Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "
( Gambar hiasan )
Lirik lagu di bawah adalah hasil karya Isman dari kumpulan Hijjaz bersempena satu perhimpunan yang telah dianjurkan oleh sekumpulan NGO. Walaupun disana kita melihat bahawa nasyid kadang kala dilihat sebagai salah satu medium yang salah dalam berdakwah disebabkan muzik dan lebih kepada untuk melonjakkan populariti penasyid itu sendiri. Namun, majoriti rakyat Malaysia amat meminati genre nasyid ini, sebagai salah satu hiburan keagamaan yang baik, dan ianya juga dianggap sebagai medium dakwah yang terbaik dalam mengajak anak muda dan juga masyarakat ke arah cintakan agama Islam.
Kebobrokan nilai akhlak remaja amat membimbangkan lantaran pelbagai dorongan yang mengajak mereka ke arah keruntuhan akhlak seperti rakan-rakan, ibu bapa, media dan sebagainya. Namun, kita sering melihat bahawa golongan ini sering dihina dan ditohmah oleh sesetengah pihak yang langsung tidak menilai dengan lebih terperinci perihal bab musabab punca mereka terjebak ke lembah kehinaan. Oleh hal yang demikian, dalam mentarbiyah dan mendidik mereka agar dapat mendekatkan diri mereka kembali ke arah cintakan agama tidak lain tidak bukan seperti dengan pendekatan nasyid, program realiti keagamaan dan sebagainya.
Marilah bersama kita berdoa, agar diperelokkan urusan umat Islam dengan kemuliaan Rasulullah S.A.W. Sekadar perkongsian, bersama hayati maksud lagu nayid di bawah, moga mendapat manfaat dan pengajaran sambil berhibur.
Ayuh kita bersama
Satu hati suara
Meluahkan rasa gundah di jiwa
Gejala melanda akidah umat di cabar
Marilah kita pertahankannya
Bersatu suara dan satu usaha
Bergandingan tangan menggapai cita
Tiada mustahil jika ummahnya
Teguh bersama
Dengan keizinan Allah Yang Maha Esa
Andainya warga bersatu
Kan gentar seteru
Angin sengketa pun tak kan mampu bertiup
Keimanan yang utuh
Tidak kan mudah runtuh
Biarpun dihasut
Musuh-musuh agama
Mantap Aqidah
Kukuh Agama
Perkasa Ummah
Teguh Negara
Bersatu Jiwa
Tak kira warna kulit dan bangsa
Erti bersaudara
Marilah kita bersama zahirkan
Rasa keperihatinan
Dalam usaha selamatkan Aqidah Ummah
Satu hati suara
Meluahkan rasa gundah di jiwa
Gejala melanda akidah umat di cabar
Marilah kita pertahankannya
Bersatu suara dan satu usaha
Bergandingan tangan menggapai cita
Tiada mustahil jika ummahnya
Teguh bersama
Dengan keizinan Allah Yang Maha Esa
Andainya warga bersatu
Kan gentar seteru
Angin sengketa pun tak kan mampu bertiup
Keimanan yang utuh
Tidak kan mudah runtuh
Biarpun dihasut
Musuh-musuh agama
Mantap Aqidah
Kukuh Agama
Perkasa Ummah
Teguh Negara
Bersatu Jiwa
Tak kira warna kulit dan bangsa
Erti bersaudara
Marilah kita bersama zahirkan
Rasa keperihatinan
Dalam usaha selamatkan Aqidah Ummah
No comments:
Post a Comment