Tuesday, 3 January 2012

Apabila kamu bertiga maka janganlah dua orang berbisik.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "
 
وَعَنْ اِبْنِ مَسْعُودٍ  رضي الله عنه  قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً فَلَا يَتَنَاجَى اِثْنَانِ دُونَ اَلْآخَرِ, حَتَّى تَخْتَلِطُوا بِالنَّاسِ; مِنْ أَجْلِ أَنَّ ذَلِكَ يُحْزِنُهُ - مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ, وَاللَّفْظُ لِمُسْلِمٍ

.
Daripada Ibn Mas’ud katanya Rasulullah s.a.w . bersabda: “Apabila kamu bertiga maka janganlah dua orang berbisik tanpa orang ketiga sehinggalah mereka berada di kalangan orang ramai kerana itu akan menyebabkan dia akan bersedih.[1] 

Hadis ini memberikan kepada kita beberapa prinsip, yang pertama, jangan menimbulkan syak wasangka kepada orang lain. Pergaulan dengan orang lain hendaklah dengan menjaga adab, penuh kemesraan dan jauh dari prasangka. 

Prinsip kedua, menjaga hati dan perasaan orang lain.
Sebab larangan ini supaya terhindar perbalahan dan permusuhan kerana ianya membawa kepada tidak bertegur sapa dan pemulauan.Ini menunjukkan betapa Islam menjaga hak asasi manusia iaitu sesiapapun tidak boleh melukakan hati dan perasaan orang lain.Maksud menyebabkan ia sedih boleh jadi dia merasakan dirinya dipersenda, diperlekeh atau diumpat. Atau mengkin dia merasakan dirinya disisihkan dan diketepikan dari mengetahui sesuatu perkara. 

Ini juga termasuk dalam adab majlis. Sesuatu  perkara hendaklah dinyatakan dengan jelas dan terbuka. Jika ada sesuatu perkara yang sulit dan rahsia maka hendaklah dielakkan daripada bercakap di hadapan orang lain. Syaitan berlari dalam anak Adam seperti berlarinya darah. Ia mahu mencetuskan permusuhan dan perbalahan dalam diri manusia, dan ia bersungguh-sungguh  mahu mencetuskan perbalahan dan kebencian dalam jiwa manusia demi untuk memecah belahkan mereka dan menyibukkan mereka dengan permusuhan, pemulauan dan terputusnya hubungan silaturahim.  Dengan cara ini, manusia akan lalai dari beribadat kepada Allah dan tidak akan bekerjasama dalam perkara-perkara kebajikan dan ketakwaan. Jesteru, syaitan tidak akan meninggalkan satu carapun melainkan digunakannya untuk mengganggu manusia. Cara yang paling penting ialah bermula dengan sangka buruk. Oleh itu, maka hendaklah setiap orang mu`min wajib menutup pintu-pintu yang cuba dimasuki oleh syaitan yang mahu merealisasikan niat kejinya itu.[2]
Sekiranya dalam keadaan dua orang yang sedang bercakap secara sulit dari mula lagi dan orang yang ketiga berada jauh dari mereka berdua dalam keadaan dia tidak mendengar perbualan tersebut lalu dia datang untuk turut mendengar maka hukumnya tidak harus. 

Imam al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad mengemukakan satu riwayat:
قال سعيد المقبري: مررت على بن عمر ومعه رجل يتحدث فقمت إليهما فلطم في صدري فقال إذا وجدت اثنين يتحدثان فلا تقم معهما ولا تجلس معهما حتى تستأذنهما فقلت أصلحك الله يا أبا عبد الرحمن إنما رجوت أن أسمع منكما خيرا
 
Daripada Sa’id al-Maqburi katanya aku lalu berdekatan dengan Ibn ‘Umar dan bersamanya ada seorang lelaki sedang bercakap-cakap dengannya lalu aku pergi kepada mereka berdua lalu Ibn ‘Umar menampar dadaku seraya berkata apabila kamu mendapati dua orang sedang bercakap-cakap maka janganlah kamu menyertai mereka berdua dan janganlah kamu duduk bersama mereka berdua sehinggalah diizinkan. Sayapun berkata: “Semoga Allah mengelokkan keadaan tuan, wahai Abu ‘Abdul Rahman, saya hanya berharap dapat mendengar perkara baik dari kamu berdua.” [3] 

Riwayat ini juga menunjukkan bahawa seseorang itu hendaklah mengelakkan diri dari urusan orang lain dengan cara mencelah di antara dua orang yang berbincang secara sulit meskipun dia berniat baik. 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ
 
Daripada Abu Hurayrah katanya, Rasulullah s.a.w.bersabda: “Di antara tanda kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang bukan urusannya.[4] 

[1] al-Bukhari: 6290, Muslim: 2184, Tirmizi: 2825, Ibn Majah: 3775, [2] Fath al-Mun’im, jil. 8, hal. 529,[3] al-Adab al-Mufrad, no: 1166,[4] Al-Tirmizi, no: 2317 dan Ibn Majah, no: 3976

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...