Fudhail membalas : “Wahai Rabi’!! , kerana engkau dan sahabat-sahabat kau lah yang telah membunuh dia, dan kau masih mahu aku berlembut dengannya ( keburukan dan kejelekan yang telah dilakukan oleh Amirul Mukminin adalah disebabkan tiadanya teguran oleh pembesar-pembesarnya) Kemudian, setelah Harun mulai reda, dia berkata : “ Tambahkan lagi nasihatmu!”

 Al Fudhail berkata “Telah diceritakan kepadaku wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya seorang Gabenor kepada Umar Ibnu Abdul Aziz telah mengadu kepadanya . Kemudian Umar membalas dengan menulis sepucuk surat kepadanya.  Dan setelah gabenor itu membaca surat daripada Umar, beliau terus meningggalkan negaranya untuk pergi bertemu Umar. Kemudian, setelah beliau sampai, Umar berkata kapadanya : “Apakah yang telah menyebabkan engkau datang ke sini?” Gabenornya menjawab : “ Engkau telah meluluhkan hatiku dengan suratmu itu, kerna tidaklah aku dipertanggungjawabkan ke atas wilayahmu sehingga aku mati”

 Maka mengaislah Harun Ar Rasyid dengan esaknya, dan berkata berkata AL Fudhail: “ Tambahilah lagi!, wahai Fudhail” Al Fudhail menyambung “ Wahai Amirul Mukminin!, sesungguhnya Abbas iaitu bapa saudara Rasulullah S.A.W. telah datang berjumpa Nabi, dan berkata kepada Nabi : “ Berikanlah aku jawatan!” Maka bersabda Rasulullah S.A.W. “Wahai Abbas bapa saudaraku, sesungguhnya satu nyawa yang engkau selamatkan itu, lebih baik daripada engkau memerintah. Sesungguhnya,pemerintahan itu adalah satu penyesalan yang amat besar di akhirat kelak, 

Kemudian, Rabi’ menyambung : “ Menangislah Harun dengan esaknya seraya berkata, tambahi lagi wahai Fudhail” Al Fudhail berkata lagi : “Wahai yang memiliki wajah yang baik engkaulah orang yang meminta kepada Allah agar dipercantikkan wajah mu itu, maka seandainya engkau mampu menjaga wajahmu itu daripada api neraka,  peliharalah….kemudian, hindarilah daripada engkau berpagi-pagi dan berpetang-petang dalam keadaan engkau menyimpan hasad ke atas rakyatmu, kerana Rasulullah pernah bersabda “ Sesiapa yang berpagi-pagi dalam keadaan hasad maka dia tidak akan mencium bau syurga” 

Maka, menangis lagi Harun setelah mendengar kalam Al Fudhail, kemudian Harun berkata, : “Adakah kau mempuyai hutang?” Al Fudhail membalas : “ Ya!, hutang ku dengan Tuhanku masih lagi belum dihitung, maka celakalah aku andai Allah bertanyakan tentang hutangnya, dan celakalah aku andai Allah berbincang denganku akan-akan hutangnya, dan juga celakalah aku andai aku tidak diilhamkan untuk memberikan hujahku di hadapan-Nya.

 Rabi’ berkata : Harun Ar Rasyid berkata: “ Maksudku bukan itu, akan tetapi hutang-hutangmu sesama manusia” Al Fudhail membalas : “Sesungguhnya Allah tidak memerintahkan aku untuk itu , akan tetapi Allah memerintahkan aku agar aku mempercayai janji-Nya dan mentaati suruhan-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud ( tidaklah AKU jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku……..) 

