Sunday, 26 February 2012

Jom menulis..!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "
 
 ( Gambar hiasan )
 
Sidang pembaca yang dirahmati Allah.

Suka penulis kongsikan dalam entri kali ini berkaitan dunia blog yang sering menjadi tumpuan kebanyakan pengguna internet yang mahir untuk menulis dan suka menjadikan biang penulisan sebagai medan dakwah mahupun sebagainya. Dewasa ini, kit melihat ramai  dalam kalangan sahabat kita yang mempunyai blog sendiri. Dengan pelbagai konsep, ada yang menjadikannya untuk menceritakan hal keluarga, kawan-kawan mahupun kenangan manis mereka. 'Ala kulli hal, itu semua bergantung kepada pemilik blog masing-masing untuk menjadikan blog mereka itu apa sahaja, selagi mana tidak menjurus ke arah perlakuan maksiat. Namun tidak kurang juga sahabat yang masih tertanya-tanya mengenai peranan sebenar penggunaan blog. Ada yang bertanya, ada yang berbangga dan sebagainya.

 Untuk pengetauhuan sahabat, blog adalah satu medium terbaik untuk mengasah penulisan kita dengan lebih baik. Disitulah segala buah fikiran yang ingin kita kongsikan boleh disampaikan kepada sesiapa sahaja yang membacanya.Khususnya perkara yang berkaitan dengan dakwah. Andai kita melihat kepada zaman serba moden ini, kemahiran tambahan amat diperlukan lebih-lebih lagi apabila ramai dalam kalangan para siswazah menganggur yang masih lagi belum mendapatkan kerja. Kemahiran tambahan itu, termasuklah dalam bidang pengucapan, penulisan, sukan dan sebgainya. Oleh hal yang demikian tidak menjadi satu masalah andai kita fokuskan kemahiran itu di dalam bidang penulisan. Secara jujurnya, penulis sendiri bukanlah ahli bahasa mahupun sebagaianya, akan tetapi sekurang-kurangnya kita dapat melatih untuk berdakwah kepada masyarakat dengan menggunakan bahasa tangan iaitu menulis.

Sekadar perkongsian, pada awal-awal pembabitan dalam bidang penulisan ini, memanglah tiada sebarang semangat untuk menaip, memikirkan idea, mengarang, seakan mengulang nostalgia SPM yang sudah lama ditinggalkan, akan tetapi kita membuka sudut pandang yang lebih luas. Andai kita di waktu itu tidak mempunyai sebarang idea mahupun semangat untuk menulis maka tidak ada salahnya andai kita berkongsi sebarang artikel yang terdapat di simpanan file kita mahupun apa sahaja artikel yang berlegar di ruang maya internet ini.Untuk pengetahuan, tidak semua posting yang terdapat di dalam blog adalah hasil karya buah fikiran pemilik blog itu sendiri, kerana pasti dan pasti pemilik blog itu akan menyalin sebarang artikel dakwah untuk diposkan didalam blog mereka. Selain ucapan awam, blog juga adalah satu medium yang terbaik untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat mahupun sahabat dalam mendekatkan diri mereka kepada ajaran islam. Jadi, terpulanglah kepada kita sama ada ingin menyalin mahupun menulis sendiri artikel sendiri dengan susunan hadis yang kita cari sendiri mahupun ayat-ayat quran yang berkaitan dengan tajuk yang ingin kita kongsikan.

Selain itu juga, jangan sempitkan pemikiran kita untuk menaip dengan jumlah perkataan yang panjang, cukup sekadar kemampuan kita untuk menulis sebarang idea yang timbul, dan kongsikan. Andai dikaji , kebanyakan daripada kita jarang meminati untuk membaca sebarang artikel yang panjang kerana mereka lebih gemar untuk membaca artikel yang pendek-pendek. Oleh hal yang demikian, tidak punya masalah andai sebarang penulisan itu ditulis dalam jumlah yang sedikit.

Moga mendapat sedikit input buat sidang pembaca sekalian. Berjuanglah untuk islam mengikut posisi yang kita mampu. Andai kita tidak mampu bercakap, maka bloglah jalan yang paling sesuai untuk menyampaikan suara kita. Andai sudah pandai bercakap untuk  berdakwah di khalayak ramai, tidak menjad kesalahan andai ditambah kemahiran itu dalam bidang penulisan. InsyaAllah.

Wallahu a'lam.

ilham_motivation,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir. 

3 Rabi'ul Akhir 1433 H / 26 Februari 2012

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...