Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "
Imam Syafie pernah bersyair yang bermaksud :
ahli keluarga nabi itu perisaiku,
mereka itu bagiku adalah satu wasilah,
aku mengharapkan dengan kemuliaan mereka, akan diserahkan nanti,
catatan amalanku dari tangan kanan.
mereka itu bagiku adalah satu wasilah,
aku mengharapkan dengan kemuliaan mereka, akan diserahkan nanti,
catatan amalanku dari tangan kanan.
Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
Bersamalah kita mencari wasilah untuk menyampaikan kita kepada Allah Taala. Mencari wasilah, atau dengan kata lain iaitu bertawassul. Bertawassul bukan bermaksud kita berniat untuk menyembah Para Anbiya', Ahli Bait, dan seluruh orang yang Soleh, mereka ini hanyalah wasilah untuk kita memohon sesuatu hajat ke Hadrat Ilahi. Walau apapun, HADAF TERAKHIR adalah Allah Taala. DIA lah yang memakbulkan hajat dan segala sifat-sifat kesempurnaan KHALIQ.
Dalam urusan kita di dunia ini pun, dalam usaha untuk berjumpa Ketua negeri ( yang dipertuan besar n9 ) pun kita memerlukan pelbagai wasilah untuk menyampaikan sesuatu hajat contohnya. Bagaimana pula halnya, kita ingin menyampaikan sesuatu hajat kepada RABBUL QAHHAR,,?!
LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH...
' aku mengharapkan dengan kemuliaan mereka, akan diselamatkan aku dari bencana besar '
' aku mengharapkan dengan kemuliaan mereka, akan diampunkan segala dosaku "
' aku mengharapkan dengan kemuliaan mereka, akan dilepaskan aku dari azab kubur '
' aku mengharapkan dengan kemuliaan mereka akan dihimpunkan aku bersama para Anbiya' '
No comments:
Post a Comment