Maka, berkata Harun kepada Fudhail: “ Ini!, seribu dinar. Ambillah dan gunakanlah ia dalam urusan ibadah kepada Allah. Kemudian Al Fudhail terus membalas:” Subhanallah !!, Aku dah tunjukkan engkau jalan keluar bagi permasalahanmu itu, akan tetapi engkau membalasnya dengan pemberian wang seperti ini?. Moga Allah meneyelamatkan kamu dan menolongmu” Al Fudhail terus senyap, tidak berkata-berkata. Maka, kami pun keluar, apabila sampai ke pintu, Harun berkata kepadaku : “ Ya Abbasi, apabila engkau tunjukkan aku kepada seseorang, maka tunjukkanlah aku seperti lelaki ini, beliau adalah penghulu sekalian orang islam, sekarang ini” 

Disebutkan dalam sebahagian riwayat : Ketika mana kami berlalu, telah masuk menemui Fudhail seorang wanita dan berkata : “Apakah ini ya Fudhail? ,engkau telah melihat tentang kedhoifan kita sekarang ini, andai engkau terima pemberian itu, sudah pasti akan melepaskan kita daripada kesempitan ini !” Maka, AL Fudhail berkata : “ Aku dan kamu adalah seperti sebuah kaum yang memakan dari hasil untanya, selepas unta itu membesar, disembelih unta itu dan dimakan dagingnya” 

Selepas Harun terdengar kalam itu, dia berkata: “ Mari kita kembali, mungkin saja beliau menerima pemberian kita” Harun pun masuk. Setelah Al Fudhail mengetahui kedatangan kembali Harun Ar Rasyid, maka beliau pun duduk di atas rumahnya. Maka, datanglah Harun, dan duduk disebelahnya. Harun pun berkata-kata, akan tetapi tidak dijawab oleh Al Fudhail. Setelah sekian lama, kami disitu, telah keluar seorang hamba Al Fudhail, dan berkata : “Apakah ini?, engkau telah mengganggu syeikh sejak tadi lagi, pulanglah!, moga engkau dirahmati Allah” Dengan itu, kami pun pulang.

Wallahu a'lam.

Sunday 7 August 2011

Terjemahan KISAH KEEMPAT DAN KELIMA : KITAB AULIYA' SOLIHIN

KISAH KEEMPAT DAN KELIMA, M/S 115,
PENGAJIAN HARI KHAMIS,
4 RAMADHAN 1432 H.

KISAH DI ANTARA ABDULLAH IBNU UMAR DAN PENGGEMBALA KAMBING.

Abdullah Ibnu Dinar telah pergi ke Mekah bersama Ibnu Umar, dan telah menetap di sana dalam satu tempoh masa. Penempatan mereka disana, berjiran dengan seorang penggembala kambing. 

Maka pada suatu hari, Ibnu Umar pergi menemuinya, dan bertanya : “ Adakah engkau seorang penggembala?”

 Jawab si penggembala: “ Ya”  . Berkata Ibnu Umar: “ Jualkan aku seekor daripada kambing-kambing ini” 

Maka berkata si penggembala “Aku adalah seorang hamba, aku hanya mengambil upah daripada pemilik kambing-kambing ini”

 Maka, berkata Ibnu Umar : “Katakan saja kepada tuanmu, bahwa kambing itu telah dimakan serigala” Berkata si penggembala: “Maka, dimanakah Allah Azza wa Jal?”  

Jawab Ibnu Umar dengan nada yang penuh penyesalan dengan mengulang kembali kata-kata si penggembala “ Dimana Allah!!?, Dimana Allah!!?” Kemudian, berlalulah Ibnu Umar dalam tangisannya yang amat menyedihkan, serta esakan yang panjang.

 Kemudian selepas berapa waktu ketika, Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhu telah membeli si penggembala itu, dan membebaskannya. Beliau juga membeli kambing-kambing yang dijaganya dan diberikan kepadanya.

