Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "
Alhamdulillah, rasa puji dan syukur ke hadrat Ilahi, yang masih lagi memberikan peluang dan kesempatan untuk makhluknya bergembira di atas kelahiran Rasulullah S.A.W. Para Ahbab juga melahirkan serta menzahirkan kegembiraan itu, dengan menyambut majlis itu bersama Syekhna As Syeikh Mahmud Said Mamduh di rumah beliau di Hayyu 'Asyir, Kaherah Mesir. Sungguh kegembiraan kita dalam menyambut kelahiran Nabi ini, bukanlah hanya tertakluk pada bulan kelahirannya saja, bahkan kita selayaknya bergembira di setiap hari, minggu, bulan dan tahun baginda dilahirkan. Oleh hal yang demikianlah, Syeikh Mahmud akan terus mengadakan Maulid ini setiap minggu di rumah beliau.
Malam tadi juga, seperti biasa Majlis Maulid dan Pembacaan kitab Hadis yang telah disusun oleh As Syeikh Abdullah Siddiq Al Ghumari yang berjudul Samirus Solihin. Syeikh juga telah mengijazahkan para ahbab dengan Musalsal Bi Qiroati Suroh As Soff yang beliau terima daripada Syeikhnya iaitu Syeikh Yasin Fadani Rahimahullah Taala..
p/s: Syeikh membaca Suroh As Soff sambil didengari para Ahbab
Di kesempatan ini, penulis menyeru para sahabat ikhwah terutamanya, dapat meluangkan sedikit masa untuk kita bersama-sama menempatkan diri kita di dalam majlis yang penuh barakah ini.
p/s: Kepada para sahabat. Dengan ini Al Faqir menjemput kesemuanya untuk hadir ke Majlis Maulid di rumah Syeikh Mamud. Kesian pakcik tengok Abg Tariq tersomput-somput menalipon soghang-soghang, sampai habih kredit ea. Dio, esei x rugi apo pun, suko ati la nak dtg ko x, tapi dek disobabkan nak berkongsi kegembiraan, apo bak kato fatimah syarha tu ' Sebarkan cintamu ' lebih kurang cmtulah bunyik ea, tu yg betungkus lumus tu. Tapi xpolah, esei mewakili dio yo, mano yg nak dtg silo an, tiap ari jumaat pas maghrib. Jangan risau ado makan free. Solosai Maulid, turun bawah makan reramai. Mengeratkan ukhuwah. Apikkan yang koba bid'ah tu. Kot dah ponek, sonyap la tu. Jangan lupo tau..xdo nak ulang duo tigo kali do,,semuo dah bertingkat-tingkat belajar..hehe. Yang kek ateh tu, gambar sei malam td..sajo ambik sobab teringat nak buwek pesanan ringkas ni..nak sonyum pun dah x mampu..ish3..sei tunggu jumaat dopan..Assalamualaikum....
Wallahu a'lam.
ilham_imdadiah
Bait bukhori, Madinah Nasr,Hayyu Sabi', Kaherah
Republik Arab Mesir.
8.45 pagi / 28 JAN 2012
No comments:
Post a Comment