Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "
( Gambar hiasan )
Satu kebakaran telah berlaku di sebuah kondominium. Marhani, Aimi dan Azra adalah antara penghuni yang sedang nyenyak tidur. Siren kecemasan berbunyi.
Marhani panik apabila mendengar siren kecemasan berbunyi. Dia bingkas bangundan terus menyelamatkan diri. Dia terfikir tentang dompet dan fail-fail penting yang di letakkan di dalam almari. Api telah merebak dan semakin marak. ‘Ah, lupakan sahaja. Nyawa lebih penting’, fikirnya. Ketika dia bergegas menuruni tangga kecemasan, dia terlihat seorang wanita mengandung yang kepayahan menuruni anak tangga tersebut, jadi Marhani pun memimpin wanita tersebut menyelamatkan diri.
Azra adalah seorang usahawanita yang mengusahakan ladang cendawan yang sedang meningkat maju. Fail-fail kontrak perniagaan yang bernilai jutaan ringgit yang disimpan di dalam almari. Begitu juga dengan kad kredit dan baju-baju. Api semakin menjulang tetapi dia masih memunggah barang-barangnya....
Aimi pula seorang tua yang menumpang di bilik anak saudaranya. Hari itu adalah hari pertama dia tiba di Kuala Lumpur dari kampung halaman. Dia keseorangan pada malam itu kerana anak saudaranya yang bertugas sebagai doktor mendapat ‘on call’. Ketika mendengar bunyi siren dia terpinga-pinga. Dia tahu itu adalah tanda bahaya lalu menuju ke tingkap dan dia terkejut melihat penghuni kondominium tersebut bertempiaran lari sambil menjerit ‘api! Api!’.’oh, kebakaran rupanya’. Dia cuba membuka pintu tetapi api semakin marak. Dia juga tidak ahu fungsi tangga kecemasan. Aimi dan Azra akhirnya terkorban dalam nahas kebakaran kondominium itu sementara Marhani pula berjaya menyelamatkan diri.
Segala penilaian adalah di tangan anda. Seelok-elok penilaian adalah bersangka baik dalam segala hal, walau zahirnya seakan buruk.
No comments:
Post a Comment