TA'LIQAT MINAL MUALLIF

Kisah di atas membentangkan kepada kita perihal kekuatan iman yang telah dikurniakan oleh Allah Taala, terhadap seorang penggembala. Walaupun telah diuji oleh Ibnu Umar, agar melakukan penipuan terhadap tuannya, akan tetapi di atas sifat muroqobahnya iaitu sentiasa merasa Allah melihat tindak-tanduk hambanya, terus dia menjawab “ “Dimana Allah!!?”.  Ini adalah satu perkara yang menakjubkan. Andai kita nilai dan hitung, seseorang yang kesempitan hidup, mudah saja melakukan apa saja, demi kepentingannya, sama ada dengan cara yang baik atau jahat. Dalam kisah di atas, apalah yang dikisahkan sangat dengan seekor kambing, daripada ratusan kambing yang dijaga, kalau dengannya kita menipu tuan kita , bahawa kambing itu telah dimakan serigala . Sudah tentu saja dipercayai kata-kata kita. Namun, disebabkan ketakutan kepada Allah itu lebih tinggi daripada segala-galanya, buta mata manusia daripada kemewahan dunia, kerana telah dibutakan dengan kemewahan akhirat yang jauh lebih nikmat. Maka, sifat yang sebegitulah, yang wajar kita semai di dalam jiwa-jiwa kita, jiwa adik-beradik kita dan orang di sekeliling kita. Moga-moga kita tergolong dalam kalangan orang yang beruntung.

KISAH KELIMA

ABU MUSLIM AL KHAULANI DAN MU’AWIYAH
“ WAHAI MU’AWIYAH ! ,SESUNGGUHNYA IANYA BUKAN MILIK KAU, BUKAN JUGA MILIK AYAH KAU”

Diriwayatkan bahawa, Mu’awiyah telah menahan kewangan darpada Baitu mal yang akan disalurkan kepada rakyat. Maka, bangunlah Abu Muslim Al Khaulani dan berkata, “Wahai Mu’awiyah!, sesungguhnya harta itu, bukan milik kau, dan bukan juga milk ayah kau, dan bukan juga milik emak kau” 

Kemudian, Muawiyah terus turun dari mimbarnya dalam keadaan marah, dan berkata kepada jemaah “ tetap! di tempat kalian sekarang!” Beliau terus berlalu, kemudian beliau muncul dalam keadaan yang basah. 

Beliau berkata “Sesungguhnya Abu Muslim telah memperkatakan kepadaku, dengan kata-kata yang telah menyebabkan aku marah,dan aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda “Marah itu daripada syaitan, dan syaitan itu dicipta daripada api. Dan adapun yang memadam api itu adalah air. Maka apabila salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah dia mandi” 

Maka, aku pun bertatbiq dengan hadis itu, maka akupun mandi. Benarlah kata Abu Muslim, bahawa ianya bukanlah milik aku dan bukan juga milik ayahku. Ambillah, segala milikmu…

Wallahu a'lam

Friday 5 August 2011

Terjemahan KISAH KETIGA : KTAB AULIYA' AS SOLIHIN

KISAH KETIGA, M/S 112,
PENGAJIAN HARI RABU,
3 RAMADHAN 1432 H.

ABU  HAZIM DAN  SULAIMAN IBNU ABDULLAH

Diriwayatkan bahawa Sulaiman Ibnu Abdul Malik, sebelum berangkat ke Mekah, beliau telah singgah di Madinah.Kemudian beliau  telah menghantar utusan untuk memanggil Abu Hazim berjumpa dengannya. 

Setelah Abu Hazim masuk, berkata Sulaiman: Wahai Abu Hazim.. “ Mengapa kami takut mati?” 

Maka beliau berkata “ Apabila engkau menghancurkan akhirat dan membangunkan dunia. Maka sudah tentu, engkau tidak suka untuk berpindah daripda tempat yang telah kau bina, ke tempat yang hancur binasa.

Maka Sulaiman bertanya lagi: “Bagaimanakah caranya untuk menghadap Allah Taala?”

 Beliau berkata : “Wahai Amirul Mukminin..adapun orang yang baik, kepulangannya kepada keluarganya, amat diraikan. Adapun orang yang jahat, umpama seorang hamba yang kembali kepada tuannya.”

Maka menangislah Abu Sulaiman dan berkata : “Teruknya aku, bagaimana keadaan aku di hadapan Allah?!”

