Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "
Ulama' berselisih pendapat dalam menentukan hukum menggunakan gelaran saidina kepada Nabi Muhammad Sallahu 'alaihi wa Sallam ketika beribadah seperti ketika solat, azan dan lain-lain.
Telah tercatit didalam kitab-kitab feqh tentang pendapat yang mengatakan sunat hukumnya menggelar Nabi Muhammad Sallahu 'alaihi wa Sallam dengan gelaran Saidina, di antaranya ialah:
IMAM HANAFI
Sheikh Muhammad Ala-ud-din Haskafi didalam kitabnya Darul Mukhtar menyatakan: "Sunat (menggelar Nabi dengan gelaran) Saidina kerana menambahkan pengkhabaran tersebut merupakan salah satu daripada bentuk akhlak yang mulia maka menyebutnya adalah lebih baik daripada meninggalkannya sepertimana yang dikatakan oleh Imam Ramli dan Imam Al- Syafie. Adapun hadis yang menyatakan: "Janganlah kamu menggelar ku dengan gelaran said" adalah satu pembohongan." 1
IMAM MALIKI
1. Imam Al-Nafrowi telah berkata:
"Sesungguhnya perkara tersebut (saidina) merupakan sebahagian daripada adab, dan menjaga adab lebih baik daripada mengikut arahan"
2. Syeikh Al-Hitob telah berkata: "Ibnu Maflah Al-Hanbali telah berkata tentang perkara tersebut, dan dia telah menghikayatkan sebuah riwayat daripada Syeikh Izudin bin Abdul Salam telah berkata sesungguhnya menyebut saidina di dalam solat terdapat khilaf, sama ada perlu mengikut arahan yang ada di dalam hadis ataupun menjaga adab yang mulia. Maka aku berpendapat, dan ianya dilakukan oleh diriku, aku lakukannya di dalam solat dan dalam ibadah-ibadah yang lain dengan mendatangkan lafaz saidina. Wallahua'alam"
IMAM SYAFIE
1. Telah berkata Al-Syafie Al-Soghir Al-A'lamah Syamsudin Al-Ramli: " Lebih Afdol(baik) Mendatangkan gelaran saidina sepertimana yang dikatakan oleh Ibnu Zohirah" beliau menyambung: "Ini adalah disebabkan meletakkan gelaran saidina menambahkan khabar(berita) terhadap hakikat (Nabi sebagai penghulu), maka disebut gelaran saidina adalah lebih baik daripada ditinggalkan gelaran tersebut . Ada pun hadis yang mengatakan:
" Janganlah gelarku dengan gelaran saidina"
Adalah hadis yang batil."
2. Telah berkata Imam Syaukani: " Telah diriwayatkan daripada Imam Ibnu Abdul Salam dia telah menjadikan perkara ini satu perbincangan di dalam bab adab.
Dan dia dia mengatakan melalui jalan adab adalah lebih disukai daripada mengikut (arahan zohir hadis) dan dia menguatkan kenyataannya dengan sebuah mafhum hadis:
"Saidina Abu Bakar r.a ketika mana dia disuruh oleh Rasulullah untuk tetap pada tempatnya dia tidak mengikut arahan tersebut seraya berkata: "Tidaklah anak kepada Abu Kohafah mendahului Rasulullah Sallahu 'alaihi wa Sallam.
Begitu juga keengganan Saidina Ali r.a untuk dibuang gelaran Nabi di dalam perjanjian Hudaibiyah setelah Rasulullah menyuruh perkara tersebut, dan dia berkata:
"Aku tidak akan buang nama kau selama-lamanya, dan kedua-dua hadis tersebut adalah sohih maka Rasulullah Sallahu 'alaihi wa Sallam telah taqrir (tidak menyatakan suruhan atau larangan) di dalam kedua-dua hadis tersebut tentang keengganan mematuhi suruhan kerana ingin menjaga adab ( kepada nabi). 5*
Konklusi Perbincangan
Daripada perbincangan diatas kita mengetahui, terdapat ramai ulama' yang menggalakkan digunakan gelaran "saidina" sebelum nama Baginda Saidina Sallahu 'alaihi wa Sallam; sama ada di dalam solat, azan atau di dalam ibadah-ibadah yang lain di antara fuqaha' yang membenarkan perkara tersebut ialah :
Mazhab Syafie:
Imam Ibnu Salam, Al-Ramli, Al-Qalyubi, Al-Syarqawi
Mazhab Hanafi:
Imam Al-Haskafi, Ibnu A'bidin
Mazhab Maliki:
Imam Al-Nafrowi, Syeikh Al-Khitab
Mazhab Hambali:
Imam Ibnu Maflah
Sungguhpun begitu, tidak ada khilaf keharusan meletakkan gelaran Saidina sebelum nama Baginda Sallahu 'alaihi wa Sallam di luar solat. Ianya adalah Ijma' maka tidak diambil kita pandangan-pandangan yang batil yang bertentangan dengan Ijma'.
Pendapat batil tersebut telah ditolak dengan pelbagai dalil. Maka seharusnya kita memilih pendapat yang membenarkan gelaran tersebut supaya kita sentiasa menjaga adab terhadap junjungan besar Saidina Muhammad Sallahu 'alaihi wa Sallam.
Wallahua'lam.
Rujukan:
1- Al-Darul Mukhtar 1/513 (Al-Haskafi)
2- Al-Bayan 262 (Dr. Ali Juma'h)
3- Mawahibul Jalil 1/21(Al-Hitob)
4- Tuhfatul Muhtaj 2/86 (Al-Ramli)
5- Nailul Autor 2/337-338 (Al-Syaukani)

No comments:
Post a Comment