Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "
p/s: Inilah tapak asal Masjid Bendera . Pimpinan tentera oleh Rasulullah
sendiri, yang berhenti seketika sebelum Fathu Makkah.
Syeikh Ahmad Jumhur ( berkerusi roda) banyak menunjukkan tempat-tempat asal yang bersejarah yang banyak dihancurkan dan dilenyapkan oleh kerajaan wahabi .
Moga dipanjangkan umur beliau, BIJAHIN NABI WA BISIRRIL FATIHAH..
Masih berbaki 9 hari lagi menjelang Hari Kelahiran Junjungan Besar Rasulullah S.A.W. Sirah perjuangannya masih tersimpan rapi di sudut hati penulis yang merasakan amat bergembira dengan ketibaan ulangtahun Kelahiran Yang Mulia ini. Penulis juga merasakan bahawa sidang pembaca juga turut merasa gembira dengan ketibaan Bulan Rabi'ul Awwal ini, dengan memperbanyakkan selawat dan salam khusus untuknya. Tambahan pula dengan ketibaan Sayyidul Ayyam iaitu hari Jumaat yang barakah ini, sama-samalah kita memaksimakan selawat dan salam kita.
Sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh Muhammad Ismail Zain Al Yamani dalam ziarah ikhwan baru-baru ini, menyatakan agar memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W. Hal ini kerana selawat kita akan terus sampai ke hadrat Rasulullah berbanding pada hari yang lain, yang mana selawat itu akan diwasilahkan oleh malaikat untuk membentangkannya di hadapan Rasulullah.
Sungguh segala karamah bertemu nabi itu adalah satu perkara yang amat membanggakan kita andai dikurniakan-Nya nikmat itu. Namun seelok-eloknya tidaklah perlu diceritakan kepada masyarakat umum melainkan orang-orang yang soleh serta orang kita percayai. Walaupun peratus kesohihan bertemu nabi itu tinggi, disebabkan yang menceritakan itu adalah orang yang terkenal dengan kewarakan, namun cukuplah sekadar untuk menjaga hati manusia-manusia yang masih belum dikurniakan nikmat itu. Sebagaimana yang pernah disebutkan oleh Syeikh Yusri Al Hasani, andai kita dikurniakan segala mimpi yang baik, cukuplah sekadar simpanan kita agar tidak menimbulkan kecemburuan di hati muslimin yang lain.
Walau apapun, tidak menjadi masalah untuk diceritakan jua kerana Allah telah berfirman bahawa " adapun dengan nikmat Allah itu, ceritalah' . Asal niat menceritakan, bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk ataupun riak, moga dilindungi-Nya dari penyakit hati tersebut. Syeikh Kiyai Ahmad Jumhur sendiri pernah menceritakan perihal berjumpa nabi. Namun, beliau menceritakan kepada ikhwan dengan harapan ikhwan juga dapat merasai nikmat itu. Beliau berpesan andai ingin bertemu nabi, cukuplah kamu melazimkan lidahmu dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah sebanyak 11 kali setiap kali selesai solat fardu. Beliau mengatakan ini adalah hasil pengamalan beliau, yang mana dengan pengamalan ini, nikmat bertemu nabi itu beliau perolehi. Dalam hal ini, tidaklah ada dalil khusus yang boleh penulis bawakan sama ada daripada Quran mahupun sunnah kerana ini adalah pemgamalan beliau sendiri yang terbukti mujarrab. Syeikh Ahmad Jumhur juga mengijazahkan amalan tersebut kepada para ikhwan agar lebih mendekatkankan lagi kemujarroban amalan itu sehingga dapat bertemu nabi.
Maka, para sahabat yang ingin berazam bertemu nabi, boleh mengamalkan selawat itu, moga-moga anda dapat merasai nikmat itu, yang mana akan menyebabkan anda tidak lagi terkejut atau cemburu andai disana terdapat kisah daripada mana-mana manusia yang mendakwa bertemu nabi.
Wallahu a'lam.
ilham_imdadiah
Bait bukhori, Madinah Nasr,Hayyu Sabi', Kaherah
Republik Arab Mesir.
8.55 pagi / 27 JAN 2012
No comments:
Post a Comment