Maka berkata Abu Hazim, “ lihatlah engkau akan ayat quran yang bermaksud ( Sesungguhnya orang-orang yang baik itu di syurga yang penuh nikmat. Dan orang-orang yang jahat itu di neraka jahim)”

 Maka berkata Sulaiman : “Kalau begitu, dimanakah rahmat Allah wahai Abu Hazim?”

Beliau berkata : “Ia amat dekat dengan orang yang berbuat kebaikan!!.” 

Maka berkata Sulaiman: “ Wahai Abu Hazim, apa yang engkau boleh perkatakan perihal kami ini, berilah nasihat mu kepada kami.”

Maka berkata Abu Hazim, “Wahai Amirul Mukminin…Sesungguhnya orang sebelum kamu, telah menindas rakyat dengan pedang-pedang, mereka mengambil hak-hak  rakyat secara paksa, tanpa keredhaan daripada mereka, sehinggalah ramai dalam kalangan mereka yang terbunuh, dan ramai dalam kalangan mereka yang berpindah ke tempat lain, demikian pun kalau kau merasa dengan apa yang rakyat rasai dan apa yang diperkatakan kepadamu.

Maka bangunlah, salah seorang daripada pembesar-pembesar Sulaiman dan berkata: “Betapa teruknya engkau Abu Hazim?”

Maka berpalinglah Abu Hazim menghadap kearah pembesar yang berkata kepadanya : “Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian dengan para ulama’, sebagaiman firman Allah yang bermaksud ( akan engkau perjelaskan kepada manusia, dan jangan kau sembunyikan)

Maka berkata sulaiman, Bagaimana kami dapat memperbetulkan kerosakan ini? 

Berkata Abu Hazim, “Hendaklah engkau mengambil dari yang halal dan meletakkan pada yang hak.

 Berkata Sulaiman, “ siapakah yang mampu melaksanakannya ?” Abu Hazim menjawab “ Orang yang menuntut syurga dan takutkan neraka”

Berkata Sulaiman “ Doakan aku “ Maka, Abu Hazim pun berdoa “ Ya Allah, ya Tuhanku, seandainya Sulaiman adalah daripada kekasihmu, maka permudahkanlah baginya urusannya dari dunia dan akhiratnya, akan tetapi seandainya dia adalah musuhmu, maka ambillah dia dari ubun-ubunnya kepada apa yang engkau sukai dan engkau redha.

Berkata Sulaiman “ Wahai Abu Hazim, mintalah apa engkau mahu.!

Berkata Abu Hazim, “ Sesungguhnya telah aku pinta segala yang aku inginkan kepada yang paling Berkuasa daripada engkau dalam pengkabulannya, Yang telah memberi mengikut kecukupanku, dan apa terhalang untukku, aku redha dengannya. Allah telah berfirman yang bermaksud (Kami telah bahagikan di antara mereka , segala yang cukup dari keperluan mereka dunia dan akhirat) Maka siapakah yang mampu untuk mengurangkan segala banyak yang telah diberikan oleh Allah, atau menambah yang sedikit daripada Allah Taala.

Maka menangislah Sulaiman , , kemudian berkata seorang lelaki dalam kalangan pembesarnya kepada Abu Hazim: “engkau sudah berlaku jahat kepada Amirul Mukminin !!." 

Kemudian Abu Hazim membentak: “Diam !!, Sesungguhnya Allah Taala telah mengambil perjanjian dengan Ulama’ agar menjelaskan kepada manusia dan tidak menyembunyikannya."

TA'LIQAT MINAL MUALLIF

Kisah di atas  banyak memfokuskan kepada kita, betapa besarnya peranan ulama' dalan membimbing khalifah dalam pentadbiran mereka. Disana jelas menunjukkan bahawa, taraf ulama' itu sendiri lebih besar daripada perdana menteri dan menteri-menteri di sampingnya. Mari kita renung dan muhasabah tentang kehebatan ulama' pada zaman dahulu. Kebanyakan daripada mereka merupakan antara penasihat utama terhadap menteri mahupun khalifah di zaman mereka. Walaupun kejahatan khalifah itu sendiri, sampai ke tahap membunuh nyawa-nyawa manusia, namun ulama' di waktu itu terus berperanan dalam menasihati pemimpin mereka. 

Selain itu, kita dapat melihat keterbukaan pemimpin dalam menjadikan ulama sebagai pemerhati dan penasihat dalam setiap urusan mereka. Segala teguran diterima, hasil kebijakan ulama' itu sendiri dalam memilih manhaj yang sesuai dan berhikmah dalam menasihati pemimpin. Seandainya hal ini berlaku dalam mesyarakat kita hari ini, sudah pastinya banyak perubahan yang dapat kita lihat, dari segi akhlak khususnya. Apabila pemimpin itu sendiri, berakhlak buruk, sudah pasti rakyat-rakyatnya juga rendah nilai akhlaknya.

Wallahu a'lam.

min: afqaral 'abd ilaLLah al Ghani,
Bait Bukhori, Hayyu Sabi',
Kaherah Mesir.

Thursday 4 August 2011

Terjemahan KISAH KEDUA : KITAB AULIYA AS SOLIHIN

KISAH KEDUA, M/S109,
PENGAJIAN HARI SELASA,
2 RAMDAHAN 1432 H.

(Gambar hiasan)

AKU BERKONGSI DENGANMU, KERANA ENGKAU BERDOA DAN AKU YANG MENGAMINKAN

Daripada Ibnu Wabhin ( beliau adalah Abdullah Ibnu Wahab Ibnu Muslim Al Basri, Al Muhaddiht, Al Faqih dan juga merupakan antara sahabat Al Imam Malik. Abu Nuaim telah menyebutkan tentang beliau. Beliau telah wafat disebabkan ketakutan dan kesedihan. Disebutkan di dalam Kitab Hilyah Auliya’ dan Siyar A’lam Nubala’ , bahawa beliau meninggal dunia selepas 3 hari dibacakan kepadanya Kitab Ketakutan dan kegerunan Hari Kiamat ) telah berkata : Aku telah mendengar Al Laith Ibnu Saad berkata: Sesungguhnya aku menunaikan Haji pada tahun 113 hijrah, maka aku pun datang ke Mekah. Kemudian, selepas aku menunaikan solat Asar, aku mendaki JabaL Qubais. 

Setelah sampai di atas, aku melihat ada seorang lelaki sedang duduk dan berdoa dengan berkata:
“ Ya Rabb”  sehingga terputus nafasnya.

Kemudian berkata lagi, “ Ya Rabb” sehingga terputus nafasnya.

Dan  berkata lagi, “Rabb, Rabb, Rabb” sehingga terputus nafasnya.

Kemudian lelaki itu berkata lagi: Wahai yang Amat pengasih dari segala yang pengasih, tujuh kali sehingga terputus nafasnya.

Dan berkata: Ya Allah aku amat menginginkan untuk memakan buah anggur, maka kurniakanlah aku rezeki itu dan juga dua helai burdah (selendang) untuk ku.

Telah berkata Laith, Maka Demi Allah, belum pun selsesai daripada doa-doanya, aku telah melihat sebuah bakul yang dipenuhi dengan anggur, padahal pada ketika itu bukanlah waktu anggur berbuah berserta disisinya dua helai burdah. 

Maka lelaki itu ingin memakannya, terus aku berkata : “Aku berkongsi denganmu!.”

Lelaki itu berkata kepadaku : “Bagaimana boleh jadi begitu?”

Aku berkata: “Kerana engkau berdoa, dan aku yang mengaminkannya.”

Maka lelaki itu pun berkata : “Mari, dan makanlah. Jangan tinggalkan sedikitpun daripada anggur ini.”
Aku mendatanginya, maka aku pun memakan anggur itu, dan aku merasakan bahawa tidak pernah aku menjamah anggur yang selazat itu. Jenis anggur yang tidak berbiji. Maka akupun memakannya sehingga ku merasa kenyang, sehingga habis anggur itu tanpa bersisa.

Lelaki iu berkata: “Ambillah salah satu burdah yang paling kau sukai.”

Aku membalas: “Adapun burdah itu, aku tidak memerlukannya.”

Lelaki itu  membalas : “Berpalinglah, sehingga aku selesai memakainya.

Aku pun berpaling. Satu dipakainya dibawah, dan satu lagi dipakai di atas. Kemudian, lelaki itu membawa baju lamanya di tangannya. Beliau pun turun, dan aku menyertainya sehinggalah sampai di kawasan Sa’ie.

Telah berjumpa lelaki dengan seorang lelaki yang memintakan pakaian dengan berkata “ berilah aku pakaian, moga oleh mengurniakanmu pakaian, wahai anak Rasulullah. Maka lelaki itu memberikan pakaian yang ada di tangannya. Kemudian aku mendampingi lelaki yang meminta pakaian itu, dan bertanya “ siapa lelaki itu?” dia berkata “Lelaki itu ialah Saidina Ja’far Ibnu Muhammad Al Baqir.

Telah berkata Laith: Maka aku mencarinya untuk mempelajari sesuatu daripadanya, akan tetapi aku langsung tidak menjumpainya.

TA'LIQAT MINAL MUALLIF:

Kisah di atas banyak memberikan pengajaran kepada kita , dalam mendidik diri agar mencintai para kekasih Allah yang bertebaran di muka bumi ini. Selain itu juga, kisah ini mengajar kita betapa besar kedudukan Ahli Bait Rasulullah S.A.W.  serta ketinggian martabat  mereka disisi Allah.

Pada hari ini kita dapat melihat, berapa ramai dalam kalangan umat islam sendiri yang menghina Ahli Bait , sama ada dari kalam-kalam mereka mahupun penulisan. Hal ini adalah satu musibah yang amat berat melanda umat islam keseluruhannya. Sudah terang jelas terang dan nyata, bahawa sesiapa yang menghina Ahli Bait, ini bermakna telah menghina Rasulullah, dan sesiapa yang menghina Rasulullah, bererti telah menghina Allah. Dan barangsiapa tergamak menghinakan Pencipta, sudah pasti neraka lah sabaik-baik tempat baginya.

Satu perkara yang sering kita terlepas pandang, mungkin terdapat sebahagain daripada sahabat-sahabat kita yang bersambung keturunannya sampai kepada Rasulullah S.A.W. , namun melihat kepada akhlaknya, tidak lebih seperti syaitan yang bertopengkan manusia. Maka kita pun dengan sesuka hati mengutuk " harap je keturunan nabi, perangai cam azazil". 

Astaghfirullah !!,  sila ambil perhatian sahabat-sahbat sekalian. Sekali kita berbicara seperti itu, terhadap Ahli Bait Rasulillah, sudah pasti Rasulullah akan terus memalingkan wajahnya untuk memandang wajah kita. Kita perlu faham, penulis sendiri pernah berjumpa segelintir Ahli Bait yang berperangai begitu, namun jangan sesekali kita menisbahkan kejahatannya dengan keturunannya yang mulia. Kejahatan yang dibuat adalah dari dirinya sendiri, bukannya daripada keturunannya yang mulia. 

Kemudian, mengenai manaqib Saidina Ja'far Ibnu Muhammad Al Baqir, penulis serahkan kepada pembaca sekalian untuk mencarinya dari mana - mana sumber yang dipercayai. Bacalah kisah-kisah orang-orang soleh kerana di sana terdapat pelbagai hikmah dalam mendidik hati dan jiwa. 

wallahu a'lam.

Wednesday 3 August 2011

Terjemahan sebahagian kitab " BERSAMA AULIYA' AS SOLIHIN"

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Labi Maha Penyayang.

"BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHAN DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN MANUSIA YANG BERUNTUNG"

Sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Alhamdulillah, sama-sama kita melahirkan rasa syukur kepada Allah Taala kerana telah menempatkan kita di dalam bulan Ramadhan pada tahun 1432 hijrah ini. Amat beruntunglah kepada sesiapa yang memanfaatkan kehadiran bulan ini, dengan bacaan Al Quran, zikir, qiamullail dan sebagainya. Tidak kira dimana jua kita berada, harapnya kita sentiasa berada dibawah lindungan rahmat dan maghfirah dari Allah Ta'ala.

InsyaAllah dalam entri penulis sekarang ini, dan juga yang akan datang, penulis ingin berkongsi dengan sahabat pembaca sekalian, sebuah kitab yang telah ditulis oleh Sheikh Nurudin Marbu Al Banjari yang bertajuk 'BERSAMA PARA AULIYA' DAN SOLIHIN". Buku ini merupakan salah satu buku yang telah dijadikan salah satu buku wajib di dalam majlis ilmu beliau di Mesir ini, tiap kali Ramadhan tiba. Penulis ingin berkongsi serba sedikit intipati yang penulis dapat melalui pengajian kitab ini, kerana di sana terdapat banyak hikmah dan pengajaran yang boleh kita perolehi dengan membaca kisah-kisah mereka.

Oleh hal yang demikian, metod atau kaedah penulis dalam mengketangahkan intipati buku ini ialah melalui penterjemahan sendiri oleh penulis berserta sedikit tambahan pengajaran yang terdapat di dalam kisah-kisah tersebut. Sudah semestinya terdapat kesalahan dan kesilapan sepanjang penterjemahan ini, maka penulis amat mengalu-alukan sebarang komen atau kritikan membina, dalam memperbaiki penterjemahan ini

Wallahu a'lam. .

KISAH PERTAMA, M/S 108.
PENGAJIAN HARI ISNIN, 1/8/2011,
9.30 MALAM.

SESUNNGUHNYA ENGKAU MENGETAHUI HAJAT KAMI SEBELUM KAMI MEMINTA KAPADAMU

Daripada Soleh Al Murri, beliau telah berkata: Sesunguhnya Ato’ As Salimi hampir-hampir tidak pernah berdoa, adapun yang berdoa ialah sebahagian sahabatnya dan beliau hanya mengaminkannya sahaja.

Kemudian, beliau berkata lagi, Sebahagian sahabat Ato’ telah dipenjarakan, maka ditanyakan kepada sahabat itu: Adakah kau memiliki apa-apa hajat? Sahabat itu pun berkata : Aku mahukan doa daripada Ato’ agar Allah melepaskan aku daripada musibah ini.

Telah berkata Soleh, Maka aku mendatangi Ato’ dan berkata : Wahai Abu Muhammad, adakah engkau menyukai Allah meringankan urusanmu? Ato’ berkata : Ya, Demi Allah, aku amat menginginkannya.

Aku berkata, Sesungguhnya sahabat engkau yang sering bersamamu, telah dipenjarakan, maka berdoalah agar Allah melepaskannya daripada penjaranya itu.

Maka, Ato’ terus menadah tangan , memohon dengan berkata : Ya Allah, sesungguhnya engkau Amat Mengetahui hajat kami sebelum kami memintanya kepada-Mu, maka tunaikanlah.

Telah berkata Soleh, maka Demi Allah,tidaklah kami meninggalkan rumah Ato’, melainkan lelaki itu sudah masuk ke rumah menemui Ato’.

PENGAJARAN:

1. Meminta doa daripada orang-orang yang soleh, adalah salah satu sebab dari asbab kejayaan.

2. Apabila kita sering taat kepada Allah, maka sudah pastinya Allah akan menyegerakan pengkabulan doa kita.

3.  Terdapat banyak hikmah yag akan diperolehi, apabila kita sering mendampingi ulama dan auliya' solihin.

Monday 1 August 2011

Sebenar-benar UBUDIAH..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

"BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA DENGAN MELAKSANAKN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA., MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG"

Para ikhwah dan akhawat yang dirahmati Allah sekalian,

Kitaran hidup di dunia ini, tidak lebih hanyalah sebagai ujian buat hamba-hambanya dalam menjadikan seluruh hidupnya dalam ketaatan kepada Allah. Ketaatan yang kita sebut sebagai, sebenar-benar taat. Apabila kita sebut sebagai sebenar-benar taat, maka semestinya ia merangkumi segala pelakuan kita, sama ada di hadapan ramai manusia mahupun bersendirian. Namun, persoalannya disini, sejauh manakah daya kekuatan kita dalam menjadikan seluruh perbuatan kita ini, terus-menerus dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah?

Sebagaimana yang sedia maklum, Allah telah berfirman, yang bermaksud ' tidaklah aku jadikan jin dan manusia  melainkan untuk beribadat kepada -Ku' . Ayat di atas , amat jelas menerangkan kepada kita bahawa tiada tujuan lain manusia diciptakan ke dunia nyata melainkan untuk berubudiah kepada Allah semata.  
Ubudiah inilah yang menjadi persoalan pokok, dalam memastikan kelestarian kehidupan manusia di dunia sebagai seorang Muslim.

Apabila kita membincangkan perihal ubudiah, maka sudah tentu ia berkait rapat dengan isu iman. Iman manusia pula, sudah pastinya meningkat dan menurun, melainkan iman para Anbiya' yang terus meningkat sehinggakan sampai tahapnya yang melebihi para malaikat. Begitulah ganjaran yang Allah tetapkan buat hambanya yang mampu bertahan dalam mengahdapi segala ujian dan musibah yang ditimpakan oleh- Nya ketika di dunia ini. Ganjaran yang amat besar, yang amat menarik minat sesiapa sahaja yang dibukakan hijab oleh Allah untuk melihat ganjaran tersebut.

Muslimin muslimat yang dikasihi sekalian,

 Dunia sekarang ini menyaksikan, berapa banyak musibah yang melanda, ditimpakan ke atas manusia. Dunia benar-benar telah berada di pengakhirannya, yang hanya menanti masa untuk dihancurkan. Di saat inilah, Allah meningkatkan ganjaran berganda bagi sesiapa yang mampu mengekalkan prestasi ubudiah haqiqiah di tahap yang terbaik. Lengkap seluruh syarat-syarat dalam melayakkannya menerima pahala oleh Allah, dikala manusia lalai dengan cinta, lalai dengan harta, lalai dengan anak-anak , lali dengan jawatan dan banyak perkara yang sentiasa menjadikan urussan ubudiah kita kepada Allah sering ditangguh-tangguhkan.

Hal ini menjadi lebih berat apabila, masih lagi wujud golongan sering mengkafirkan muslim yang lain, hanya di atas sebab tidak bersamaan pendapat dengan pegangan mereka. Pengkafiran sesama muslim adalah di antara sbesar-besar musibah yang melanda umat islam, dewasa ini. Oleh kerana kecetekan aqal dalam memilih jalan terbaik, seperti debat ilmiah tidak diguna pakai, malainkan debat berbaur nafsu yang sering menjadi pilihan. Hal ini mewajibkan kepada kita untuk memerangi golongan seperti ini, yang sesuka hati mengkafirkan muslim yang lain.

Muslimin muslimat yang berbahagia,

Renungilah segala perbuatan yang telah kita lakukan di dunia ini. Kita tidak menafikan bahawa, kadang kala ataupun acap kali manusia itu akan melakukan kesilapan sepanjang ubudiahnya kepada Allah di muka bumi ini. Termasuk juga urusan-urusan yang melibatkan manusia. Kesilapan yang kita lakukan sesama manusia, harapnya tidak diulangi dan dijaga aib itu, agar lebih terjaga maruah si pelaku. Tiada siapa yang mampu menahan hasrat masing-masing, jika terletak di sana harapan yang menggunung. Moga berfikir, sebelum bertindak, agar tidak menyesal di kemudian hari.

Wallahu a'lam.

min: afqaral 'abd iLLah al Ghani
Bait Bukhori, Hayyu Sabi'
Kaherah, Mesir.

1 Ramdhan 1432 hirah
1.30 petang

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...